Bisnes paling popular sekitar 1990an ialah sistem pemasaran berkonsep multi level marketing (MLM). Antara syarikat yang awal berada di pasaran ialah Amway, berpengkalan di US. Jika ada lebih awal dari itu mungkin ketika saya masih kecil atau belum lahir.
Selain Amway sudah tentu banyak lagi syarikat seumpamanya ditubuhkan di seluruh dunia. Ia adalah fenomena yang sempat menyentak perhatian masyarakat seantero dunia.
Apabila muncul syarikat baru seperti Fortune, ramailah leader & ahli Amway pindah ke situ. Kemudian syarikat tempatan seperti Cosway dan Revell pula muncul. Sebahagian agennya lari ke syarikat baru pula.
Ada satu kepercayaan bahawa ahli awal dalam sesebuah syarikat MLM akan lebih berjaya. Walaupun kebanyakan 'ulama' MLM mengatakan ia adalah dongeng dan 'kurafat' namun oleh kerana ramai yang percaya maka selalunya ia benar2 berlaku.
Dalam pada itu (mungkin juga oleh kerana itu) macam2 syarikat MLM baru muncul. Leader & agen yang kurang berpuas hati dengan syarikat lama atau ingin menjadi pioneer berpindah dari satu syarikat ke syarikat lain. Biasanya secara beramai2 dalam kelompok besar.
Apapun tanggapan orang ramai, Awmay masih beroperasi di Malaysia hingga kini.
Sistem perniagaan MLM sempat melalui zaman gemilang dan bertahan agak lama. Semasa di kemuncak, para leader mampu bergaya dengan pendapatan 4-5 angka sebulan. Masa itu gaji cikgu paling banyakpun rm800-1200. Itupun yang dah kerja lebih 10 tahun.
MLM akhirnya bukan sahaja tersisih malah menjadi momokan. Padahal pada suatu ketika ia membantu melahirkan ramai usahawan dan jutawan.
Jasa MLM bukan setakat melahirkan jutawan segera malah jauh lebih besar dari itu. Ia bukan sahaja menukar pengguna menjadi agen malah memberi pendedahan asas keusahawanan.
MLM membuka mata ramai orang Melayu menjadi ahli perniagaan sebenar dan akhirnya mampu membuka syarikat pemasaran sendiri atau menjadi pengeluar produk.
Rahsianya, semasa menjadi leader sesebuah syarikat MLM mereka belajar membina networking. Leader yang baik mempunyai follower (dulu tiada istilah ini) yang akan menyokong apa sahaja produk atau nama syarikat yang dibawa.
Akhirnya leader berkenaan berfikir bahawa lebih baik keluarkan produk sendiri atau tubuhkan syarikat pemasaran sendiri.
Tidak ada sesuatu yang besar boleh dilakukan tanpa semangat. Demikian juga dalam membina empayar perniagaan melalui MLM.
Sesuatu yang similar dalam mana2 syarikat MLM ialah adanya nama2 pangkat seperti pengurus, ketua pengurus, pengarah, dan ketua pengarah kumpulan. Sering juga diberi nama khusus seperti gold, diamond, emarald, shappare dan lain2.
Pangkat2 tersebut bukanlah gelaran suka2 atau sekadar kosmetik. Ia adalah pangkat yang dicapai dengan jerih payah melalui satu set strategi mapan. Jika 1000 agen baru memasuki pasaran mungkin hanya 1-2 orang sahaja yang berjaya tiba di kemuncak.
Namun yang tercicir di pertengahan jalan bukanlah hilang segalanya. Bagi yang melakukan dengan segenap usaha, banyak kemahiran dan pengalaman berjaya dikutip. Ia adalah aset paling berharga yang kemudiannya dapat diterapkan pada syarikat sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan