Semua kena jual...
>> Tuesday, September 23, 2008
"Eh, Jeb pun ada banyak minyak ni?" aku bertanya sambil tersenyum.
Sebaik sahaja masuk ke bilik sewanya aku ternampak sekotak penuh botol mengandungi minyak herba. Itulah minyak Morhabshi.
"Hmm... Tokwan suruh bawak balik. Dia suruh jual." Jeb tersengeh.
"Banyak dah Jeb jual?" usikku.
"Satu pun tak dak," balas sepupuku itu. "Ish, nak jual kat sapa kat KL ni..?" tambahnya lagi.
"Tu la... Abang No pun, belum jual sebotol pun." Aku mengaku.
Itulah Tokwan. Semua anak cucunya diminta menjualkan minyak rumusannya itu. Namun setahu aku mereka hanya menyimpan sahaja di rumah. Kalau ada pun yang menjualnya cuma ayahku. Itu pun entah berapa puluh botol setahun kepada pengguna tetap.
Kebanyakan pelanggan tetap kami di Melaka, Pahang, Selangor dan Kedah. Kenapa aku menulis nama Melaka yang pertama? Ada kisah menarik di sebaliknya. Nanti aku ceritakan.
0 comments:
Post a Comment