Ahad, 10 Jun 2018

Bayar upah rm900 dan masuk poket rm3000


Pagi tadi saya berbual dengan akak pekerja sekolah. 3 minggu lagi beliau terpaksa bersara kerana usia dah mencapai 60 tahun.

Padahal beliau masih sihat dan kuat. Setiap hari naik turun menyapu bangunan 4 tingkat, tiada masalah.

Ertinya beliau akan kehilangan pendapatan rm900 sebulan. Mungkin ramai antara kita yang elaun sahaja lebih rm900 tetapi bagi akak tu, rm900 adalah gaji bulanannya. Dan, selepas 16 november 2017, rm900 sudah tiada lagi.

Beliau kata nak cuba cari kerja di kedai makan pulak. Apa saya nak kata?

Saya beritahu beliau, akak dah kerja puluhan tahun, anak² dah lepas dan masih ada suami. Cuma nak jaga seorang anak istimewa. Rasanya dah tak perlu kerja dengan orang.

Beliau terdiam sebelum mengeluh: susah cikgu.

Apa kata akak join saya jual minyak morha? Saya menduga.

Entahlah. Akak tak pandai. Beliau mengeluh sayu.

Kali ini giliran saya terdiam dan mengawal diri agar tak mengeluh sama.

Kita boleh kata inilah mentaliti orang makan gaji. Namun apa faedahnya?  Anda boleh ubah minda mereka? Mereka tidak percaya pada janji keuntungan yang tiada batasan. Mereka sangat takut kehilangan gaji tetap rm900 sebulan.

Tak perlu beritahu mereka jual minyak morha 10 botol sehari, sebulan boleh dapat untung rm3900 sebab mereka cuma nak rm900 sahaja.

Dalam minda mereka, rm3900 adalah mustahil.

Nak bantu akak tu? Nanti saya bagi no acc bank saya. Anda boleh transfer tiap² bulan.

Saya pula akan suruh akak tu edar 500 keping flyers ke seluruh taman perumahan tempat beliau tinggal. Saya dah servey,  ada lebih 600 buah rumah dan sekitarnya ada taman² lain. Paling tidak ada 3000 buah rumah.

Modal flyers 500 keping x 6 sen = rm30.
Upah edar flyers 500 buah rumah x 10 sen = rm50.

Standby pek sampel (trial) 10 botol x rm1 = rm10 (berikan pada yang nak cuba sahaja)

Gantung sehelai bunting di depan rumah akak tu = rm15

Maka jumlah modal anda cuma rm105

Ulangi proses ni setiap minggu selama sebulan. Jika ada rezeki akak tu dan rezeki keluarga anda, Insyaallah dapat 100 order

Saya cadangkan fokus pada minyak morha 60ml berharga rm28. Itu harga yang hampir semua orang bersedia untuk beli. Produk jenama lain tak dapat la harga begitu. Lebih seganda harganya.

Bincang dengan stokis dan dapatkan harga rm15 sebotol.  Bermakna anda ada baki untung rm13 sebotol.

Kirakan, rm13 x 100 = rm1300

Lakukan selama 3 bulan dan letak target 300 botol pembelian ulangan setiap bulan. Ertinya,  300 x rm13 = rm3900

Pengalaman saya selama lebih 20 tahun, pembeli yang dah cuba minyak morha akan beli setiap bulan untuk kegunaan keluarganya. Insyaallah

Anda kira sendiri berapa nak bagi upah pada akak tu. Tak perlu suruh dia berniaga sendiri. Dia akan jawab, saya tak reti.

Anda bukan sahaja dapat pendapatan tambahan malah anda sudah bantu akak tu dapat semula gajinya rm900 setiap bulan. Insyaallah.

Ini yang dikatakan ibadah.

Wasap saya
+60194402211 cheguman

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.