Rabu, 10 September 2014

Minyak Morhabshi dari RM9 sebotol

Empat pilihan saiz minyak morhabshi untuk pelbagai kegunaan yakni untuk yang ingin mencuba hinggalah pengguna tegar.

Produk istimewa untuk pelbagai kegunaan.

Minyak Morhabshi keluaran syarikat Morhabshi dengan jenama Morha (R) adalah produk berdaftar.


Jadilah agen/stokis kami. Hubungi 0194401944 untuk perbincangan.

Nama Syarikat Induk: 
Morhabshi (MA0154229-W)
Syarikat muslim 100%

Nama Produk: 
Minyak Morhabshi Plus
No Pendaftaran KKM
(NOT140604520K)
Pengeluar muslim 100%

Pemasaran
Morha Marketing (MA0172629-T)
Syarikat muslim 100%

Design & reka konsep Morha (R)
SIRIM Malaysia Bhd
Dana daripada MARA

Hak Milik Berdaftar Morha (R) (TM2013051330)
Perbadanan Harta Intelek Malaysia

Status Kilang: GMP

2 ulasan:

orgjohor berkata...

Tuan, betul ker minyak tuan ni ori? Setau saya pengeluar minyak Morha dikilangkan dan bertaraf GMP. Takde pun pelekat hologram?

Keduanya, label pada botol, tulisannya pecah2x dan tulisannya agak rapat2x sgt. Label org lain, tulisan tersusun kemas.

Ketiganya, ada penjual guna morha berlabel Morha TM tapi label tuan punya Morha R.

Semoga mendapat pencerahan. Sy ada beli 4 botol minyak morha R baru-baru ini, tapi sy sampai skrg x berani minum sbb ragu2x mana satu yang original.

Bertahun2 dulu saya ada beli minyak morha yang botol lama dgn byk (kegunaan sendiri), itu betul2x original.
Terima kasih.

Cheguman Daulay berkata...

Salam dan terima kasih pada yang bertanya.

Semua maklumat yang kami paparkan di atas adalah benar dan kami ada bukti dokumen bagi mengesahkannya.

Walau bagaimanapun terdapat beberapa kesilapan teknikal berlaku seperti yang tuan nyatakan. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul dan telah mengambil langkah yang sesuai bagi membaikinya.

Terima kasih atas sokongan selama ini dan moga ia berterusan.

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.