"Kalau macam ni tutuplah hospital, takde kerjalah kami."
Ayat di atas adalah komen dalam facebook rakan saya. Oleh kerana saya malas bergaduh dengan doktor maka saya tidak menyampuk.
Kalau ikutkan, mahu juga saya membalas begini:
Jangan bimbang. Doktor 'kan orang cerdik dan cerdas. Kalau ternyata perubatan herba lebih bagus, doktor cuma perlu beralih konsep rawatan sahaja. Kalau sebelum ni doktor pakar perubatan kimia dan dadah, selepas ini doktor tambah satu lagi kepakaran iaitu pakar herba.
Perubatan herba bukan penemuan baru bahkan ia lahir mungkin hampir serentak dengan kemunculan manusia pertama di muka bumi ini.
Ia telah teruji oleh masa.
Perubatan modern pula masih dikira baru. Masih belum kental menghadapi cabaran dunia. Malah banyak kes kita lihat perubatan modern buntu menghadapi beberapa penyakit bahaya dan akhirnya tewas.
Kenapa? Kena muhasabah.
Dalam masyarakat Melayu perubatan herba lazimnya berganding dengan amalan perubatan Islam. Proses rawatan tidak semata-mata bersandar pada bahan ramuan bahkan dibalikkan segalanya pada kuasa Allah yang bukan sahaja pencipta sekalian alam malah mentakdir dan mentadbir setiap perkara yang berlaku secara terperinci.
"Tidak bergerak walau satu zahrah tanpa izin Allah."
Adakah dalam amalan perubatan modern konsep ini menjadi tunjang? Jika para mahaguru perubatan modern berakar umbi di negara bukan Islam, bagaimana 'ruh' ini dapat diserapkan?
Justeru jangan hairan dan jangan berasa satu kelucuan apabila mendapati masyarakat Melayu yang kental keislamannya lebih akrab dengan perubatan herba dan rawatan Islam.
Ada pesakit yang telah bertahun-tahun kena strok akhirnya sembuh setelah menggunakan minyak herba. Apa pendapat doktor?
Nanti dulu. Jangan tergesa buat kesimpulan. Dalam satu kes lain seorang pesakit yang kena strok langsung tiada perubahan walau dilumur berbotol-botol minyak herba yang sama.
Apa maksudnya? Maka kita kena kembali pada firman Allah taala tadi: "Tidak bergerak walau satu zahrah tanpa izin Allah."
Kalau begitu, apa faedahnya minyak herba tadi?
Untuk soalan tersebut saya bukanlah orang yang ada ilmu untuk menghuraikannya. Doktor kena cari guru murshid dan belajar.
Apapun, apa sahaja kaedah perubatan lain jangan ditolak terus. Berlapang dada dan raikan semua cabang ilmu. Bertanyalah dengan doktor-doktor veteran yang telah melalui pelbagai pengalaman.
Wallahu'alam.
Minyak Morhabshi boleh digunakan sementara mendapatkan rawatan di hospital.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan