Rabu, 15 Mac 2017

Di sebalik penyebaran kitab tabib walhikmah


Beberapa bulan sebelum sheikh abdul hamid meninggal dunia, saya dan isteri sempat mengunjungi beliau di Maahad Islamiyah Derang Kedah.

Dalam usia lebih 80 tahun beliau tampak masih sihat. Malah sambil ketawa kecil beliau memberitahu telah dilantik menjadi pengurus dua team bola sepak di situ.

Masa kami tiba beliau sedang menyusun lembaran2 kertas. "mari susun ni." katanya. Kami pun ikut menyusun kertas2 tsbt.

Itulah kitab attabib walhikmah yang memuatkan pelbagai ramuan perubatan, doa, petua,  serta panduan rawatan.

Setelah kami selesai menyusun, beliau mengambil 10 naskah dan menghulurkan pada saya. "Buat apa?" tanya saya kebodohan. "Jual lah." jawab beliau. "Berapa ringgit?" tanya saya lagi. "lima ringgit." Saya pun kata,  insya-Allah.

Beberapa bulan kemudian beliau meninggal dunia. Seingat saya, tiada sakit apa-apa.

Selepas beliau tiada baru saya terfikir,  kenapa kitab yang kos cetakan pun lebih kurang RM5, kenapa nak dijual RM5 sahaja?

Sebenarnya bukan nak jual tetapi beliau nak ilmu yang beliau rakamkan dalam kitab itu disebar dan terus digunakan oleh orang ramai.

Justeru inilah sebabnya saya letak kandungan kitab Attabib Walhikmah tersebut di www.morhabshi.blogspot.my supaya dapat diambil oleh sesiapa sahaja, pada bila-bila masa, dan di mana-mana jua.

Insya-Allah.

Mohon kerjasama anda untuk sebarkan agar pahalanya berpanjangan.

Jazakumullah khairan katsiran.

Minyak Morhabshi salah satu produk yang diasaskan Sheikh Abdul Hamid yang semakin terkenal. 

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.