Jumaat, 28 Oktober 2016

Inilah minyak morhabshi itu


1. Diasaskan oleh Ustaz Hj Abd Hamid (almarhum) pensyarah Maahad Islamiyah Derang Kedah Beliau seorang ulama dan pegamal perubatan Islam serta pengamal perubatan homeopathy bertauliah. 

Beliau telah menulis buku-buku berkaitan perubatan berasaskan herba, perubatan Islam, dan perubatan Homeopathy.

Chairman dan duta minyak morhabshi ialah Ustaz Mohd Radzi Hj Abd Hamid, bekas penyanyi yang terkenal dengan lagu Cinta Untuk Nabila. Beliau anak bongsu pengasas Minyak Morhabshi. 

Ustaz radzi masih bertugas dengan Majlis Agama Islam Kedah dan merupakan seorang penceramah bertauliah. Beliau juga aktif dengan gerakan tabligh.

2. Produk ini bersifat serbaguna. Ia didaftarkan dengan KKM untuk rawatan luar terutama berkaitan kulit.

3. Oleh kerana ia dibacakan doa-doa dan bacaan ayat al-Quran maka ramai yang turut memggunakannya untuk masalah lain termasuk histeria, sihir, santau dan sebagainya.

4. Minyak Morhabshi bukan sahaja untuk orang dewasa malah bagus untuk bayi sejak lahir. Dengan katanlain ia sesuai untuk seisi keluarga.

5. Minyak Morhabshi tiba-tiba menjadi terkenal sejak beberapa tahun lepas setelah ramai yang mengakui ia mujarab untuk kencing tikus dan denggi. Apapun, itu bukan fokus asal produk ini dipasarkan.

6. Itu sebabnya harga runcit sebotol Minyak Morhabshi hanya serendah RM10 sahaja. Jika kami mahu mendakwa ia sebagai ubat untuk penyakit seperti kencing tikus dan seumpamanya maka harga yang patut diletakkan boleh mencecah ratusan ringgit.

7. Sejak di tangan saya bermula 1997, minyak morhabshi telah melalui beberapa kali variasi pembungkusan dan kini menggunakan botol dan kotak khas yang lebih menarik. Malah produk ini mendapat bimbingan dan kerjasama SIRIM serta dilindungi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (R).

8. Dalam usaha mencapai sasaran iaitu agar setiap rumah di Malaysia memiliki sekurang-kurangnya sebotol minyak morhabshi maka produk ini bukan sahaja memerlukan lebih ramai wakil jualan malah pemborong yang ingin membina empayar pasaran yang lebih luas.

9. Bagi memperkenalkan minyak morhabshi dengan lebih meluas dan berkesan, promosi yang dilakukan melalui media sosial selama ini telah ditambah lagi melalui tv dan radio pula.

10. Pada 17 September 2016 kami telah muncul dalam program khas selama satu jam di tv alHijrah dan ulangannya pada 15 Oktober baru-baru ini.

11. Kami sedang merangka jadual siaran iklan di radio-radio supaya lebih ramai dapat mengenalinya.

Untuk menjadi stokis atau agen sila hubungi 0194401944.

Untuk dropship, kami ada sistem yang lebih baik untuk anda jana lendapatan tambahan tanpa modal.

Kami ada cara.

Latihan kemahiran disediakan berterusan secara percuma.

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.