Rabu, 13 Ogos 2014

Di sebalik keunikan minyak morhabshi

Ramai yang bertanya apa khasiat & kelebihan minyak morhabshi? Sememangnya kami serba salah untuk menjawab. 

Khasiatnya sangat banyak tetapi kita terikat dengan peraturan KKM yang tidak membenarkan kami mendakwa minyak morhabshi sebagai UBAT YANG BOLEH MENYEMBUHKAN PENYAKIT.

Wajarkah kita biarkan hanya mereka yang pernah menggunakannya sahaja yang terus menggunanya? Bagaimana yang belum tahu?

Apa boleh buat. Kita terikat dengan peraturan 'mereka' yang memegang kuasa dan kuasa itu dibikin orang yang tidak sependapat dan sefahaman dengan kita. Malah ada antara mereka yang tidak beriktikad sebagaimana iman kita.

Di sini kami perturunkan sedikit info latar belakang pengasas Minyak Morhabshi.

Latar belakang pengasas:

Minyak Morhabshi diasaskan oleh Ustaz Hj Abd Hamid, tabib dan pensyarah di Maahad Islamiyah Derang Kedah. Selain ulama dan pengamal perubatan Islam, beliau juga pengamal perubatan homeopathy bertauliah.

Beliau telah menulis tiga buah buku perubatan:
1) kitab tabib walhikmah iaitu tentang perubatan Islam dan ramuan herba tradisional (rumi).
2) kitab petua dan amalan perubatan Islam (jawi)
3) panduan perubatan homeopathy (rumi)

Minyak Morhabshi yang dikeluarkan beliau (allahyarham) mengandungi Myrrh (morhabshi), safron, zaiton, dan berpuluh campuran herba tradisional. Tiada bahan kimia atau dadah.

BAHAN-bahan yang digunakan beliau dalam meramu produk itu telah dipercayai sejak ribuan tahun dalam rawatan seperti kulit (luka, kudis, kayap, kena bahan panas dll), sakit gigi, kepala, perut, dada, lenguh, urat dsbnya.

Minyak Morhabshi tersebut diruqyahkan dengan bacaan doa serta ayat-ayat Al-Quran yang lazim diamalkan para ulama sejak dahulu kala. Para ulama sejak zaman berzaman menggunakan doa dan ayat-ayat Al-Quran bagi mengatasi masalah luaran, dalaman, serta gangguan makhluk halus, sihir, santau dan sebagainya.

Antara doa dan ayat yang diamalkan para ulama dan tabib muslim termasuk untuk anti kanser dan pelbagai penyakit kronik lain. Maka tidak hairanlah ramai mangsa penyakit kencing tikus mendapati usaha mereka melalui minyak yang diruqyah tersebut memberi kesan positif.

Meskipun tiada bukti saintifik namun bahan yang digunakan serta amalan ruqyah tersebut menjadi asas yang kuat untuk kita berdoa, berusaha dan bertawakkal.

Semoga dengan amalan dan ramuan ini menjadi satu sebab untuk Allah sembuhkan penyakit kita sebagaimana dalil-dalil berikut:

"Tidak berubah qada melainkan dengan doa".

"Apabila kamu telah berusaha maka bertawakkal lah pada Allah sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakkal".

Sementara itu kepada pengguna minyak herba warisan Ustaz Hamid, boleh gunakan petua dan amalan berikut:

Goncang botol sambil membaca bismillah dan diikuti salawat ke atas nabi.
> Sapukan pada tempat sakit.
> Sapukan pada kening, cuping telinga, sendi-sendi, dan tempat tersorok pada tubuh (terutama pada bayi).
> Minum sedikit samada dicampur air atau tanpa air. Untuk tujuan istiqomah, gunakan satu sudu tea (sudu kecil) dan amalkan tiga kali sehari.

Tiada sukatan khusus untuk meminumnya namun bahan-bahan yang digunakan adalah campuran herba yang biasa digunakan dalam perubatan tradisional.


PERHATIAN:
Semua nama penyakit yang dicatat adalah berdasarkan pengalaman orang dahulu kala yang pernah mengamalkan herba-herba yang secara sengaja turut digunakan dalam produk-produk keluaran Morha.

Semoga Allah memberi kesembuhan pada kita dan pahala pada semua yang terlibat mengusahakannya termasuk pengasas, penasihat, pengeluar, pekerja, stokis dan agen, juga semua pihak yang gigih meneruskan usaha pengeluaran produk herba serta rawatan Islam tidak kira apapun jenama yang digunakan.

Alfatihah pada mereka yang telah meninggal dunia termasuk Ustaz Hj Abd Hamid dan isterinya Hjh Saodah.

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.