Pagi tadi saya berbual dengan akak pekerja sekolah. 3 minggu lagi beliau terpaksa bersara kerana usia dah mencapai 60 tahun.
Padahal beliau masih sihat dan kuat. Setiap hari naik turun menyapu bangunan 4 tingkat, tiada masalah.
Ertinya beliau akan kehilangan pendapatan rm900 sebulan. Mungkin ramai antara kita yang elaun sahaja lebih rm900 tetapi bagi akak tu, rm900 adalah gaji bulanannya. Dan, selepas 16 november 2017, rm900 sudah tiada lagi.
Beliau kata nak cuba cari kerja di kedai makan pulak. Apa saya nak kata?
Saya beritahu beliau, akak dah kerja puluhan tahun, anak² dah lepas dan masih ada suami. Cuma nak jaga seorang anak istimewa. Rasanya dah tak perlu kerja dengan orang.
Beliau terdiam sebelum mengeluh: susah cikgu.
Apa kata akak join saya jual minyak morha? Saya menduga.
Entahlah. Akak tak pandai. Beliau mengeluh sayu.
Kali ini giliran saya terdiam dan mengawal diri agar tak mengeluh sama.
Kita boleh kata inilah mentaliti orang makan gaji. Namun apa faedahnya? Anda boleh ubah minda mereka? Mereka tidak percaya pada janji keuntungan yang tiada batasan. Mereka sangat takut kehilangan gaji tetap rm900 sebulan.
Tak perlu beritahu mereka jual minyak morha 10 botol sehari, sebulan boleh dapat untung rm3900 sebab mereka cuma nak rm900 sahaja.
Dalam minda mereka, rm3900 adalah mustahil.
Nak bantu akak tu? Nanti saya bagi no acc bank saya. Anda boleh transfer tiap² bulan.
Saya pula akan suruh akak tu edar 500 keping flyers ke seluruh taman perumahan tempat beliau tinggal. Saya dah servey, ada lebih 600 buah rumah dan sekitarnya ada taman² lain. Paling tidak ada 3000 buah rumah.
Modal flyers 500 keping x 6 sen = rm30.
Upah edar flyers 500 buah rumah x 10 sen = rm50.
Standby pek sampel (trial) 10 botol x rm1 = rm10 (berikan pada yang nak cuba sahaja)
Gantung sehelai bunting di depan rumah akak tu = rm15
Maka jumlah modal anda cuma rm105
Ulangi proses ni setiap minggu selama sebulan. Jika ada rezeki akak tu dan rezeki keluarga anda, Insyaallah dapat 100 order
Saya cadangkan fokus pada minyak morha 60ml berharga rm28. Itu harga yang hampir semua orang bersedia untuk beli. Produk jenama lain tak dapat la harga begitu. Lebih seganda harganya.
Bincang dengan stokis dan dapatkan harga rm15 sebotol. Bermakna anda ada baki untung rm13 sebotol.
Kirakan, rm13 x 100 = rm1300
Lakukan selama 3 bulan dan letak target 300 botol pembelian ulangan setiap bulan. Ertinya, 300 x rm13 = rm3900
Pengalaman saya selama lebih 20 tahun, pembeli yang dah cuba minyak morha akan beli setiap bulan untuk kegunaan keluarganya. Insyaallah
Anda kira sendiri berapa nak bagi upah pada akak tu. Tak perlu suruh dia berniaga sendiri. Dia akan jawab, saya tak reti.
Anda bukan sahaja dapat pendapatan tambahan malah anda sudah bantu akak tu dapat semula gajinya rm900 setiap bulan. Insyaallah.
Ini yang dikatakan ibadah.
Wasap saya
+60194402211 cheguman
1 ulasan:
My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036
Catat Ulasan