Hari tu saya betul² marah. Saya arahkan 26 murid darjah 5 buat bulatan besar. Saya agihkan pelbagai alat muzik berselang seli antara mereka. Dengan itu setiap murid akan dapat bermain alatan dan jika nasib baik, semua akan merasa semua alat.
Ketika saya sibuk agihkan rupa²nya ada yang tukar menukar alat sesama sendiri. Ada yang mengambil alatan rakan tanpa kebenaran, malah ada yang menolak pemberian yang ditetapkan.
Saya benar² kecewa. Masa cuma 30 minit dan budak² itu melanggar arahan saya. Akibatnya saya berleter hampir sepuluh minit dan semua hilang mud belajar muzik, hanya dek perbuatan beberapa orang
Tiba² saya tersedar sesuatu. Betapa Allah telah tetapkan pemberiannya pada kita dan kadang² kita menolak atau merungut. Ada masanya kita ambil hak orang lain tanpa kebenaran. Kita juga bazirkan masa . Kita buatkan ramai orang kecewa. Tidakkah kita kecewakan Allah?
Berdamailah dengan takdir. Setiap yang Allah berikan itu ada hikmahmya. Sebenarnya Allah lebih dari mampu untuk beri pada semua. Namun Allah nak uji penerimaan kita. Dunia bukan syurga.
Bersabarlah. Jika kita tidak dapat di sini, kita dapat di sana.
Minyak Morha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan