Khamis, 6 April 2017

Hati hati dengan ucapan menjadi doa


Pada perasaan saya, ini sebuah kesah yang amat menarik. Bagi saya lah. Orang tua2 kata,  perasan.

18 tahun lalu, apabila anak sulung saya lahir dan saya membawanya menziarahi seorang sahabat, beliau sempat mengumumkan dengan gembira: "anak cikgu azman ni setiap kali jumpa, saya akan beri dia duit."

Kami akrab sejak remaja. Anak saya lahir ketika umur saya 32 tahun.

Masa berlalu. Saya sekeluarga berhijrah ke pulau pinang kerana saya dan isteri menyambung pelajaran di usm.

2007 kami pindah semula ke melaka.

Walaupun saya memang ada juga bertemu beliau atas pelbagai urusan samada rasmi atau sekadar lepak2 kosong,  takkanlah saya nak bawak anak saya semata2 supaya dapat duit. Dah macam filem ahmad albab pulak.

Namun,  seperti kata orang tua2, kata2 yang diungkap kadang2 menjadi doa. 12 tahun kemudian anak saya memasuki sm imtiaz ulul albab melaka yang baru dibuka.

Di melaka ada satu jabatan yang dipanggil tabung amanah pendidikan ekonomi melaka (tapem).  Oleh kerana tidak ramai anak melaka di sekolah tersebut maka anak saya terpilih menerima dana rm100 setiap bulan sebagai pelajar tahfiz.

Untuk makluman,  setiap sekolah tahfiz berdaftar di melaka akan diberi quota 15 pelajar untuk menerima pembiayaan tersebut. Kebetulan yuran sm imtiaz melaka milik ds zahid hamidi itu ialah rm100 sebulan.

Alhamdulillah sekali lagi,  semalam pihak tapem meraikan pelajar cemerlang spm 2016 seluruh melaka dan anak saya turut menerima wang tunai rm1000.

Saya tidak tahu samada sahabat saya itu masih ingat atau tidak ungkapan beliau 18 tahun lalu di depan saya, keluarga saya dan keluarga beliau. Ketika itu beliau masih seorang guru seperti saya.

Apapun, yang pasti orang yang bertanggungjawab menguruskan biaya rm100 sebulan dan hadiah kecemerlangan rm1000 kepada anak saya itu ialah sahabat saya tadi iaitu cikgu mustafa musa yang kini menjadi pengurus besar tabung amanah pendidikan ekonomi melaka (tapem).

Allahu akbar.  Nampaknya kata2 yang terungkap 18 tahun lalu dimakbul dan dimuktamadkan Allah bahkan Allah jua yang menyempunakan niat dan hasrat tersebut.

Saya percaya, bukan sahaja saya malah cikgu mustafa sendiri sudah lupa kata2 beliau 18 tahun lalu. Sayapun baru teringat semula malam tadi.

Bahkan sehingga saat saya menulis inipun beliau barangkali tidak menyedarinya.

Allahu akbar. Lihatlah kebesaran Allah taala yang mengatur segala2nya.



Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.