Ahad, 6 September 2015

Rawatan kencing tikus dan khasiat myrrh

Gejala jangkitan leptospirosis (kencing tikus) yang dipetik daripada siaran media
DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
13 Januari 2015.

demam
sakit kepala
sakit otot
batuk
muntah
sakit perut
cirit birit
radang mata

Tempoh inkubasi penyakit leptospirosis adalah antara 2 ke 21 hari.

- petikan tamat -

Sumber:
http://kpkesihatan.com/2015/01/13/siaran-media-tindakan-kementerian-kesihatan-menangani-banjir-13-januari-2015

Cadangan rawatan daripada sumber lain:

Rawatan Leptospirosis merupakan proses agak rumit terdiri daripada dua komponen utama: memendam agen penyebab dan melawan kemungkinan komplikasi.

Dadah Aetiotropik adalah antibiotik, seperti cefotaxime, doxycycline, penicilin, ampicillin, dan amoxicillin (doxycycline juga boleh digunakan sebagai prophylaxis). 

Sumber:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_kencing_tikus

Apa alternatif pada rawatan di atas?

Pernahkah anda dengar tentang resin myrrh (Commiphora myrrha)?

Berikut adalah sebahagian daripada hasil kajian  dan pemerhatian terhadap resin myrrh (Commiphora myrrha) yang tumbuh di Somalia dan semenanjung Arab.

Myrrh berasal daripada bahasa arab, mur yang bermaksud pahit.

1) Pembersihan
Myrrh (morhabshi) boleh meningkatkan fungsi sel darah putih dan memulihkan kadar enzim yang dikenali sebagai antioksidan glutathione. Para pengkaji herba telah membuat kesimpulan bahawa myrrh menyediakan faedah antioksidan yang kuat dan dapat melindungi sistem imun manusia serta melindungi hati daripada kesan-kesan bahaya plumbum.

2) Anti jangkitan dan Antivirus
Resin myrrh (morhabshi) tidak membiarkan kuman berkembang atau menjangkiti badan kerana myrrh (morhabshi) bersifat anti-virus. Ia boleh digunakan bagi mengelak pelbagai penyakit yang disebabkan mikrob seperti demam, keracunan makanan, batuk & selsema, beguk, campak, serta jangkitan (wabak).

3) Ekspektoran
Myrrh (morhabshi) berkesan melawan  batuk dan selsema. Ia membantu untuk melegakan kesesakan nafas dan membuang kahak.

4) Perangsang
Minyak daripada myrrh (morhabshi) baik dalam merangsang rembesan, aliran darah, penghadaman, daya ingatan, dan perkumuhan. Ia merangsang rembesan jus pencernaan, aktiviti mengepam jantung, dan hempedu, malah membolehkan anda sentiasa aktif dan memberi tumpuan pada sistem saraf dan otak.

5) Antiseptik
Samada luka kecil atau luka besar, atau mendapat jangkitan bukan lagi satu isu jika anda mempunyai morhabshi dalam simpanan. Oleh kerana ia merupakan satu bahan antiseptik, minyak ini boleh menjaga sebarang jangkitan yang berpotensi menjadi septik.

6) Booster Imun
Minyak daripada myrrh (morhabshi) mengaktif dan menguatkan sistem imun tubuh dan mengekalkan perlindungan daripada jangkitan dan penyakit (kebal).

7) Anti radang
Minyak daripada myrrh (morhabshi) sesuai mengawal radang tisu dalam kes-kes jangkitan virus dan dalam sistem kardiovaskular.

8) Antispasmodic
Ia juga memberikan kelegaan pada pengecutan yang tidak diingini atau kejang, dan dengan itu meredakan sakit, kejang, dan kesakitan otot.

9) Rawatan parasit Organik
Foscialiasis suatu penyakit disebabkan oleh parasit yang boleh didapati di kawasan air. Ia menyebabkan kerosakan hati dan halangan biliary.

Rujukan:
http://www.drugs.com/npp/myrrh.html

https://www.organicfacts.net/health-benefits/essential-oils/health-benefits-of-myrrh-essential-oil.html

Kebaikan lain myrrh
Batuk
Asma
penghadaman
Ulser
Sakit tekak
Kesesakan
Buasir
Sakit sendi

http://www.medicalnewstoday.com/articles/267107.php

Rujukan lain:
1. http://articles.mercola.com/herbal-oils/myrrh-oil.aspx

2. http://draxe.com/myrrh-oil/

3. http://www.medicalnewstoday.com/articles/267107.php

4. https://www.organicfacts.net/health-benefits/essential-oils/health-benefits-of-myrrh-essential-oil.html

5. http://www.experience-essential-oils.com/benefits-of-myrrh.html

6. http://www.sustainablebabysteps.com/myrrh-essential-oil.html

7. http://www.drugs.com/npp/myrrh.html

8. http://www.m.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-570/myrrh/source-3

9. http://gentleworld.org/magical-and-medicinal-frankincense-and-myrrh/

Penafian:
Artikal ini BUKAN mendakwa minyak morhabshi sebagai ubat bagi merawat kencing tikus sebaliknya memaparkan keistimewaan myrrh yang menjadi bahan utama dalam penghasilan minyak morhabshi.

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.