Blog untuk Ramuan & Petua Ekslusif (percuma)

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Kami adalah pengeluar Minyak Morhabshi. Anda boleh mendapatkan terus produk ini daripada kami pada 'harga kilang'. Layari web rasmi kami www.morhabshi.com/

Pengasas Morhabshi

>> Monday, September 22, 2008

1974, Kampung Gelong Jitra Kedah...

Vespa berwarna hijau pucuk pisang meredah denai desa meninggalkan debu kecil di belakangnya. Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun berdiri di antara penunggang dan ‘handle’ vespa, di atas pelantar. Angin yang agak keras menampan muka dan mengusai rambut sikecil. Vespa itu membeluk ke laman sebuah rumah kayu dan berhenti. Penunggangnya yang berusia akhir 40an memberi salam.

“Waalaikum salam,” sahut seorang lelaki dengan kepalanya terjengul pada jendela. “Ha, naik Ustaz,” pelawanya.

“Naik? Tak pa la, kot?” jawab Ustaz Hamid sambil tersenyum. Walau bagaimanapun beliau sudahpun menongkat vespanya dengan kemas, kemudian melangkah ke arah rumah tersebut. Kanak-kanak yang bersamanya tadi mengekori dari belakang.

“Apa halnya pesan suruh saya singgah?” orang yang digelar ustaz bertanya.

“Macam ni…” tuan rumah mengengsot rapat ke depan Tokwan yang sedang bersila itu. Pelan-pelan aku yang ‘rajin’ mengikutnya ‘mengubat orang’ memasang telinga… Nak tahu apa yang aku dengar? Teruskan mengikuti pengalaman aku seterusnya...

0 comments:

Post a Comment

Para pengunjung yang dihormati,

Bagi yang ingin meninggalkan komen atau bersoal jawab dengan saya di sini, anda tidak perlu membuat sebarang pendaftaran sebaliknya gunakan sahaja 'Anonymous'.

Untuk melakukannya, lihat (skroll) ke bawah (kanan) dan anda akan melihat TIGA pilihan iaitu:

> OpenID
> Name/URL
> Anonymous

Klik (tandakan) pada 'Anonymous' dan bolehlah menulis di dalam kekotak yang disediakan.

Setelah siap, anda bolehlah menghantarnya dengan menekan butang/ikon 'Publish Your Comment'.

komen anda boleh dilihat serta merta dan jika anda ingin memadamkannya, sila lihat ikon 'tong sampah' di bawah komen yang dipaparkan itu dan klik di situ.

Anda dinasihatkan untuk menaipkan nama pengenalan bagi memudahkan saya merujuk kepada anda ketika memberi respon. Jika boleh, sertakan sama alamat email anda bagi memudahkan saya memaklumkan jawapan balas saya terhadap persoalan atau respon yang anda kemukakan.

Pertanyaan dan pesanan juga boleh dibuat secara terus melalui SMS kepada saya (0194402211) atau isteri saya (0194522211).

Terima kasih.