Sabtu, 25 Mac 2017

Belajar bekam


Saya pernah ceritakan kesah sepasang auami isteri yang anak2 mereka dihantar belajar ke luar negara dengan perbelanjaan sendiri hasil pendapatan sebagai tukang bekam.

Agak-agak, berapa pendapatan mereka membekam?

Biasanya, upah 1 cawan antara rm5-15. Kita katakan rm5. Jika seorang pelanggan 15 cawan bermakna rm75. Jika sehari 4 orang,  rm300, sebulan rm9000. Isterinya pula membekam pelanggan wanita. Maknanya pendapatan kasar mereka boleh mencecah rm18k sebulan.

Bekam adalah sunnah Rasulullah saw dan sejak akhir2 ini kesedaran mengamalkan sunnah semakin meningkat berbanding 20-30 tahun dahulu.

Jika anda buat secara sambilan di rumah pun,  dengan purata seorang pelanggan sehari,  anda boleh dapat antara rm1500-3000 sebulan. Yang perempuan,  suruh isteri anda buatkan.

Saya kenal seseorang yang sedia mengajar cara berbekam dan membantu anda mendapat tauliah daripada persatuan dan juga kementerian kesihatan. Perubatan bekam dikawal oleh kerajaan kerana ia melibatkan darah dan jangkitan. Tanpa kebenaran,  anda tidak boleh merawat orang lain.

Jikapun anda tidak mahu mencari pelanggan,  kemahiran membekam boleh digunakan pada ahli keluarga sendiri.

Bekam memberi dua kebaikan,  pahala sunnah dan kesihatan.

Kalau nak,  whatsap saya 0194402211.

Minyak Morhabshi

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.