Ahad, 23 April 2017

Testimonial 7 naga


Salah satu rahsia dalam ilmu rawatan mahupun perubatan Islam berasaskan Kitab At-Tabib Wal Hikmah oleh Sheikh Abdul Hamid (Kedah) telah menghasilkan ramuan minyak Morhabshi yang boleh merawat penyakit secara organik semulajadi.
.
Ianya mengandungi bahan aktif Myrrh resin pokok Commiphora Myrrha yang digunakan dalam perubatan tamadun Rom serta bahan penting dalam produk aromatic (wangian).
.
Morhabshi ini juga diperkayakan dengan za'faran (safron), zaitun, keduduk putih, raja kayu dan pelbagai herba nusantara yang berkhasiat untuk menyembuhkan penyakit luaran kulit luka lecur gatal ruam eczema, lenguh badan maupun dalaman badan seperti demam, asthma, migrain, darah tinggi, sakit perut, kencing manis, kencing tikus, kanser barah dan banyak lagi kisah pengalaman pengguna Morhabshi berjaya sembuh daripada pelbagai penyakit.
.
Bagi saya #Morhabshi adalah 'medical kit' yang simple + powerful mudah dibawa ke mana sahaja. Hampir 5 tahun saya amalkan Morhabshi ini sehingga sembuh asthma dengan izin Allah. Alhamdulillah kini dah tak perlu perabihkan duit untuk nebulizer yang sebenarnya tak sembuhkan penyakit cuma hilangkan simptom sahaja.
.
Syukur dipertemukan dengan minyak hebat ini bagi saya ia adalah anugerah dan kebijaksanaan perubatan orang Melayu kita yang mendahului zaman.
.
Jika rajin mengkaji sejarah Sheikh Abdul Hamid dan kesemua kitabnya saya rasa bangsa ini akan bangkit kembali setaraf dengan ilmu perubatan dunia.

Share drpd tuan Fahmy Adam mentor terkenal marketing,  pengasas #teknik7naga

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.