Sabtu, 12 Oktober 2013

Apa itu minyak ajaib?

Keajaiban!

Apa sahaja perkara, apabila dikatakan AJAIB maka ia segera menimbulkan persepsi yang berbagai. Ada yang kagum, ada yang curiga, dan tak kurang yang bersikap sinis serta tidak percaya.

Ajaib ertinya sesuatu yang aneh dan tidak mengikut proses normal. Jika anda mandi dan basah, ia adalah normal tetapi jika anda terjun ke dalam air dan naik dalam keadaan kering maka itu dikatakan ajaib!

Oleh kerana ajaib adalah sesuatu yang tidak mengikut aturan biasa, tidak masuk akal, atau di luar adat kebiasaan maka apabila sesuatu benda atau kejadian dikatakan ajaib maka ia tidak memerlukan pembuktian melalui logik aqal sebaliknya 'kepercayaan' diperolehi melalui pengalaman sendiri atau orang lain.

Dalam proses pengubatan, bahan ajaib tidak boleh dijadikan sandaran pada kesembuhan sesuatu penyakit sebaliknya kehadiran bahan hanyalah sebagai kebetulan dan apabila ia berulang-ulang maka ia dikaitkan.

Minyak Morhabshi pernah digelar minyak ajaib oleh sebilangan pengguna. Hal ini kerana tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan ia berfungsi menyembuhkan sesuatu penyakit namun apabila ia berlaku beberapa kali tanpa pembuktian melalui makmal kajian maka secara mudahnya ia dikatakan AJAIB; yakni sesuatu yang di luar kebiasaan (ghairil adat).

Sebenarnya Minyak Morhabshi BUKAN-lah minyak ajaib. Ia adalah adunan daripada bahan-bahan yang pernah melalui proses kajian dan dibuktikan melalui pemerhatian dan pengalaman manusia dari semasa ke semasa. Bahkan ada bahan yang digunakan telah diamal sejak ribuan tahun melibatkan beberapa tamadun besar manusia.

Minyak Morhabshi bukan ubat tetapi campuran herba yang mempunyi sejarah perubatan di seluruh dunia.

Antara bahan yang dicampur sehingga menjadi Minyak Morhabshi ialah:

Myrrh (morhabshi)
Berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud pahit (mir). Myrrh atau Morha dipercayai telah dibawa oleh orang Habshi. Itulah sebabnya digelar Morhabshi.

Digunakan secara meluas sejak tamadun Mesir purba, terkenal di zaman kegemilangan Rom, dan menjadi bahan penting masyarakan arab sebelum berkembang ke nusantara. Kini menjadi bahan kajian saintis di seluruh dunia.

Dicatat bahawa perajurit Rom dibekalkan myrrh ketika perang untuk digunakan apabila cedera.

Suatu ketika dulu Myrrh dinilai sama harga dengan emas dengan nisbah berat 1:1.

Dengan peningkatan kemajuan manusia pokok yang mengeluarkan resin myrrh ini telah dikomersialkan dan harganya menjadi lebih murah sehingga bahan yang dulunya hanya berligar di kalangan bangsawan telah mampu digunakan setiap lapisan masyarakat.

Carilah info myrrh di internet dan anda akan dapati semua bangsa utama di dunia mengaguminya.

Mustaqim a.k.a Mustaka
Wordcyperus berasal daripada bahasa Yunani iaitu Cyperus (kuperos) manakala Rotundus adalah dari Latin, yang bermaksud "bulat". 

Catatan di http://bestmusta.com/ mengatakan Mustaka/mustakim merupakan penyelesaian terbaik untuk cirit-birit dan dysentry.

Web tersebut turut mencatatkan seperti berikut:"Mustaka berguna dalam cirit-birit, senak, disentri kronik dan demam. Ia termasuk cirit-birit pada kanak-kanak dan penyakit dalam tempoh tumbuh gigi. Selain itu mustaka bertindak mengharmonikan hati, limpa, dan pankreas. Mustaka juga dipercayai berkesan dalam setiap jenis demam."

Safron atau zaafaran
Dikenali sebagai herba termahal di dunia yang mempunyai 1001 khasiat. Semaklah khasiat safron di internet dan sesiapapun akan teruja dengan keistimewaannya.
Salah satu khasiat safron ialah bahan anti kanser.

Zaiton
Khasiatnya dikagumi semua bangsa dan agama serta disebut dalam Al-Quran.

Serai
Bahan wajib dalam bidang penyediaan makanan, kosmetik, dan perubatan yang memiliki 1001 khasiat.

Raja Kayu
Mendengar namanya pun kita sudah tahu bahawa ia sesuatu yang amat hebat. Oleh kerana tidak ada kajian saintifik yang saya perolehi mengenainya maka kita katakan sahaja ia tumbuhan ajaib.

Herba dan akar kayu
Terdapat pelbagai herba dan akar kayu yang dikisar dan dicampurkan bersama. Masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri yang diakui para pelopor perubatan dulu dan sekarang serta disokong kajian saintifik.

Anda boleh taipkan nama bahan-bahan di atas pada Google dan lain-lain untuk mengetahui banyak lagi khasiatnya.

Minyak ajaib vs minyak biasa
Apapun, kita tidak boleh selamanya bersandar pada keajaiban. Kita juga tidak boleh menjual produk yang mengandungi ramuan hebat tanpa orang ramai memahami apakah keperluan membeli produk ini.
Orang tidak akan membeli hanya kerana tertarik dengan sejarah silamnya!

Meskipun minyak morhabshi didaftarkan sebagai produk sapuan namun bahan yang digunakan amat hebat melangkaui penggunaan biasa.

Minyak Morhabshi bukan minyak ajaib sebaliknya ia mengandungi campuran herba yang telah terkenal di seluruh dunia melangkaui beberapa tamadun manusia.

Adakah Minyak Morhabshi menyembuhkan penyakit? Wallahu'alam. Ia adalah kenyataan yang terlalu subjektif. 

Kita hanya berusaha dan Allah taala yang menyembuhkan semua penyakit.

Setiap penyakit ada ubatnya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

It's amazing to visit this site and reading the views of all mates about this post,
while I am also zealous of getting knowledge.

Feel free to visit my web site - affordable honeymoon destinations in us

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.