Sabtu, 7 Februari 2009

Menarik : Istiadat Tabal Jin dalam istiadat pertabalan Paduka Seri Sultan Perak

Berikut adalah sebuah catatan yang saya kutip dari alamat berikut http://datoseri.blog.friendster.com/2007/11/menarik-istiadat-tabal-jin-dalam-istiadat-pertabalan-paduka-seri-sultan-perak/

TABAL JIN adalah merupakan suatu istiadat turun temurun bagi Salahsilah Kesultanan Perak. Cuma di Negeri Perak ini sahaja yang masih menjalani upacara TABAL JIN didalam Tanah Melayu ini. Negeri Perak merupakan salah satu negeri melayu yang paling tertua dirantau ini. Sultan yang memerintah Negeri Perak biasa nya didampingi oleh Jin-Jin Islam. Disinilah kita dapat melihat akan kedaulatan seseorang Raja itu dimana ia akan di nobatkan dahulu sewaktu hari pertabalan baginda.

Istiadat TABAL JIN dimulakan dengan paluan NOBAT pada sabelah senja sehari selepas TABAL ADAT disempurnakan. Istiadat ini dilakukan pada sebelah waktu malam.

JIN adalah makhluk Alam Rohani (bertubuh halus). Kita percaya demikian kerana Al-Quran yang benar telah menghabarkannya. Apa lagi hal-hal itu tidak berlawanan dengan akal kita. Bahkan berapa banyak lagi makhluk Allah s.w.t. yang belum diketahui oleh manusia. JIN itu saperti manusia jua, yakni ada yang beriman dan ada yang kafir. JIN dijadikan daripada Api dan bersifat halus. JIN-JIN tidak dapat naik kelangit saperti Syaitan, kerana dihalangi oleh Malaikat-Malaikat yang menjaga dan dilempar oleh tahi-tahi bintang.

Dalam ayat 6 didalam Surah Jin, telah disebutkan, bahawa ada manusia yang minta berlindung pada JIN dan bukan daripada Allah s.w.t. JIN-JIN itu menyangka sebagaimana persangkaan sesetengah manusia, bahawa Allah tiada akan membangkitkan makhluknya (kecuali JIN-JIN yang beriman). Oleh itu manusia yang minta berlindung kepada JIN itu adalah musyrik.

Kesimpulannya, JIN-JIN, saperti manusia juga, bermacam-macam jenis. Ada yang solih dan ada yang tidak. Ada yang Islam dan ada yang kafir.

Didalam ISTIADAT TABAL JIN didalam Negeri Perak ini, seseorang itu hendaklah betul-betul memahami akan kesimpulan adat pertabalan tersebut. Jangan kita salah tafsirkan dan membuat andaian yang bertentangan. Ada pun seseorang Sultan yang memerintah Negeri Perak ini sentiasa ‘didampingi’ oleh JIN Islam yang menjaganya. Disini terletaknya kedaulatan seseorang Sultan itu dan seluruh kemakmuran Negeri tersebut adalah terletak pada kedaulatan baginda. Ada pun dinamakan TABAL JIN tersebut kerana semua makhluk halus didalam Negeri Perak ini berajakannya. Oleh itu, seseorang Raja yang berdaulat hendaklah benar-benar arif didalam hukum-hukum syarak dan ilmu akhirat dalam agama. Tanpa ilmu agama yang mendalam mungkin akan dapat menyesatkan fikiran seseorang itu. Tidak ada perkara yang mustahil sekiranya dikehendaki oleh Allah s.w.t. menjadikannya.

Untuk memahami lebih mendalam akan alam rohani ini, seseorang itu hendaklah terlebih dahulu mempelajari dan memahami akan ilmu-ilmu akhirat saperti tasawuf, usuluddin dan sebagainya. Mengenali kejadian diri sendiri dan alam semesa ini dan segala ciptaan Allah s.w.t.
Sekarang terdapat ramai golongan-golongan manusia yang menjadikan agama itu sebagai satu isu untuk menegakkan kebenaran masing-masing. Tetapi kebanyakannya hanya lah berdasar kepada ilmu yang masih belum cukup didada. Apakah kita telah benar-benar arif didalam konteks ISLAMIAH yang sebenar-benarnya? Kerana perkara begini menjadikan umat Islam berpecah belah dan bergolong-golongan. Pada hal umat ISLAM pada dasarnya adalah yang mengikut hukum dan nash Al-QURAN.

TABAL JIN adalah merupakan suatu istiadat turun temurun bagi Salahsilah Kesultanan Perak.
Cuma di Negeri Perak ini sahaja yang ada istiadat TABAL JIN didalam Tanah Melayu ini. Negeri Perak merupakan salah satu negeri yang tertua dirantau ini dan Sultan yang memerintah biasa
nya didampingi oleh JIN-JIN Islam. Disini lah kita akan melihat kedaulatan seseorang Sultan itu dimana baginda akan di NOBATKAN dahulu sewaktu hari pertabalan baginda. Istiadat Tabal Jin ini biasanya dilakukan pada sebelah senja/malam dan diterangi hanya oleh dian (lilin) sahaja.

Istiadat TABAL JIN dimulakan dengan paluan NOBAT DIRAJA pada sabelah senja sehari selepas Istiadat TABAL ADAT disempurnakan. Istiadat ini dilakukan pada waktu malam.

Selepas Jejawat Berlembing dan Jejawat Berpayung Ubur serta Jejawat Perempuan, memegang kaki dian dan Bentara Perempuan membawa Perkakas Istiadat Merenjis mengambil tempat masing-masing didalam Balairong Seri didahului oleh Panglima Dalam dan diapit oleh Panglima Perang Kanan dan Panglima Perang Kiri, dan dibelakang nya Pawang DiRaja menatang akan PEDANG CURA SIMANJA KINI, bersama Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI diatas talam berlapikkan kain kuning dan diikuti olih Sida-Sida. Biduanda-Biduanda menatang PERKAKAS KERAJAN masuk ke Balairong Seri dan diletakkan kesemua diatas meja yang disediakan di iringi dengan paluan NOBAT.

Selepas itu Pawang DiRaja dengan menatang PEDANG CURA SIMANJA KINI dan Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI keluar dari Balairong Seri didahului oleh Panglima-Panglima masuk ke Kamar Persenangan lalu mempersembahkan kepada Kebawah Duli Paduka Seri Sultan. Baginda kemudian diiringi berangkat ke Balairong Seri dengan iringan paluan NOBAT ‘Raja Berangkat’.

Apabila sampai di Singgahsana, Baginda Sultan akan bersemayam diatas ‘Chior Keemasan’ yang disediakan dihadapan Singgahsana. Kemudian Pawang DiRaja mengadap dan mempersembahkan PEDANG CURA SIMANJA KINI kepada Baginda Sultan yang akan meriba Pedang tersebut. Selepas itu PERKAKAS KERAJAN dibawa mengadap oleh Sida-Sida dan Biduanda-Biduanda kehadapan Baginda Sultan. Kemudian dikuti pula oleh Bentara Toh Ratna Senari dan Bentara Toh Ratna Wati masuk mengadap membawa PERKAKAS ISTIADAT MERENJIS dan dikuti pula oleh Toh Setia Guna (Ketua Nobat) bersama Ahli-Ahli Nobat DiRaja masuk ke Balairong Seri memohon limpah perkenan Baginda untuk meletak PERKAKAS NOBAT DIRAJA ditempat yang telah disediakan. Kemudian ‘Istiadat Memulih’ PERKAKAS KERAJAN dan PERKAKAS NOBAT DIRAJA dijalankan dan juga ‘Merenjis Tepung Tawar’. Satelah selesai bacaan Doa Selamat disempurnakan oleh Sahibul Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Satelah selesai upacara ‘Memulih Perkakas Kerajan dan Merenjis Tepung Tawar’, diikuti pula dengan ‘Istiadat Bersiram Tabal’ (Mandi Sampat) dimulakan di PANCA PERSADA. Baginda Sultan dan isteri akan berangkat dari Pintu Besar Istana. Pawang DiRaja memulakan ‘Istiadat Mengelilingi Balai Panca Persada’ sebanyak tujuh kali dan dibantu oleh Bomoh dan Pawang Tempatan dan Bentara-Bentara yang membawa ‘Perkakas Merenjis’. Sepanjang keberangkatan Baginda NOBAT dipalu sehingga Baginda bersemayam diatas ‘Perterakna Seri Panca Persada’.
Semua Putera dan Puteri baginda akan mengambil tempat di belakang Perterakna serta diringi oleh Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar DiRaja, Y.Bhg. Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar DiRaja dan Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan. Istiadat ‘Merenjis Tepung Tawar’ disempurnakan diikuti dengan bacaan Doa Selamat oleh Sahibul Samahan Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Selepas itu ‘Upacara Bersiram Tabal’ (Mandi Sampat) pula dimulakan oleh Pawang DiRaja sendiri dari awal hingga akhir keatas Perkakas Istiadat Bersiram Tabal. Kain putih direntangkan dan daun nyiur muda bentuk jari lipan ditaruhkan keatas kain putih yang diregang dan dipegang oleh Toh-Toh Puan ditiap-tiap penjuru. Istiadat Bersiram Tabal dimulakan dengan mengambil sebatil GELUK berisi Air Datu dan dicurahkan keatas kain putih sehingga habis Enam Belas Batil GELUK yang berisi air. NOBAT dipalukan sepanjang Istiadat Bersiram Tabal. Satelah selesai Istiadat Bersiram Tabal, Baginda berdua akan menyalin pakaian dan berangkat turun dari Seri Panca Persada berselimut dengan ‘Kain Benang Emas Kekuningan’, dan diarak balik ke ISTANA.

Satelah menukar kepada Pakaian Kebesaran DiRaja, DYMM Paduka Seri Sultan Perak akan berangkat masuk ke BALAIRONG SERI (NOBAT dipalu) dan bersemayam diatas PETERAKNA SINGGAHSANA. Pawang DiRaja melulakan ‘Istiadat Merenjis Air Panca Bicara’ keatas PERKAKAS KERAJAN yang sedia ada terletak diatas meja dihadapan Singgahsana, ‘Merenjis Tepung Tawar’ ketasa Baginda Sultan dan diikuti dengan meletakkan ‘BUNGA PENCAWA PENCARA’ ditelinga Baginda

Pada waktu istiadat ini NOBAT DIRAJA akan memainkan lagu diantara empat hingga sembilan lagu. Toh Setia Guna (Ketua Nobat) akan memerhatikan gerak geri Paduka Seri Sultan ketika paluan NOBAT dipalukan. Dari sini, kedaulatan seseorang Sultan itu akan dapat diketahui. Mengikut adat, sekiranya Baginda dapat bertahan lama diatas Singgahsana (iaitu dapat bertahan sehingga tujuh lagu keatas dipalukan oleh NOBAT) ini menunjukkan pertabalan Baginda telah direstui oleh JIN-JIN KERAJAN dan Baginda akan memerintah Negeri Perak ini lama atau pun panjang umur. Akan tetapi sekiranya Baginda hanya dapat bertahan empat atau lima lagu sahaja…petandanya umur Baginda mungkin pendek. Toh Setia Guna akan memberi isyarat kepada Ahli Nobat supaya memberhentikan paluan NOBAT apabila melihat Baginda Sultan dalam keadaan ‘resah gelisah’ diatas Peterakna Singgahsana.

Sewaktu NOBAT dipalukan, PEDANG CURA SIMANJA KINI akan ‘bergerak-gerak’ dengan sendirinya (dimana seakan-akan hendak keluar dari sarungnya). Ini menunjukkan JIN KERAJAN berserta dalam ISTIADAT TABAL JIN ini dan merestui pertabalan Baginda. Istiadat TABAL JIN selamat disempurnakan selepas upacara ‘SANTAPAN NASI BERASTANOKA’ dijalankan dengan bacaan doa selamat.

Nota:
Ini adalah artikal yang disalin daripada blog lain dan bukannya pandangan rasmi Morha Minyak Morhabshi.

wallahu'alam

Semakan 12 sept 2014

6 ulasan:

A berkata...

Salam. Sdr. Demang Lebar Daun, menarik sekali maklumat tentang acara istiadatpertabalan ini. tetapi saya sangat berminat untuk mengetahui mengapa sdr menggunakan nama Demang Lebar Daun. Adakah kena mengena dengan asal usul atau keturunan sdr? harap dapat memberi maklum.

Azlinda

Demang Lebar Daun berkata...

Soalan yang menarik. Terima kasih.
Demang Lebar Daun adalah seorang tokoh dalam Sejarah Melayu atau Salalatus Salatin. Sejarah kerajaan kesultanan Melayu adalah berpunca daripada baginda/beliau. Baginda adalah penguasa negeri di Bukit Saguntang. Biarpun begitu baginda kemudiannya menyerahkan kuasa kepada seorang putera raja yang tiba di negerinya iaitu Sang Sapurba. Untuk itu kedua-dua mereka telah mengadakan satu perjanjian yang dikenali sebagai 'waadat' (inilah nama yang saya gunakan untuk blog saya http://waadat.blogspot.com).

Anda boleh membaca perjanjian (waadat) ini dalam buku Sejarah Melayu bagi semua versi.

Antara isinya ialah:
1) Raja sekali-kali tidak akan mengaibkan rakyat
2) Rakyat sekali-kali tidak akan menderhaka.

Jurai keturunan Sang Sapurba inilah yang menjadi sultan-sultan Melaka manakala keturunan Demang Lebar Daun menjadi bendahara.

Sebenarnya perjanjian tersebut sudah lama terlerai dan keturunan keduanya sudah tiada lagi di bumi Malaysia. Pada pendapat saya perjanjian ini 'ditamatkan' dengan berlakunya peristiwa 'Sultan Mahmud mangkat dijulang yang berlaku di Johor. Sultan Mahmud adalah waris terakhir Sang Sapurba dan baginda mangkat tanpa meninggalkan putera. Oleh itu bendahara ketika itu (saya lupa namanya) mengambil alih takhta namun keturunannya tidak lama memerintah Akhirnya takhta diserahkan pada keturunan Daeng daripada Bugis yang memerintah Johor hingga sekarang.

Jika anda rajin menelaah semula blog waadat saya itu barangkali anda akan menemui cerita-cerita dalam Sejarah Melayu yang saya kaitkan dengan perkembangan semasa politik negara.

Terima kasih kerana memesan minyak Morhabshi.

Wallahu'alam.

Tanpa Nama berkata...

Menarik.
Just curious: Masa Tuanku Sultan Azlan di pertabalkan, Tuanku dapat bertahan berapa lagu (nobat)?

Suka Sejarah

A berkata...

Terima kasih atas penjelasn sdr. Sememangnya saya arif tentang kewujudan waadat itu dan mengenai cerita dan salasilah Demang Lebar Daun. Saya percaya mungkin untuk mengenalpasti keturunan Demang Lebar Daun secara jitu sukar tetapi saya ada dimaklumkan bahawa keturunan Demang Lebar Daun dari tanah Bengkulu Palembang masih ada di tanah Semenanjung ini.

Demang mempunyai tujuh orang putri dan yang mana beberapa orang dari mereka berkahwin dengan putra raja antaranya raja yang memerintah di negeri Patani.

Saya difahamkan bahawa keturunan Demang Lebar Daun ini disalasilahkan dari belah perempuan mengikut asalnya dari tujuh orang putri baginda.

Terima kasih kerana berkongsi maklumat dan saya akan menunggu minyak Morhabshi dengan sabar.

Azlinda

Aishah Jamal berkata...

Salam Tuan Rumah,
dulu-dulu saya selalu dengar Ayah saya bercerita pasal JIN KERAJAN yang menjaga hartabenda diistana di Bukit Chandan. Juga tentang lagu-lagu nobat tu..dan saya dimaklumkan bahawa pemain lagu nobat serta pembawa barangan itu tidak boleh orang sebarangan, mesti mengikut keturunan juga. Betul ke?

eddi berkata...

salam

saya amat tertarik dgn isteri demang lebar daun dan keturunan mereka masih berada di tanah melayu ni...mengikut salasilah yg berada dgn sy demang lebar daun@megat chandin berkahwin dgn puteri melati dan saya adalah keturunan yg ke tujuh...klu silap tolong betulkan ye
terima kasih

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.