Jumaat, 13 November 2015

Tips1 membina perniagaan dari rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Minggu lepas saya hadir satu seminar SoHo. Barangkali anda juga sudah tahu tentang SoHo.

SoHo adalah singkatan Small Office Home Office iaitu kaedah perniagaan yang telah melahirkan ramai usahawan senyap.

SoHo bukanlah kaedah terbaru perniagaan. Bahkan ia adalah bentuk perniagaan terawal sebelum manusia mula memisahkan rumah dengan pejabat.

SoHo bukan sahaja memberi pendapatan tambahan pada individu secara separuh masa malah mampu menjana pendapatan berlipat ganda melebihi gaji tetap bekerja dengan orang lain.

SoHo juga membantu pengusaha IKS seperti pengeluar produk herba, kraftangan, dan makanan untuk  berkembang.

Walaupun saya sudah terlibat dalam perniagaan melalui media internet sejak 1999, namun  sekali-sekala saya hadir sebagai peserta dalam seminar-seminar anjuran pihak lain samada besar atau kecil.

Menariknya, meski saya rasa sudah banyak yang saya pelajari lantaran lebih 25 tahun berkecimpung (10 tahun jualan langsung dan 15 tahun online) namun setiap kali saya mengikuti kursus lain, tetap ada ilmu baru yang saya perolehi.

Terdapat banyak pilihan untuk anda memulakan usaha SoHo. Dengan sedikit modal atau tanpa modal baru, anda boleh menukar bilik bacaan atau kamar tidur menjadi sebuah pejabat untuk anda bekerja beberapa jam sehari tanpa perlu meninggalkan rumah.

SoHo bukanlah sekadar hobi atau alasan untuk bermalas-malas di rumah. Cabaran paling besar ialah bagaimana anda berupaya memberi arahan pada diri sendiri untuk bekerja.

SoHo bukan sekadar mengemaskini status media sosial seperti FB dan lain-lain sebaliknya ia adalah keputusan anda menjadikan satu sudut di rumah sendiri sebagai sebuah pejabat bagi mengendali perniagaan yang berpotensi besar.

Saya akan terus berkongsi sedikit pengalaman yang saya ada bagi membantu anda menjalankan perniagaan SoHo anda sendiri.

Sila simpan (save) nama dan nombor hp saya ini (0194402211 atau 0194401944) dalam contact hp anda bagi memudahkan anda menerima tips-tips perniagaan SoHo dari semasa ke semasa.

Selepas ini saya akan menghantar tips-tips perniagaan SoHo kepada anda menggunakan broadcasting Whatsapp. Kelebihan aplikasi ini ialah dengan satu klik setiap orang yang menyimpan nombor hp saya akan menerimanya.

Kelemahannya, orang yang tidak menyimpan nombor saya (0194402211 atau 0194401944) tidak dapat lagi menerima mesej daripada saya.

Saya tidak memaksa.

Cheguman
(Noor Azman Aminudin)
Pengarah Urusan Morhabshi

0194402211
0194401944
noorazmanaminudin@gmail.com
www.morhabshi.biz
www.morhabshi.blogspot.com
morhabshi.blogspot.com
facebook.com/morha2u

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.