Selasa, 23 September 2014

Khasiat Myrrh (morhabshi)



Siri Rahsia Ramuan Minyak Morhabshi
Kegunaan Myyrh (morhabshi) dan faedahnya (secara umum)

Komplementari Perubatan / Alternatif.
Myrrh adalah resin yang didapati daripada pokok-pokok genus Commiphora - yang tumbuh di Afrika Utara dan Timur Tengah.
Myrrh mempunyai aroma manis dan apabila dibakar menghasilkan asap yang unik serta mempunyai pelbagai kegunaan.
Justeru resin myrrh turut dijadikan kemiyan dan tekenal dalam masyarakat Arab.


Myrrh (morhabshi) digunakan terutamanya dalam industri:
#Perubatan
#Makanan
#kosmetik
#Haruman

Myrrh digunakan dalam terapi perubatan beberapa tamadun besar manusia sejak ribuan tahun.
Myrrh berasal daripada bahasa Arab iaitu perkataan "Murr" yang bermaksud "pahit".
(Myrrh mungkin diperkenal orang Habshi sehingga dikenali sebagai Morhabshi: penterjemah)

Di zaman Mesir Purba myrrh telah digunakan untuk merawat demam. Orang Yunani purba memanafaatkan myrrh sebagai antiseptik untuk tentera bagi membersihkan luka akibat pertempuran - menjadi amalan tentera untuk membawa myrrh ke medan perang.



Kini kajian sains moden mula mencari bukti yang menunjukkan bahawa myrrh mungkin menawarkan beberapa manfaat kesihatan.

Keistimewaan myrrh:

Fungsi antioksidan
- kajian yang diterbitkan dalam jurnal berprestij Makanan dan Kimia Toksikologi mendapati bahawa myrrh (Commiphora molmol) emulsi dapat melindungi daripada plumbum hepatotoxicity (PbAc).

Para penulis kajian itu membuat kesimpulan bahawa myrrh (Commiphora molmol) emulsi adalah "antioksidan yang kuat" yang boleh "melindungi daripada PbAc yang disebabkan oleh kerosakan oksidatif hati dan immunotoxicity dengan mengurangkan pengoksidaan lipid dan meningkatkan antioksidan dan mekanisme pertahanan imun."



Ciri antikanser
- sekumpulan penyelidik Cina mendedahkan ekstrak dan sebatian daripada damar myrrha Commiphora mungkin berkesan terhadap manusia berkaitan sel kanser ginekologi. Penemuan mereka telah diterbitkan dalam Jurnal Tumbuhan Perubatan Research.

copyright: Medical News Today (foto sekadar hiasan)


Sumber terjemahan:
http://www.medicalnewstoday.com/articles/267107.php
Thu 10 Oktober 2013 - 12:00 PST

Rujukan lain berkenaan Myrrh (morhabshi):
1. "Oxidative stress and immunotoxic effects of lead and their amelioration with myrrh (Commiphora molmol) emulsion" - Ashry KM, El-Sayed YS, Khamiss RM, El-Ashmawy IM. - 

2. "Food and Chemical Toxicology" - 2010 Jan;48(1):236-41. - doi: 10.1016/j.fct.2009.10.006. - Epub 2009 Oct 8. - Accessed October 15th 2013. 

3. "Cytotoxicity activity of extracts and compounds from Commiphora myrrha resin against human gynecologic cancer cells " - Shulan Su et al. -Journal of Medicinal Plants Research - Vol. 5(8), pp. 1382-1389, 18 April, 2011. - Accessed October 15th 2013. 

4. "In vitro screening for the tumoricidal properties of international medicinal herbs" - Mazzio EA, Soliman KF - Phytotherapy Research - 2009 Mar;23(3):385-98. - doi: 10.1002/ptr.2636. -Accessed October 15th 2013. 

5. "Allergic contact dermatitis due to a Chinese orthopaedic solution tieh ta yao gin" - Lee TY, Lam TH. - Contact Dermatitis - 1993 Feb;28(2):89-90. - Accessed October 15th 2013.


Nota:
Myrrh atau morhabshi (Commiphora myrrha) adalah bahan utama bagi menghasilkan Minyak Morhabshi.

Berikut adalah sebahagian daripada ramuan Minyak Morhabshi (Ustaz Haji Abdul Hamid Ahmad. Beliau juga seorang pengamal perubatan homeopathy bertauliah).


Antara bahan yang terdapat dalam Minyak Morhabshi:

Myrrh/morha/morhabshi: Commiphora myrrha
Zaitun: Olea europaea
Safron/zaafaran: Crocus sativus
Mustakim/mustaka: cyperus rotundus L
Serai: Cymbopogon citratus
Raja Kayu/king of wood: Cassia fistulla
Keduduk Putih: Melastoma Imbricatum
Bayam Batu/mulberry: Morus nigra. L.
Lemuni: Vitex Trifolia var Negundo
Hempedu Bumi: Andrographis paniculata
Cekur: Kaempferia galanga

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.