Ahad, 5 Julai 2015

5000 botol PERCUMA untuk 5000 pengguna baru

Berikut adalah nota yang kami hantar melalui Whatsapp kepada pengguna yang terlibat dalam kempen 5000 botol untuk 5000 pengguna baru Minyak Morhabshi.

Baca dengan sabar... 

Salam sejahtera.
Terima kasih kerana sudi menggunakan Minyak Morhabshi. (daftar KKM: NOT140604520K).

Tuan/puan menerima mesej ini kerana saya dimaklumkan bahawa tuan/puan telah menerima sebotol kecil Minyak Morhabshi melalui seseorang yang tuan/puan kenal.
Sebelum tuan/puan menggunakannya, saya ingin menceritakan serba sedikit berkenaan produk warisan ini.

Produk unik ini dipelopori nenda kami Sheikh Hj Abdul Hamid Ahmad alderangi. Beliau seorang ulama, pengamal perubatan Islam, perubatan homeopathy dan pensyarah. Khidmat terakhir almarhum ialah di Maahad Islamiyah Derang Kedah.

Minyak Morhabshi dikeluarkan secara tradisional oleh Syarikat Morhabshi yang kami daftarkan pada 2009.

Minyak Morhabshi dipasarkan melalui syarikat Morha Marketing yang ditubuhkan oleh kami juga. Ini bermakna tiada pihak ketiga dan kami dapat mengekalkan harganya supaya tidak menjadi mahal.
Minyak Morhabshi tiada di kedai-kedai atau farmasi sebaliknya dipasarkan melalui stokis dan agen yang asalnya adalah pengguna Minyak Morhabshi sejak puluhan tahun lalu.

Saya tidak pasti tahun sebenar yakni kali pertama Minyak Morhabshi dikeluarkan oleh almarhum nenda kami. Namun saya telah menjualnya sejak 1997 dan secara serius mulai 2004. 

Ertinya produk ini sudah di tangan saya hampir 20 tahun.

Ibu bapa saya mengeluarkan Minyak Morhabshi sejak awal 1990an yakni ketika almarhum sheikh Abdul Hamid masih ada. Namun ketika itu saya baru tamat belajar dan belum berminat menjualnya.

Saya mendaftarkan syarikat Morhabshi agak lewat, iaitu pada 2009, hanya setelah mendapati sebahagian besar pengguna kekal menjadi pelanggan tetap lebih 5 tahun.

Sistem promosi dan pemasaran
Kami menggunakan sistem promosi dari pengguna kepada pengguna memandangkan kos pengiklanan melalui media konvensional seperti tv dan radio amat tinggi dan akan menyebabkan harga Minyak Morhabshi menjadi mahal.

Logo Morha (R) adalah logo berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia dan sebarang aktiviti peniruan, pemalsuan, dan sebagainya akan dilindungi undang-undang.

Apa itu Minyak Morhabshi?

Barangkali anda pernah mendengar orang bercerita bahawa Minyak Morhabshi menyembuhkan mangsa kencing tikus. Ya, hampir setiap hari kami dihubungi keluarga mangsa dan berusaha membantu mereka sekadar termampu. 

Alhamdulillah banyak juga kami terima respon positif samada melalui telefon mahupun mesej media sosial. Begitu juga kea denggi. Wallahualam. 

Sebenarnya, Minyak Morhabshi bukan dirumus untuk rawatan kencing tikus atau denggi!

Ini sama lah halnya dengan nelayan yang tidak menangkap dan menjual ketam bagi merawat demam denggi. Namun jika ada ada ahli keluarga diserang demam denggi maka berikan sup ketam.

Kami ada banyak teatimonial kencing tikus dan denggi. 

Minyak Morhabshi dikeluarkan sebagai minyak sapuan luar terutama untuk masalah kulit, kecederaan fizikal, lenguh, sakit otot, penawar bisa, serangga, keracunan, minyak untuk bayi, dan sebagainya. 

Minyak Morhabshi arau minyak morha didaftar dengan Kementerian Kesihatan dengan pendaftaran: NOT140604520K.
Inilah kegunaan yang ingin kami kemukakan pada anda untuk dimanafaatkan sepenuhnya. 

Sasaran kami ialah setiap rumah di Malaysia memiliki sebotol Minyak Morhabshi untuk digunakan bila-bila masa.

Kelebihan Minyak Morhabshi ialah ia tahan disimpan lama (sehingga 2 tahun dan masih boleh digunakan selepas itu). Jika berlaku kemalangan atau sebagainya di tengah malam, gunakan Minyak Morhabshi.

Menyimpan sebotol Minyak Morhabshi di rumah seolah memiliki sebuah peti kecemasan yang mengandungi bermacam-macam jenis ubat di dalamnya. Kebanyak ubat tidak boleh disimpan lama!

Harga Minyak Morhabshi jauh lebih murah berbanding produk lain yang setara dengan khasiat dan manafaatnya yang hebat. Insya-Allah, alhamdulillah.

Bahan-bahan yang digunakan adalah bahan yang yang boleh dimakan termasuk minyak, herba, dan akar kayu.

Kenapa dinamakan Minyak Morhabshi?
Morhabshi adalah sejenis resin atau getah dari pohon yang ditemui di timur tengah dan afrika termasuk Somalia. Nama lain morhabshi ialah 'myrrh' yang berasal daripada bahasa arab 'mur' bermaksud pahit. 

Dipercayai Myrrh atau mur dipelopori orang Habshi dan itulah sebabnya dikenali juga sebagai morhabshi.

Sejarah penggunaan myrrh bermula sejak ribuan tahun lalu, termasuk di zaman Mesir purba lagi. Dicatatkan bahawa tentera Rom dibekalkan sedikit myrrh ketika ke medan perang. Myrrh terus berkembang dan terkenal di era kegemilangan Islam.

Peri hebatnya myrrh sehingga dianggap bahan ajaib dan pernah harganya dinilai sama dengan emas tulen. Khasiatnya tercatat dalam kitab-kitab lama dan dianggap anugerah Tuhan yang tidak ternilai.

Tahukah anda bahawa myrrh juga digunakan secara mistik sejak zaman dahulu kala? Raja Mesir pernah membakar myrrh selama setahun di kuburan permaisurinya manakala masyarakat arab membakar myrrh pada waktu senja jika di rumah mereka terdapat bayi.
     
Minyak Morhabshi yang kami keluarkan ini turut dibacakan doa dan ayat al-Quran tertentu yang diajarkan almarhum ustaz Hj Abdul hamid kepada kami. Ia adalah amalan ulama Islam dahulu kala.

Ramai pengguna Minyak Morhabshi mencalitkan pada ubun-ubun dan telinga bayi yang menangis secara tiba-tiba. Terdapat juga warden asrama yang menggunakan dengan cara yang sama pada pelajar yang diserang histeria.

Kajian saintifik terhadap morhabshi atau myrrh ini terus dilakukan hingga kini. Berikut adalah petikan daripada sebuah portal web yang saya temui. Ia adalah keistimewaan myrrh secara umum:

1) Pembersihan
Morhabshi boleh meningkatkan fungsi sel darah putih dan memulihkan kadar enzim yang dikenali sebagai antioksidan glutathione. Para pengkaji herba telah membuat kesimpulan bahawa morhabshi menyediakan faedah antioksidan yang kuat dan dapat melindungi sistem imun manusia serta melindungi hati daripada kesan-kesan bahaya plumbum.

2) Anti jangkitan dan Antivirus
Resin morhabshi tidak membiarkan kuman berkembang atau menjangkiti badan kerana morhabshi bersifat anti-virus. Ia boleh digunakan bagi mengelak pelbagai penyakit yang disebabkan mikrob seperti demam, keracunan makanan, batuk & selsema, beguk, campak, serta jangkitan (wabak).

3) Agen Pengecutan
Morhabshi membantu mengecut otot, usus dan organ dalaman yang lain termasuk pada kulit, serta boleh membantu mengukuhkan gusi. Morhabshi juga menguatkan akar rambut, yang secara teorinya mampu memerangi kebotakan.
Satu lagi aspek penting daripada resin ini ialah bahawa ia benar-benar membantu masalah pendarahan akibat luka-luka, dan berupaya menghalang kehilangan banyak darah apabila cedera.

4) Ekspektoran
Morhabshi berkesan melawan batuk dan selsema. Ia membantu melegakan kesesakan dan membuang kahak.

5) Terapi ulser
Dalam satu kajian ke atas haiwan di makmal, suplemen dengan morhabshi dapat meningkat jumlah sel darah putih dan membantu menahan serangan ulser serta mengekalkan ketahanan semasa proses penyembuhan ulser.

6) Anti kulat
Morhabshi juga berfungsi menghalang dan membunuh kulat. Ia boleh digunakan secara dalaman dan luaran untuk memerangi jangkitan kulat.

7) Perangsang
Minyak daripada morhabshi baik dalam merangsang rembesan, aliran darah, penghadaman, daya ingatan, dan perkumuhan. Ia merangsang rembesan jus pencernaan, aktiviti mengepam jantung, dan hempedu, malah membolehkan anda sentiasa aktif dan memberi tumpuan pada sistem saraf dan otak.

8) Haruman daripada minyak morhabshi membantu menghilangkan bau kurang enak dan memberi lebih keselesaan apabila berada di khalayak ramai.

9) Anti kanser
Lebih daripada satu kajian mendapati morhabshi membantu tubuh manusia melawan kanser dan kesimpulan dibuat bahawa morhabshi menunjukkan potensi yang baik sebagai pilihan semula jadi dalam merawat kanser prostat.

10) Perpeluhan
Ia merangsang pengeluaran peluh dan mengekalkan tubuh bebas daripada garam tambahan, racun, dan pembendungan cecair berlebihan. Berpeluh membantu penyingkiran gas berbahaya seperti nitrogen serta membersihkan liang-liang kulit.

11) Antiseptik
Samada luka kecil atau luka besar, atau mendapat jangkitan bukan lagi satu isu jika anda mempunyai morhabshi dalam simpanan. Oleh kerana ia merupakan satu bahan antiseptik, minyak ini boleh menjaga sebarang jangkitan yang berpotensi menjadi septik.

13) Sistem Peredaran
Pati minyak daripada morhabshi merangsang aliran darah dan memastikan badan anda mendapat jumlah oksigen yang sesuai ke tisu. Hal ini dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan untuk mencapai kesesuaian metabolisme.

13) Booster Imun
Minyak daripada morhabshi mengaktif dan menguatkan sistem imun tubuh dan mengekalkan perlindungan daripada jangkitan dan penyakit (kebal).

14) Anti radang
Minyak daripada morhabshi sesuai mengawal radang tisu dalam kes-kes jangkitan virus dan dalam sistem kardiovaskular termasuk keradangan disebabkan oleh pengambilan makanan panas terlalu banyak.

15) Antispasmodic
Ia juga memberikan kelegaan pada pengecutan yang tidak diingini atau kejang, dan dengan itu meredakan sakit, kejang, dan kesakitan otot.

16- Rawatan parasit Organik
Foscialiasis suatu penyakit disebabkan oleh parasit yang boleh didapati di kawasan air. Ia menyebabkan kerosakan hati dan halangan biliary.

Penggunaan myrrh atau morhabshi tidak boleh dilakukan secara wewenang kerana ia memerlukan dos dan cara yang betul terutama apabila dicampur dengan ekstrak herba.

Minyak Morhabshi bukan kategori ubat. Justeru teruskan mendapat nasihat doktor anda dan ingatlah "tidak berubah qada melainkan dengan doa.

Artikal berkenaan resin myrrh atau morhabshi ini disalin daripada web https://www.organicfacts.net/health-benefits/essential-oils/health-benefits-of-myrrh-essential-oil.html

Waalahu alam.
Noor Azman Aminudin
Pengarah Urusan Morhabshi
0194402211
noorazmanaminudin@gmail.com
www.morhabshi.com

2 ulasan:

Unknown berkata...

bagaimana mahu order, website pihak tuan juga sedang mengalami masalah.
sila terangkan, saya memang berminat mencuba.
selama ini saya telah mencuba minyak kelapa dara, minyak zaitun dara, minyak argan dan minyak habbatus sauda. saya ingin mencuba minyak Morhabshi dan ingin tahu keberkesanan nya.

Cheguman berkata...

Salam. Sila hubungi 0194401944. Boleh whatsapp. Terima kasih.

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.