Kronologi Minyak Morhabshi sehingga penjenamaan Morha dan kelulusan trademark.
Minyak Morhabshi diasaskan Ustaz Hj Abd Hamid di Jitra Kedah lebih 40 tahun yang lalu.
Kemudian Aminudin Hj Abd Hamid dan isteri turut mengeluarkannya di Jengka Pahang sebelum berpindah ke Sabak Bernam Selangor.
1997 Minyak morhabshi memasuki Melaka apabila Noor Azman Aminudin berkahwin dan seterusnya menetap di situ.
1999 Minyak Morhabshi mula disiarkan di internet melalui laman geocities.com/panduannet.
2003 pasangan Noor Azman dan isteri melanjutkan pelajaran ke USM Pulau Pinang dan menggunakan label baru untuk Minyak Morhabshi. Bekalan diambil daripada dua pusat pengeluaran iaitu ustaz Hamid sendiri dan Aminudin.
2006 Morhabshi membeli domain sendiri www.morhabshi.com.
2007 pasangan Noor Azman dan Marhani kembali ke Melaka dan meneruskan jualan secara online.
2008 syarikat Morhabshi didaftarkan dengan SSM.
2009 pejabat urusan Morhabshi dibuka di Bukit Baru Melaka.
2011 minyak morhabshi mengalami perubahan ketara dari segi pembungkusan dengan saiz dan bentuk botol yang lebih sesuai.
2011 Minyak Morhabshi didaftar dengan Kementerian Kesihatan (NOT).
2011 Minyak Morhabshi dikeluarkan melalui kilang bertaraf GMP di Melaka.
2013 pihak SIRIM dan MARA menyiapkan logo dan pembungkusan baru untuk Minyak Morhabshi.
2013 proses mendapatkan trademark MORHA bermula.
2013 proses mendapatkan sijil khas KKM bermula.
2013 Morha Marketing ditubuhkan bagi menjalankan tugas pengedaran minyak Morhabshi serta beberapa produk sunnah termasuk minyak wangi.
2013 iklan Minyak Morhabshi disiarkan akhbar Harian Sinar.
2014 trademark MORHA diluluskan.
Purata jualan Minyak Morhabshi ialah RM35 ribu sebulan dan 40% jualan kepada stokis, 55% jualan terus secara pos, dan 5% jualan terus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan