Ahad, 2 Ogos 2015

Minyak morhabshi percuma

Sebenarnya ramai yang tidak suka menjual dan saya rasa ia adalah normal.

Fakta asas jualan ialah bagi mendapatkan keuntungan dan itu selalu dianggap sebagai keuntungan sebelah pihak. Sebabnya, ramai yang melihat 'keuntungan dan wang itu sama sahaja'.

Dulu saya juga begitu. Apatah lagi bukan saya yang menemui formula minyak morhabshi. Ia hanyalah warisan datuk dan diturunkan pada ibu bapa saya.

Namun menafikan keuntungan sebagai sebahagian faktor pengeluaran akhirnya akan disiniskan orang ramai kerana ia di luar kebiasaan. Semua orang tahu manusia mempunyai keperluan hidup dan ia bukanlah percuma.

Allah menghalalkan jual beli.

Biarpun saya tidak suka menjual namun saya tetap perlukan wang, bukan sahaja bagi menampung keperluan diri dan keluarga bahkan semua yang terlibat dalam pengeluaran dan pemasaran minyak morhabshi, termasuklah Wakil Morhabshi.

Sebelum ini penjual minyak morhabshi dikenali sebagai agen morhabshi. Ada sebab untuk saya menukar istilah itu menjadi Wakil Morhabshi.

Tanpa minyak morhabshi saya dan keluarga masih mempunyai sumber lain iaitu pendapatan tetap saya dan isteri sebagai guru DG44 yang masing-masing menerima hampir RM6k sebulan. Jika dicampur sudah lebih RM11k. Insya-Allah cukup menampung kami berdua serta empat orang anak.

Namun pengeluaran minyak morhabshi bukan sekadar untuk kami sekeluarga. Meski pada permulaan saya melakukannya bagi membantu ibu bapa namun akhirnya ia berkembang menjadi sebuah industri yang melibatkan ramai orang samada di pihak pengeluaran mahupun pemasaran.

Keperluan tersebut menyebabkan saya menubuhkan syarikat Morhabshi, mendaftarkannya dengan Kementerian Kesihatan, serta membuat pendaftaran trademark (R) dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

Seterusnya logo dan jenama baru Morha dilancar dengan kerjasama SIRIM. Bahkan SIRIM lah yang mereka-bentuk logo Morha serta design pembungkusan yang digunakan sekarang, melalui pembiayaan MARA.

Maka mahu tidak mahu suatu harga yang standard perlu ditetapkan sesuai dengan kualiti, manafaat, khasiat, serta tidak lupa mengambil kira kemampuan pembeli serta nilaian sewajarnya.

Nampaknya tulisan saya daripada perenggan dua hingga baris ini masih belum menjelaskan persoalan ayat pertama tadi iaitu 'ramai yang tidak suka menjual'.

Bagaimana pula dengan 'memberi'?

Saya percaya ia bakal membawa persepsi baru dan anda mungkin salah seorang yang teruja mendengarnya. Barangkali ia bakal menjadi revolusi baru dalam pemasaran di Malaysia.

Mula-mula mari kita segmenkan prospek pengguna minyak morhabshi. Lazimnya ada tiga kelompok masyarakat iaitu miskin, sederhana, dan kaya. Golongan yang di tengah adalah paling ramai.

Justeru kami menetapkan harga dengan mengambil kira kesediaan golongan pertengahan tersebut untuk membeli.

30ml = RM18
120ml = RM45

Jika dilihat kemampuan berbelanja rakyat Malaysia, harga minyak morhabshi amat berpatutan. Bahkan jika dibanding dengan produk jenama lain yang setara ternyata minyak morhabshi jauh lebih murah. Banyak testimonial pengguna yang menunjukkan dalam beberapa aspek minyak morhabshi lebih baik berbanding produk saingan.

Saya datang dari keluarga berpendapatan rendah dan sudah tentu golongan miskin juga menjadi tumpuan saya ketika menentukan harga jualan. Namun kita perlu realistik. Meletakkan harga lebih rendah bukan sahaja akan menjejaskan kos yang akhirnya operasi pengeluaran boleh terhenti malah akan menjadikan minyak morhabshi kehilangan nilai.

Dari sinilah saya menemui konsep baru iaitu 'jangan jual kepada orang miskin sebaliknya beri sahaja secara percuma'.

Saya rasa masalah kita telah selesai separuh dan saya yakin syarikat Morhabshi mampu mengeluarkan berkali ganda berbanding sebelum ini apabila ia diberikan secara percuma.

Tugas Wakil Morhabshi selepas ini bukan lagi menjual minyak morhabshi tetapi mendapatkan penaja bagi mengagihkan produk hebat ini secara percuma kepada orang ramai.

Saya percaya hampir semua orang suka memberi, menerima ucapan terima kasih, serta mendapat ganjaran pahala.

Bagaimana dengan kos?
Daripada mana datangnya modal?
Siapa yang akan menyara keperluan hidup pihak yang terlibat?

Realitinya para Wakil Morhabshi juga perlukan keuntungan jualan bagi menampung pergerakan mereka termasuk perjalanan menguruskan penghantaran produk kepada pengguna.

Maka jalan keluar untuk itu ialah mendapatkan penaja.

Syarikat Morhabshi mengeluarkan produk dan pengguna yang mampu akan membeli untuk kegunaan sendiri serta menerima pek percuma untuk dihadiahkan pada yang kurang mampu.

Justeru pengguna yang kurang mampu kini boleh menggunakan minyak morhabshi secara percuma.

Adakah ia mustahil?

Ia bukan sahaja tidak mustahil bahkan amat praktikal. Selepas ini anda tidak perlu memikirkan bagaimana hendak menjual sebaliknya hanya mencari seseorang yang suka bersedeqah.

Oh ya. Pek percuma sebagai hadiah ini memang cantik dan memikat mata orang yang melihatnya. Anda akan gembira memberinya pada orang lain.

Siapakah orang yang akan membayar harga minyak morhabshi?

1. Sesiapa sahaja yang membeli satu unit minyak morhabshi (RM45) akan diberikan tambahan 3 unit percuma (15ml) minyak morhabshi untuk diberi kepada sesiapa yang beliau kehendaki, terutama pada golongan yang berpendapatan rendah.

Sukarkah untuk mendapatkan orang untuk disedeqahkan minyak morhabshi?

Jika pembeli tersebut seorang guru, beliau boleh menghadiahkan pek percuma tersebut kepada pekerja sekolah seperti jaga, tukang sapu dan sebagainya. Mereka tentu akan gembira menerima produk yang bermanafaat untuk diri dan keluarga mereka.

Minyak morhabshi bukan produk untuk suka-suka sebaliknya memang sering diperlukan. Anda tidak perlu menasihatkan jiran anda agar menjaga kesihatan dengan membeli produk ratusan ringgit yang menyebabkan mereka mendapat penyakit baru pula.

Antara khasiatnya:

Menyelamatkan keadaan ketika sakit perut, dada, lenguh, gigi, pening, loya, batuk, masalah kulit, gatal, kayap dan sebagainya. Ia juga minyak yang mesra dengan bayi dan elok digunakan wanita yang baru bersalin.

Sebenarnya selain senarai di atas ada banyak lagi khasiat tersembunyi yang diakui para pengguna minyak morhabshi sejak dimulakan arwah datuk kami puluhan tahun dahulu. Malah saya menyimpan banyak testimonial para pelanggan apabila saya menjadi pengeluar lebih 10 tahun lalu.

Minyak morhabshi bukan produk baru cuma anda mungkin baru pertama kali mendengarnya. Saya mempunyai ramai pelanggan peribadi yang masih kekal membeli setiap bulan sejak lebih 10 tahun yang lalu. Resin morhabshi (myrrh) adalah bahan ajaib yang digunakan sejak ribuan tahun di seluruh dunia. Sila Google 'myrrh'.

Saya suka mencadangkan minyak morhabshi sentiasa berada dalam kenderaan, di rumah, dan di tempat kerja supaya mudah digunakan terutama waktu kecemasan.

Harapan saya setiap rumah mempunyai sebotol minyak morhabshi.

Oh ya. Sangat elok jika bekalkan pada anak-anak yang tinggal di asrama.

2. Bagi ketua jabatan, bos syarikat, agen insuran dan individu yang ingin membina hubungan lebih baik dengan pelanggan maka cadangkan pada mereka supaya mendapatkan pek percuma minyak morhabshi untuk dihadiahkan pada orang yang berurusan dengan mereka.

Bayangkan seorang ketua jabatan cuma keluarkan beberapa ringgit sahaja seunit dan setiap anak buahnya mendapat sebotol minyak morhabshi secara percuma.

Bagi orang yang sering berhubungan dengan pelanggan boleh jadikannya sebagai cenderahati bagi menjalin hubungan yang lebih mesra dengan pelanggan. Cuma beberapa ringgit sahaja dan klien anda akan lebih menghargai anda.

Jika anda memberitahu tujuan sampingan anda ialah bagi membantu pengusaha produk muslim, maka anda akan mendapat markah bonus daripada pelanggan atau anak buah anda. Mereka serta merta melihat anda sebagai orang yang gemar membantu.

3. Bagi pemimpin atau orang kenamaan, cadangan menjadikan minyak morhabshi untuk diberikan kepada penyokong, pengikut, dan pengundi akan menaikkan lagi imej mereka. Orang ramai akan lebih menghormati mereka dan melihat mereka telah membuktikan kesediaan menyokong dan membantu usahawan muslim.

Jika anda rapat dengan mana-mana YB atau bertugas sebagai pembantu mereka, elok anda syorkan perkara ini. Syarikat menyediakan komisyen yang sesuai untuk anda. Jangan bimbang, ia adalah proses jual beli biasa dan halal. Tiada unsur rasuah mahupun penyelewengan dana.

4. Jika anda ingin mengadakan jamuan termasuk walimatul-urus, maka pemberian minyak morhabshi akan lebih memberi manafaat pada para tetamu berbanding makanan dan minuman ringan yang tidak berkhasiat dan kurang elok untuk dimakan oleh anak-anak. Kosnya lebih kurang sahaja.

5. Ramai tukang urut dan pengamal perubatan Islam yang menggunakan minyak morhabshi semasa rawatan serta membekalkan pelanggan mereka minyak morhabshi untuk digunakan di rumah. Saya ada senarai pengguna begitu. Mereka adalah pelanggan tetap morhabshi hingga kini. Golongan begini juga ada di sekitar tempat anda dan anda boleh syorkan pada mereka.

7. Syarikat pelancongan termasuk hotel dan resort, penyedia pakej umrah dan pengusaha bas rombongan boleh jadikan minyak morhabshi sebagai cenderahati dengan memasukkan produk serbaguna ini dalam pakej mereka.

Ia bukan semata-mata sebagai kenangan bahkan pelanggan mereka boleh gunakan terus jika berlaku sesuatu sepanjang mengikuti program yang dijalankan.

Sebenarnya konsep 'penajaan' begini bukanlah sesuatu yang baru bahkan ia adalah satu kaedah pemasaran yang sangat diminati sejak dulu, lebih-lebih lagi di zaman IT ini. Sebagai contoh, anda boleh melayari hampir semua laman web termasuk laman ini tanpa sebarang bayaran.

Anda melayani FB setiap hari. Pernahkah anda membayarnya? Siapakah yang membiayainya? FB bukan syarikat kecil dan ia mempunyai ribuan kakitangan di seluruh dunia. Pengguna FB memanafaatkan FB untuk pelbagai tujuan tersendiri. Ada yang untung dari segi wang dan ada yang untung dari segi promosi diri.

Jika anda menjadi Wakil Morhabshi, ia adalah peluang anda menjana pendapatan tanpa perlu tertekan dengan keperluan untuk menjual kepada pengguna akhir. Tidak ada sebarang kontrak antara kita yang akan mengikat anda.

Berdasarkan rekod kami, kebanyakan orang yang mencuba minyak morhabshi akan terus mengulanginya lagi. Hikmahnya, anda selaku Wakil Morhabshi akan mendapat pelanggan berterusan.

Noor Azman Aminudin
Pengarah Urusan Morhabshi
0194402211
noorazmanaminudin@gmail.com

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.