Berposak-posak pasangan suami isteri itu mencari rumah ibu saya yang terletak di pedalaman itu.
Sebenarnya kampung kami terletak di hujung Selangor, bersempadan dengan Perak. Itulah sebabnya ramai sanak saudara kami tinggal di Perak terutama di Teluk Intan dan Hutan Melintang.
Pasangan tersebut bercerita bahawa si suami telah mengalami sakit mata yang aneh. Kelopak matanya seperti 'terjatuh' atau meloyot ke bawah.
Bahagian dalam matanya pula merah menyala.
Kebetulan mereka pernah membeli minyak morhabshi. Si isteri menyapukan minyak morhabshi pada kelopak mata suaminya.
Tidak merbahaya jika termasuk ke dalam mata. Saya biasa melakukannya. Cuma mungkin pedih sedikit.
Alhamdulillah. Sungguh menakjubkan kerana tidak sampai 15 minit kemudian mata beliau pulih kembali.
Itulah sebabnya kedua suami isteri itu berusaha ke rumah kami untuk menemui sendiri ibu saya.
Sayangnya ketika itu tidak ada kamera.
Perihal masalah mata, saya pernah menerima surat daripada Puan Hasnah yang menetap di Belanda.
Beliau menyapu minyak morhabshi pada mata anak saudaranya yang rabun. Alhamdulillah, menurut beliau budak itu kemudiannya boleh membaca tanpa cermin mata.
(saya cuma catatkan berdasarkan cerita puan Hasnah & keluarga kepada kami ketika beliau berkunjung ke Malaysia beberapa tahun lepas. Beliau membawa pulang hampir 500 botol minyak Morhabshi ke Belanda).
Saya pernah mencuba dan berkesan juga. Selepas beberapa jam, saya mampu membaca tarikh pada jam tangan saya tanpa cermin mata. Tetapi ia tidak kekal lama. Ia perlu diamalkan, namun saya tidak mengamalkannya kerana asyik terlupa. Sebaiknya pada waktu pagi dan malam. Insya-Allah selepas ini saya akan amalkan.
Dalam kes rabun, saya rasa minyak morhabshi bertindak merawat urat mata dari luar. Manakala dalam kes lelaki tadi, saya rasa beliau 'terkena' perbuatan sihir.
Itu hanya pendapat peribadi. Saya bukan pakar.
Semalam kami sedang merawat anak kedua kami (berusia 11 tahun) yang sering bengkak mata kerana alergik.
Alhamdulillah, perkembangan amat positif. Disapu pada kelopak dan tepi mata. Mulanya agak pedih. Permulaan sahaja. Takpe, kami biarkan dia lap dengan tisu kemudian sapu lagi.
Moga sembuh sepenuhnya.
Artikal ini asalnya ditulis sekitar 2013 namun kes puan Hasnah (di Belanda) dan kes lelaki daripada Perak itu lebih awal.
Selepas itu ada beberapa pengalaman menarik yang diceritakan pada kami samada melalui telefon, media sosial, bahkan secara lisan. Salah satunya ialah daripada puan Halimah Morshidi di Sarawak yang rajin berkongsi pengalaman di facebook. Malah saya dan isteri berkesempatan bertemu beliau ketika kami berkunjung ke Kuching tahun lalu.
Puan Halimah menceritakan bahawa beliau rajin menyapu pada kelililing mata dan beliau sudah boleh membaca Al-Quran tanpa cermin mata.
Terbaru (26 oktober 2014) berlaku pada diri saya sendiri. Pada Jumaat lalu, tiba-tiba saya terasa kelainan yang amat ketara pada mata saya. Terasa seperti ada tirai pada mata saya. Bahagian pelipis dan kening terasa kurang selesa.
Saya amat risau kerana ramai yang terpaksa menjalani pembedahan mata kerana masalah mata. Siapa yang tidak takut dengan pembedahan?
Sudah lebih lima tahun saya memakai cermin mata dan saya tidak boleh membaca tanpanya termasuk membaca teks pada handphone.
Alhamdulillah, selepas menyapunya pada keliling mata (bukan dalam mata) termasuk kening, pelipis, kulit kepala (sekitar cuping telinga) mata saya kembali pulih.
Oleh kerana saya perlu memandu dari Melaka ke rumah bonda saya (yang mengeluarkan minyak morhabshi) di Sabak Bernam Selangor malam nanti maka saya pulang ke rumah untuk tidur sebentar. Sebelum tidur saya menyapu sekali lagi seperti tadi.
Alhamdulillah, bangun dari tidur mata saya kembali segar dan sebelum memulakan perjalanan saya menyapunya lagi.
Menariknya, apabila saya cuba membaca mesej pada handphone tanpa cermin mata, saya boleh melakukannya walaupun tidaklah begitu terang. Sebelum ini memang agak sukar.
Saya fikir pengalaman ini perlu dikongsi. Walaupun minyak morhabshi bukan ubat mata namun ia boleh disapu dengan selamat pada kulit walaupun di kawasan yang agak sensitif.
Bahannya hanya campuran herba dan minyak yang boleh dimakan.
Minyak morhabshi dibotolkan dalam empat saiz dan dijual antara RM10 (15ml) hingga RM45 (120ml).
Boleh hubungi 0194401944 untuk maklumat lanjut. Kami memang memerlukan ramai stokis dan agen bagi melayani dan memenuhi permintaan orang ramai yang ingin mencuba dan pelanggan setia kami sejak kami menasarkannya secara aktif sekitar 2006.
Minyak Morhabshi adalah produk tempatan berdaftar dan jenama Morha yang digunakan produk ini telah dilindungi di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Kami juga disokong oleh pihak SIRIM dan MARA.
posted from Bloggeroid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan