Selasa, 5 Mei 2009

Morhabshi: asli atau tiruan?

Berikut adalah email yang saya terima daripada seseorang yang bertanyakan soalan yang tidak saya jangka. Saya siarkan di sini kerana mungkin ramai lagi yang ingin bertanya soalan yang sama.

salam ,
saya berminat untuk mendapatkan minyak ni, tapi di mana lokasi yg berdekatan dengan saya (shah alam).
macam mana saya nak tahu yg ni "ori".

terima kasih

supiyan
shah alam

Waalaikum salam Supiyan.

Saya sudahpun mengirimkan kepada saudara satu set Minyak Morhabshi melalui pos berdaftar tengahari tadi. Insya Allah 1-2 hari lagi tiba pada saudara. Sila simpan no akaun Maybank saya ini 1540 5329 0898 NOOR AZMAN AMINUDIN. Saudara boleh membuat bayaran RM30 selepas menerima produk tersebut.

Berkenaan dengan ketulenan produk ini saya memang tidak dapat membuktikan melalui dokumen rasmi kerana produk ini belum didaftarkan. Namun kami adalah pewaris kepada Ustaz Haji Abdul Hamid yang merumuskan produk ini. Selain dari bapa saya, Allahyarham juga mempunyai seorang lagi anak lelaki (bongsu) bernama Radzi yang merupakan penyanyi kumpulan Melisa. Kumpulan ini terkenal dengan lagu 'Cinta Untuk Nabila' sekitar awal 90-an. Saudara Radzi (sekarang Ustaz Radzi) kini adalah seorang pegawai agama dan penceramah bebas di samping aktif dalam jemaah tabligh. Beliau baru sahaja melancarkan album nasyid berjudul 'Radzi: Penyesalan'.

Buat masa ini hanya bapa saya (di Selangor) dan nenek saya (di Kedah) yang masih mengusahakan produk ini secara kecil-kecilan. Paksu saya (Radzi) dan ibu-ibu saudara saya yang lain memang berkebolehan mengeluarkan minyak Morhabshi namun mereka tidak berkesempatan melakukannya sekarang.

Hanya ada satu cara untuk mendapatkan produk yang asli iaitu saudara perlu pastikan adakah pengeluar tersebut dari kalangan keluarga Allahyarham atau sekadar belajar melalui kitab yang ditulis oleh Allahyarham.

Teruskan menyokong perusahaan kecil ini demi kelangsungan warisan perubatan bangsa.

Terima kasih.

*Ini adalah artikal lama dan disemak semula pada 01 okt 2014.

Sil hubungi 0194401944 untuk info lanjut atau tempahan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Depending on the company, you are able to request pay off quotes, services, or information uk payday loans your legal rights - in the meantime, in case you're concerned about how your credit will affect your future employment, let's
address your protection under the law about the use of your respective
credit history.

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.