Rabu, 13 Ogos 2014

Di sebalik keunikan minyak morhabshi

Ramai yang bertanya apa khasiat & kelebihan minyak morhabshi? Sememangnya kami serba salah untuk menjawab. 

Khasiatnya sangat banyak tetapi kita terikat dengan peraturan KKM yang tidak membenarkan kami mendakwa minyak morhabshi sebagai UBAT YANG BOLEH MENYEMBUHKAN PENYAKIT.

Wajarkah kita biarkan hanya mereka yang pernah menggunakannya sahaja yang terus menggunanya? Bagaimana yang belum tahu?

Apa boleh buat. Kita terikat dengan peraturan 'mereka' yang memegang kuasa dan kuasa itu dibikin orang yang tidak sependapat dan sefahaman dengan kita. Malah ada antara mereka yang tidak beriktikad sebagaimana iman kita.

Di sini kami perturunkan sedikit info latar belakang pengasas Minyak Morhabshi.

Latar belakang pengasas:

Minyak Morhabshi diasaskan oleh Ustaz Hj Abd Hamid, tabib dan pensyarah di Maahad Islamiyah Derang Kedah. Selain ulama dan pengamal perubatan Islam, beliau juga pengamal perubatan homeopathy bertauliah.

Beliau telah menulis tiga buah buku perubatan:
1) kitab tabib walhikmah iaitu tentang perubatan Islam dan ramuan herba tradisional (rumi).
2) kitab petua dan amalan perubatan Islam (jawi)
3) panduan perubatan homeopathy (rumi)

Minyak Morhabshi yang dikeluarkan beliau (allahyarham) mengandungi Myrrh (morhabshi), safron, zaiton, dan berpuluh campuran herba tradisional. Tiada bahan kimia atau dadah.

BAHAN-bahan yang digunakan beliau dalam meramu produk itu telah dipercayai sejak ribuan tahun dalam rawatan seperti kulit (luka, kudis, kayap, kena bahan panas dll), sakit gigi, kepala, perut, dada, lenguh, urat dsbnya.

Minyak Morhabshi tersebut diruqyahkan dengan bacaan doa serta ayat-ayat Al-Quran yang lazim diamalkan para ulama sejak dahulu kala. Para ulama sejak zaman berzaman menggunakan doa dan ayat-ayat Al-Quran bagi mengatasi masalah luaran, dalaman, serta gangguan makhluk halus, sihir, santau dan sebagainya.

Antara doa dan ayat yang diamalkan para ulama dan tabib muslim termasuk untuk anti kanser dan pelbagai penyakit kronik lain. Maka tidak hairanlah ramai mangsa penyakit kencing tikus mendapati usaha mereka melalui minyak yang diruqyah tersebut memberi kesan positif.

Meskipun tiada bukti saintifik namun bahan yang digunakan serta amalan ruqyah tersebut menjadi asas yang kuat untuk kita berdoa, berusaha dan bertawakkal.

Semoga dengan amalan dan ramuan ini menjadi satu sebab untuk Allah sembuhkan penyakit kita sebagaimana dalil-dalil berikut:

"Tidak berubah qada melainkan dengan doa".

"Apabila kamu telah berusaha maka bertawakkal lah pada Allah sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakkal".

Sementara itu kepada pengguna minyak herba warisan Ustaz Hamid, boleh gunakan petua dan amalan berikut:

Goncang botol sambil membaca bismillah dan diikuti salawat ke atas nabi.
> Sapukan pada tempat sakit.
> Sapukan pada kening, cuping telinga, sendi-sendi, dan tempat tersorok pada tubuh (terutama pada bayi).
> Minum sedikit samada dicampur air atau tanpa air. Untuk tujuan istiqomah, gunakan satu sudu tea (sudu kecil) dan amalkan tiga kali sehari.

Tiada sukatan khusus untuk meminumnya namun bahan-bahan yang digunakan adalah campuran herba yang biasa digunakan dalam perubatan tradisional.


PERHATIAN:
Semua nama penyakit yang dicatat adalah berdasarkan pengalaman orang dahulu kala yang pernah mengamalkan herba-herba yang secara sengaja turut digunakan dalam produk-produk keluaran Morha.

Semoga Allah memberi kesembuhan pada kita dan pahala pada semua yang terlibat mengusahakannya termasuk pengasas, penasihat, pengeluar, pekerja, stokis dan agen, juga semua pihak yang gigih meneruskan usaha pengeluaran produk herba serta rawatan Islam tidak kira apapun jenama yang digunakan.

Alfatihah pada mereka yang telah meninggal dunia termasuk Ustaz Hj Abd Hamid dan isterinya Hjh Saodah.

Ahad, 3 Ogos 2014

Khasiat Safron/zaafaran

Siri Rahsia Ramuan Minyak Morhabshi
Safron/zaafaran: salah satu bahan yang terdapat dalam Minyak Morhabshi

Safron atau zaafaran adalah salah satu bahan yang terdapat dalam Minyak Morhabshi. Selain safron, Minyak Morhabshi juga mengandungi resin myrrh,  zaiton, raja kayu, keduduk, mustaqim dan berpuluh herba tradisional yang mempunyai pelbagai khasiat.

Safron atau zaafaron atau koma-koma merupakan sejenis rempah (Crocus sativus). Koma-koma merupakan antara rempah yang termahal di dunia yang mana harganya boleh mencecah ribuan ringgit per sekilo.

Safron berasal dari perkataan Arab bermaksud kuning, sejenis tumbuhan herba daripada kumpulan eloridaccesi adalah antara khazanah alam termahal di dunia. Herba yang digelar 'Emas Padang Pasir' ( Gold of the Desert ) juga dikenali sebagai 'Spice King', 'Spice Queen', 'Vegatable Gold', dan 'Flower of Love'. Ianya memang terkenal dengan khasiat serta kuasa pengubatnya sejak dari dulu lagi. Justeru itu disamping warnanya yang cukup menarik serta baunya yang harum maka ianya digunakan secara meluas dalam pemakanan, kecantikan dan perubatan.

Safron berwarna kuning keemasan dan diambil dari sekuntum bunga yang berwarna ungu. Pokoknya berasal dari Timur Tengah, Greece, Turki, Iran dan Kashmir. Biasanya koma-koma boleh didapati di pasar-pasar di Morocco.

Safron digunakan untuk menambah aroma dan menyerikan warna pada masakan seperti nasi beriani. Di Morocco ia digunakan untuk masakan yang dipanggil Tagine.

Sebagai tanaman terapi, safron kaya dengan karbohidrat, minerals, mucilage serta vitamin B1 dan B2 (riboflavin dan tiamin), disamping banyak lagi bahan lain yang berkhasiat farmaseutikal. Struktur asas saintifik safron, crocin menghasilkan warna, picrocrocinmenghasilkan citarasa dan safranal menghasilkan aroma.
Antara keistimewaannya, safron boleh membantu proses penghadaman, menguatkan ingatan, agen anti barah, merawat amenia (kekurangan zat besi), mengawal tekanan darah dan kolesterol, mengurangkan risiko serangan penyakit jantung, melancarkan pengaliran darah (haid), merawat penyakit saraf, keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi, merawat penyakit saluran kencing (renal colic), kesuburan, menambah selera makan untuk kanak-kanak dan ia turut digunakan sebagai perangsang tenaga batin dan penenang.[perlu rujukan]

Safron adalah antara rempah yang unik kerana citarasa, aroma dan kandungan warnanya boleh larut di dalam air. Ia digunakan dalam perubatan Yunani dan Ayurveda di India untuk merawat pelbagai penyakit seperti arthritis, sehinggalah kepada mati pucuk dan ketidaksuburan. Masyarakat India terutamanya wanita menggunakan safron selepas tempoh bersalin bagi tujuan menguatkan rahim dan melancarkan perjalanan darah. Golongan bangsawan di zaman dahulu menggunakan larutan safron sebagai topeng muka untuk menghilangkan ruam dan jerawat. Wanita zaman sekarang menggunakan safron sebagai bedak asas. Ia bukan sahaja membuatkan kulit bertambah lembut malah semakin licin dan cerah.

Safron juga sering dijadikan ramuan penting dalam masakan. Di dalam hidangan Timur Tengah, Eropah, India dan Malaysia, safron banyak digunakan di dalam nasi, teh, kopi, dan makanan pencuci mulut. Di dalam industri tenusum safron memberikan warna yang cantik kepada mentega dan keju serta digunakan dalam pembuatan aiskrim, jem dan ekstrak safron. Selain menaikkan aroma, ia juga memberikan kebaikan dari segi kesihatan.

Dapatkan saffron gred terbaik (Iran dan Maghribi). Contact 0194401944

Disalin daripada Wikipedia http://ms.wikipedia.org/wiki/Safron
Foto: www.morha.com.my

Safron atau zaafaran adalah salah satu ramuan dalam penyedian minyak morhabshi keluaran sayarikat Morhabshi dengan jenama Morha (R) iaitu syarikat yang diusahakan orang Islam 100%.

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.