Rabu, 29 Julai 2009

Memilih Yang Terbaik

Perut yang tiba-tiba lapar di tengah malam memaksa saya keluar ke warung berhampiran. Sambil menanti roti canai dan teh ais, mata tertumpu pada berita tengah malam.

Selain pelbagai berita semasa dari serata dunia, dipaparkan juga sedutan perlawanan bola sepak luar negara. Terpaku saya menonton jaringan-jaringan yang amat mempersonakan.

Terlintas di hati, kenapa sedutan perlawanan bola sepak tempatan tidak begitu menarik?

Lantas minda saya sendiri menjawab: sedutan tadi dipilih daripada serata pelusuk dunia. Barangkali terdapat ratusan perlawanan bola sepak di seluruh dunia hari ini dan hanya yang terbaik ditayangkan kepada kita.

Sedangkan di Malaysia, sudah tentu tidak banyak perlawanan pada satu-satu masa.

Manakan sama memilih sedutan terbaik daripada 2-3 perlawanan sahaja berbanding memilih 2-3 sedutan terbaik daripada ratusan perlawanan di seluruh dunia.

Maka kita perlukan juga kuantiti bagi menyerlahkan kualiti.

Sebagaimana intro saya tadi, kuantiti menyerlahkan kualiti. Hal ini terbukti apabila kami mula menerima testimoni daripada para pengguna, yang sebahagian daripadanya agak memeranjatkan kami.

Allahyarham Ustaz Hj Abdul Hamid pernah menyatakan ramuan yang dibuatnya boleh mengubati kanser/barah, namun selagi belum dicuba agak sukar dipercayai.

Minggu lepas kami menerima testimoni daripada Ustaz samsudin, Kemaman yang memaklumkan pesakit barah hati kronik yang diubati menggunakan titisan minyak yang diformula oleh Ustaz Hamid memberikan hasil yang menakjubkan sehingga doktor turut terperanjat.

Kami percaya, ia bukanlah semata-mata kerana minyak ini. Usaha dan keikhlasan Ustaz Samsudin merawat pesakit tersebut juga banyak membantu.

Selebihnya, sudah tentu apa sahaja yang berlaku takkan berlaku jika Allah tidak mengizinkan.

Kelmarin dulu, saya menelefon Cikgu Normala (cikgumala.blogspot.com) yang ditimpa kemalangan. Alhamdulillah, penyakit stroke yang dialaminya sudah semakin pulih setelah menggunakan minyak herba warisan tersebut. Selain bercerita, Cikgu Mala menulis email kepada saya dan boleh dibaca di tepi blog ini.

Untuk pertanyaan boleh hubungi 0194401944.

Kami hanya meneruskan tradisi dan mengekalkan yang asli.

Alhamdulillah. Insya-Allah.

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.