Sabtu, 29 Julai 2017

Motivasi anjing gila (part 2)

Apabila saya menulis tentang ini minggu lepas, sebenarnya saya mencadangkan bahawa lebih mudah menggerakkan manusia melalui ancaman berbanding jika kita beri mereka hadiah.

Saya sedar, tajuk berat tak sesuai di fb sebab media sosial hanya untuk bersantai. Sebab tu hanya ada satu respon. Dah la cuma satu, pandangan Anuar Mohtar itu berlawanan pula dengan pendapat saya.

Lebih menyedihkan setelah saya baca respon tersebut saya pula bersetuju dengan beliau. Ha3...

Maka tidak ada maknalah motivasi anjing gila part 1 tersebut.

Apapun saya bukanlah berseorangan dalam teori ni. Ada nama lain seperti pavlov, skiner, watson dll yang pernah memperjuangkannya, sekitar 1900.

Bahkan dalam dunia pendidikan di negara kita,  ramai peminat (kalaupun bukan pemuja) mereka terdiri dari profesor, pemegang phd, dan pemikir yang membuat dasar pendidikan negara.

Ia dipanggil teori behavior atau tingkahlaku. Teori ini menyatakan manusia bertindak atas rangsangan yang diberikan samada positif atau negatif.

Jap.  Nak buka buku semula.

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.