Khamis, 24 Januari 2013

Pek baru Morhabshi

Foto di bawah ialah label yang telah disiapkan pihak Sirim manakala tulisan di bawahnya ialah draf yang saya hantar untuk disiarkan dalam akhbar Sinar Harian 28/1/2013.



Minyak morhabshi adalah minyak untuk seisi keluarga. Diadun bersama lebih 30 herba serta pelbagai jenis minyak seperti minyak serai, minyak zaitun, dan minyak bijan.

Selain menggunakan resin morhabshi (myrrh) yang terkenal sejak zaman Rom, minyak morhabshi diperkaya dengan saffron (zaafaran) iaitu herba termahal di dunia serta ekstrak serai yang telah terkenal dalam perubatan.

Minyak morhabshi asalnya diasaskan Ustaz Hj Abd Hamid Ahmad (almarhum). Dalam kitab Attabib Walhikmah tulisan beliau dicatatkan bahawa ramuan tersebut membantu penggunanya meliputi tiga kegunaan iaitu:

1) Fizikal – luaran (seperti kayap, kurap, kudis, luka, sengatan haiwan/serangga bisa, lenguh).

2) Fizikal – dalaman (seperti cirit birit, buasir, kembung, masalah angin, sakit dada, gigi).

3) Misteri (berkaitan dengan kepercayaan masyarakat seperti histeria, gangguan, sihir, santau).

Minyak yang beliau usahakan itu juga sesuai untuk bayi/kanak-kanak dan sering digunakan bagi mencegah kembung perut serta gangguan.

Minyak morhabshi turut dibacakan ayat-ayat Al-Quran serta doa amalan Rasulullah serta sahabat dalam rawatan.

Stokis/Agen masih diperlukan. Hubungi 0194401944

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

[url=http://buyonlinelasixone.com/#9580]lasix without prescription[/url] - cheap lasix , http://buyonlinelasixone.com/#11733 lasix no prescription

Tanpa Nama berkata...

Why make an application for payday loans rather than regular
loans short term loans however the web
has opened quantity of opportunities.

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.