Sabtu, 17 November 2018

Kemunculan semula myrrh dalam dunia perubatan

universiti al azhar mesir


Mesir. Kenapa kita hantar pelajar ke universiti² di mesir?

Ya, kerana tradisi keilmuannya.

Universiti al-azhar di cairo mesir adalah antara pusat pengajian terulung di dunia.

Di tanah itu pernah berdiri kerajaan besar dinasti firaun.

Teknologinya hebat, namun musnah kerana angkuh dan sombong. Mereka bukan sahaja lupa pada tuhan bahkan keampuhan ilmu yang dikuasai menyebabkan firaun mendakwa sebagai tuhan.

Lama selepas itu, datang tamadun islam.

Mesir menerima islam kerana melihat islam jauh lebih baik daripada mesir yang pernah menduduki ketamadunan tertinggi namun akhirnya musnah.

Kita hantar pelajar ke sana kerana negara itu memiliki khazanah ilmu merentasi pelbagai bidang. Mereka memiliki pengalaman ketamadunan bangsa yang begitu cemerlang.

Selain mesir banyak lagi tamadun hebat pernah bertapak di tanah arab.

Salah satu kemanafaatan yang diperolehi dari sejarah mesir ialah perubatan. Dari catatan dan kajian ditemui sejenis resin dipanggil Myrrh yang berasal daripada perkataan arab 'mur' bermaksud pahit.

Myrrh bertebaran dari tanah arab menganjur ke afrika, termasuk mesir.

Semasa zaman mesir, myrrh dinilai sama harga dengan emas yang sama timbangannya.

Di zaman Rome, tenteranya dibekalkan myrrh ketika ke medan perang. Ia digunakan bagi merawat pelbagai penyakit termasuk luka, penyakit berjangkit, virus, dan lain².

Myrrh kemudiannya terpendam dengan kehadiran dadah dan kimia dalam perubatan modern yang dilihat lebih cepat memberi kesembuhan.

Namun akhirnya ternyata perubatan modern didapati meninggalkan kesan sampingan pada manusia.

Kini myrrh muncul semula menjadi pilihan. Semakin banyak kajian di seluruh dunia tentang myrrh.

Di malaysia, myrrh dirumus bersama herba tempatan bagi memberikan kesan yang lebih baik.

Alhamdulillah. Ribuan pesakit telah mendapat manafaat apabila myrrh diketengahkan semula pada masyarakat.

2 pilihan minyak morha


Jumaat, 20 Julai 2018

myrrh: sejarah dan potensi masa depan


Penggunaan resin myrrh dalam perubatan dikesan sejak zaman mesir purba.

Seterusnya myrrh diamalkan secara meluas di zaman Rom. Dikatakan tentera rom dibekalkan myrrh apabila ke medan perang.

Myrrh sememangnya digunakan di zaman ketamadunan Islam. Bahkan nama 'myrrh' diambil dari bahasa Arab iaitu 'mur' bermaksud pahit.

Resin hebat ini turut ditemui dalam buku² perubatan China dan India (Ayurveda).

Perubatan tradisional cina mengesyorkan penggunaan myrrh bagi masalah reumatik, arthritis, dan peredaran darah, serta untuk amenorea, dismenorea, menopaus, dan tumor rahim. Ia juga dikatakan berkesan untuk jantung, hati, dan limpa.

Sayangnya dalam industri perubatan modern myrrh agak tenggelam kerana meluasnya penggunaan dadah dan bahan kimia yang lebih komersial.

Namun sejak sedekad yang lalu para pengamal perubatan mula memberi perhatian pada sumber semulajadi ini.

Beberapa kajian dimulakan dan dengan cepat menarik minat universiti² untuk turut serta. (sebahagian kajian tersebut dicatatkan di bawah artikal ini).

Adalah dijangkakan dalam masa terdekat resin myrrh akan menjadi bahan utama dalam penyediaan produk kesihatan, haruman, dan penjagaan diri di seluruh dunia.

Morha berbangga kerana menjadi peneraju produk berasaskan myrrh di malaysia dan asia tenggara.

Kami berazam untuk mempertingkatkan penggunaan myrrh dalam produk² berinovasi tinggi serta menembusi pasaran global.

Untuk itu kami sedang menyediakan pelapis bagi melanjutkan pelajaran khusus dalam bidang farmasi.

Dalam tempoh 5 tahun dari sekarang morha bersedia untuk menawarkan pelbagai produk berkualiti tinggi, memenuhi permintaan pelanggan di dalam dan luar negera.

Bacaan tambahan/rujukan:
https://en.m.wikipedia.org/wiki/Myrrh
https://www.sciencedirect.com/topics/pharmacology-toxicology-and-pharmaceutical-science/myrrh
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4556964/
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3796379/
https://www.uofmhealth.org/health-library/hn-2134003
https://draxe.com/myrrh-oil/
https://thetruthaboutcancer.com/myrrh-essential-oil/
https://www.mskcc.org/cancer-care/integrative-medicine/herbs/myrrh

Sabtu, 23 Jun 2018

Peluang B2B bisnez


Kami mempelawa usahawan yang memiliki rangkaian pengedar untuk menjual produk keluaran sendiri:

Nama produk: Minyak Morhabshi (dikenali juga sebagai minyak morha)
Pendaftaran: NOT1406045207K
Pengilangan: berstatus GMP

Type:
1. Minyak morha biasa
2. Minyak morha serai
3. Krim Morha

Kegunaan produk: serbaguna

Sapuan luar
Sakit kulit (kayap, kudis, kurap), lenguh, gigitan serangga, bakteria, jangkitan kuman, virus, sakit dalam mulut (ulser dll), gigi, tekak, perut, buasir, dada, dsb.

Jualan pukal (borong):
1. Menggunakan jenama Morha
2. Melakukan penjenamaan semula (repackaging)

Melalui cara ke-2 pengusaha akan dibantu menyediakan produk akhir seperti pendaftaran produk atas nama sendiri dan pembungkusan semula.

Sokongan
Produk ini diakui pengguna amat berkesan dan mendapat jualan ulangan yang amat tinggi. Kami menyimpan ribuan testimonial pengguna yang amat berpuas hati sejak lebih 20 tahun.

Berminat sila hubungi +60194402211

Ahad, 10 Jun 2018

Bayar upah rm900 dan masuk poket rm3000


Pagi tadi saya berbual dengan akak pekerja sekolah. 3 minggu lagi beliau terpaksa bersara kerana usia dah mencapai 60 tahun.

Padahal beliau masih sihat dan kuat. Setiap hari naik turun menyapu bangunan 4 tingkat, tiada masalah.

Ertinya beliau akan kehilangan pendapatan rm900 sebulan. Mungkin ramai antara kita yang elaun sahaja lebih rm900 tetapi bagi akak tu, rm900 adalah gaji bulanannya. Dan, selepas 16 november 2017, rm900 sudah tiada lagi.

Beliau kata nak cuba cari kerja di kedai makan pulak. Apa saya nak kata?

Saya beritahu beliau, akak dah kerja puluhan tahun, anak² dah lepas dan masih ada suami. Cuma nak jaga seorang anak istimewa. Rasanya dah tak perlu kerja dengan orang.

Beliau terdiam sebelum mengeluh: susah cikgu.

Apa kata akak join saya jual minyak morha? Saya menduga.

Entahlah. Akak tak pandai. Beliau mengeluh sayu.

Kali ini giliran saya terdiam dan mengawal diri agar tak mengeluh sama.

Kita boleh kata inilah mentaliti orang makan gaji. Namun apa faedahnya?  Anda boleh ubah minda mereka? Mereka tidak percaya pada janji keuntungan yang tiada batasan. Mereka sangat takut kehilangan gaji tetap rm900 sebulan.

Tak perlu beritahu mereka jual minyak morha 10 botol sehari, sebulan boleh dapat untung rm3900 sebab mereka cuma nak rm900 sahaja.

Dalam minda mereka, rm3900 adalah mustahil.

Nak bantu akak tu? Nanti saya bagi no acc bank saya. Anda boleh transfer tiap² bulan.

Saya pula akan suruh akak tu edar 500 keping flyers ke seluruh taman perumahan tempat beliau tinggal. Saya dah servey,  ada lebih 600 buah rumah dan sekitarnya ada taman² lain. Paling tidak ada 3000 buah rumah.

Modal flyers 500 keping x 6 sen = rm30.
Upah edar flyers 500 buah rumah x 10 sen = rm50.

Standby pek sampel (trial) 10 botol x rm1 = rm10 (berikan pada yang nak cuba sahaja)

Gantung sehelai bunting di depan rumah akak tu = rm15

Maka jumlah modal anda cuma rm105

Ulangi proses ni setiap minggu selama sebulan. Jika ada rezeki akak tu dan rezeki keluarga anda, Insyaallah dapat 100 order

Saya cadangkan fokus pada minyak morha 60ml berharga rm28. Itu harga yang hampir semua orang bersedia untuk beli. Produk jenama lain tak dapat la harga begitu. Lebih seganda harganya.

Bincang dengan stokis dan dapatkan harga rm15 sebotol.  Bermakna anda ada baki untung rm13 sebotol.

Kirakan, rm13 x 100 = rm1300

Lakukan selama 3 bulan dan letak target 300 botol pembelian ulangan setiap bulan. Ertinya,  300 x rm13 = rm3900

Pengalaman saya selama lebih 20 tahun, pembeli yang dah cuba minyak morha akan beli setiap bulan untuk kegunaan keluarganya. Insyaallah

Anda kira sendiri berapa nak bagi upah pada akak tu. Tak perlu suruh dia berniaga sendiri. Dia akan jawab, saya tak reti.

Anda bukan sahaja dapat pendapatan tambahan malah anda sudah bantu akak tu dapat semula gajinya rm900 setiap bulan. Insyaallah.

Ini yang dikatakan ibadah.

Wasap saya
+60194402211 cheguman

Jumaat, 1 Jun 2018

Apa ada pada minyak morha?



10 herba terbaik dunia dalam minyak morha:

1. Myrrh atau Commiphora Myrrha berasal dari somalia, banyak tumbuh di afrika dan timur tengah hingga ke india. Myrrh terbit dari bahasa arab iaitu mur bermaksud pahit. Resin myyrh yang digelar 'miracle resin' ini amat dihargai sejak zaman mesir purba. Tentera rom dibekalkan myrrh apabila ke medan perang kerana sifatnya mampu menghilangkan kesakitan, menyembuhkan luka, membasmi kuman, dan menguatkan imunisasi tubuh manusia. 

2. Mustaka atau Cyperus Rotundus merupakan herba terbaik di india dan wilayah sekitarnya terutama bagi merawat pelbagai jenis demam selain pelbagai masalah lain. 

3. Safron atau Crocus Sativus terkenal sebagai herba termahal di dunia hingga diberi gelaran herba 1001 khasiat. Boleh dikatakan tidak ada bangsa yang tidak mengetahui keistimewaan safron atau zaafaran ini. Setiap kilogram safron berharga antara RM25-35k. 

4. Hempedu Bumi atau Andrographidis Herba dianggap raja segala herba dan terkenal bukan sahaja di kepulauan melayu bahkan menjadi buruan para pedagang seluruh dunia dahulu kala. Ubat memang selalunya pahit. Ia bukan sahaja cepat menghentikan darah malah sering digunakan dalam rawatan darah tinggi dan kencing manis. 

5. Misai Kucing atau Orthosiphon Stamineus sangat terkenal dalam perubatan di nusantara.  Ia dikatakan bertindak menyingkir asid urik dan berkesan menghindari penyakit berkaitan hempedu dan buah pinggang. Bagi yang tahu, bukan itu sahaja khasiatnya.

6. Dukung Anak atau Phylanthi Herba ini walaupun namanya pelik namun mempunyai nilai perubatan yang amat tinggi meliputi penjagaan kulit, buasir, demam, hepatitis B, dan lain-lain. Barangkali itulah sebab dinamakan Dukung Anak yakni bagaikan seorang ibu yang melindungi anaknya dari apa sahaja ancaman. 

7. Daun Sireh atau Piperis Folium sudah tidak perlu diperkenalkan lagi bahkan ia menjadi syarat utama dalam perubatan samada bersifat zahir mahupun bathin. Ia cepat menghentikan luka termasuk hidung berdarah. 

8. Raja Kayu. Namanya pun RAJA kayu. Ia digunakan dalam rawatan penyakit luaran dan dalaman serta digunakan secara meluas untuk urutan. 

9. Minyak Zaitun (olive oil) atau Oleaeurofea tidak perlu diperkenalkan lagi lantaran seluruh dunia mengakui pelbagai khasiatnya. Selain untuk kulit ia sebenarnya boleh merawat strok,  peredaran darah, dan banyak lagi. 

10. Minyak Bijan atau Sesame Oil amat diminati masyarakat cina dan india sehingga digunakan dalam pelbagai perkara. Biji Bijan kaya dengan zat besi, kalsium, magnesium, zink, tembaga, Vitamin E , Vitamin B dan menyimpan pelbagai manfaat. Sesuatu yang ramai tidak tahu, ia baik untuk menegang payu dara dan alat kelamin lelaki.

Selasa, 22 Mei 2018

beli saham, tanah, emas, atau minyak?


Katakan anda ada rm1000. Apa yang boleh lakukan?

Simpan duit, simpan emas, simpan tanah, atau simpan minyak?

Jika simpan duit rm1000 dengan faedah 6% maka wang anda akan menjadi rm1060.

Jika rm1000 itu anda beli emas rm120/gram dan simpan setahun apabila naik menjadi rm130 maka wang anda menjadi rm1083.

Jika rm1000 itu anda mahu beli tanah maka hentikan angan² itu sebab rasanya tiada yang mahu menjualnya kecuali secara kongsi.



Saya akan bincang lain kali hal tanah tersebut.

Namun jika rm1000 itu anda belikan minyak morha 120ml anda akan dapat 33 botol dan apabila anda jualkan, wang anda sudah menjadi rm1500.

Gunakan rm500 itu untuk keperluan dan rm1000 tadi jadikan pusingan modal.

Setiap bulan anda ada side income rm500.

Insya-Allah.

Ahad, 11 Mac 2018

Tinggalkan sedikit

Kata orang tua² dalam setandan kelapa bukan semua boleh jadi santan. Ada sebiji dua yang dipanggil nyior komeng.

Biasa kita tengok ada motivator atau ustaz yang berceramah sana sini tapi ada seorang anaknya agak tercicir. Malah kadang² dilihat menyimpang dari norma yang disarankan bapanya.

Sebenarnya Allah tinggalkan sedikit untuk kita bermuhasabah diri. Betapa seorang pencetus inspirasi atau ustaz pun tidak mampu mengubah seseorang hatta anaknya sendiri.

Kita yang melihat, jangan jadikan modal untuk mengutuk. Doakan yang baik².

Hanya Allah yang mampu mengubah atau sebaliknya mematikan hati seseorang. 

Berdoa-lah.


#berdamaidengantakdir
t.me/cheguman_morha

Minyak Morha

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.