Sabtu, 20 Januari 2018

Untung jualan runcit rm5680 setiap bulan

Assalamualaikum.

💡Minda besar bukan angan kosong. Bahkan sebenarnya angan kosong tidak ada. Yang ada ialah cetusan idea. Ilham dari Allah taala.

🔑Dari cetusan tersebut kita kembangkan menjadi imaginasi. Kita mula membuat peta dalam minda dan melihat keseluruhan idea.

🦅 Ia adalah suatu keadaan apabila anda mengapungkan diri ke awan dan memandang ke bawah.

💎 Dari situ anda akan lihat lembah yang terbentang, bukit bukau, hutan belukar, sungai dan sebagainya.

📝 Dari situ anda mula memeta. Plan.

🚰 Mari kita mulakan.
Apungkan diri anda dan tinggalkan tilam empuk itu. Apung hingga melepasi siling, menembusi bumbung dan terbang perlahan2 ke awan.

📌Jangan terlalu tinggi. Sasaran pertama kita ialah kawasan perumahan kita sendiri.

🏘 Ingat, anda masih terapung di awan. Dari situ cuba lihat dari kanan ke kiri anda. Cuba anggarkan ada berapa banyak rumah? Lihat pula dari hujung kepala ke hujung kaki anda. Berapa banyak rumah?

🛤 Nampak tak lorong2 di situ? Cuba anda jelajah satu persatu. Ada berapa buah rumah pada satu lorong?

👉🏻Teruskan kuasa imaginasi anda. Ia sesuatu yang amat seronok. Anda tak perlu bayar sesenpun.

📮Bayangkan seseorang sedang menghantar helaian kertas yang anda sediakan ke setiap rumah.

🛒Kemudian anda nampak penghuninya membelek kertas tersebut. Tidak lama kemudian anda lihat setiap rumah sudah memiliki sebotol minyak morha yang anda bekalkan.

📝Sekarang kembali ke dunia realiti. Mari kita kira.

👉🏻Jumlah rumah: 500
👉🏻Sasaran jualan: rm28x500=14,000.
👉🏻Modal: rm15x500=7500
✔Untung (kasar): 14000-7500=6500

Kos:
📌Flyers: 0.06senx2000=120
📌Sampel 10ml: rm1x500=500
📌Upah edar flyers: rm50x4minggu=200
👉🏻Jumlah: rm820

Untung (bersih): 6500-820=rm5680✔

Lihat semula mesej saya berkenaan ini. 📌

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.