Selasa, 30 September 2014

Penawar sakit kulit


Kulit adalah anggota tubuh manusia paling luas. Ia menjadi benteng pertama apabila seseorang berdepan dengan unsur luar.

Selain sebagai perisai, kulit berfungsi selaku deria utama manusia sebelum empat deria lain bekerja.

Bahkan kulit membantu deria lain seperti hidung, telinga, mata, dan lidah melaksanakan tugas mereka.

Dengan keluasan yang besar maka kulit terdedah pada pelbagai ancaman terutama daripada luar.

Contohnya, angin yang berhembus di samping menyalurkan oksigen dan rasa nyaman turut membawa pelbagai anasir tidak diingini seperti bakteria. Terkini, wabak kencing tikus juga menular melalui luka pada kulit.

Demikianlah, kulit lah yang pertama sekali menghadapinya.

Api; banyak kegunaannya kepada manusia namun jika tidak dikawal ia membawa kemudaratan yang boleh membawa maut.

Sekali lagi kulit berperanan. Ia mengesan darjah kepanasan dan memberitahu otak bahawa bahaya sedang mengancam.

Selain unsur alam, haiwan dan tumbuhan juga berpotensi mengancam manusia. Sudah tentulah kulit sekali lagi diberi tanggungjawab penting.

Terdapat tumbuhan yang mempunyai bahan yang boleh merosakkan kulit. Ada yang sekadar memberi rasa gatal dan ada yang boleh menjadi sebab pada kemudaratan yang lebih besar.

Begitu juga kalangan haiwan terutama serangga. Selain ular, lipan, dan kala jengking, banyak serangga yang mempunyai bulu dan sengatan berbisa.

Selain bahaya daripada luar yang dinyatakan tadi, terdapat pula kesan makanan yang kita makan membawa masalah pada kulit. Hal ini selalu dikaitkan dengan gejala alahan.

Memandangkan begitu besar tanggungjawab yang dipikul oleh kulit dalam menjaga kita maka kita perlu sentiasa bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan.

Kami ada produk yang dihasilkan daripada minyak makan dan campuran pelbagai herba.

Khasiat herba yang digunakan didapati sesuai dengan kebanyakan sakit kulit termasuk kudis dan kayap serta menjadi penawar bisa haiwan dan serangga.

Jika anda mencari-cari produk yang suci lagi halal untuk diri dan keluarga, minyak herba adalah sesuai kerana bersifat semulajadi.

Jika anda mencari produk yang baik bagi menambah pendapatan di samping membantu orang yang memerlukan, hubungi kami 0194401944.

Minyak herba yang ada pada kami dirumus oleh Ustaz Dr (Homeopathy) Haji Abdul Hamid Ahmad dan kini diteruskan pewaris alamarhum dengan kaedah pembuatan yang sama seperti dulu.

Minyak tersebut telah dikeluarkan lebih 30 tahun dan telah didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hi, is usually Wordpress a complimentary running a blog software
for instance wordpress platforms? On top of that proper
drainage . lots of plug ins in addition to topics
for doing this? I must begin to use it to get our fresh website if it may!
Many thanks.
Visit my web blog ; Treatment Of Genital Warts

Tanpa Nama berkata...

Excellent content in addition to right to the point.
I not really know if this describes in truth where to ask although do you individuals have every applying for grants where you can
get many freelance writers? Appreciate it ahead of time.
Feel free to surf my blog post - People Records

Tanpa Nama berkata...

венецианский карнавал игровые автоматы [url=http://nananntetiivarback.narod.ru/518.html]игровые автоматы играть бесплатно регистрация[/url] игровые автоматы захват , [url=http://nananntetiivarback.narod.ru/154.html]игровые автоматы 25 линий 3д[/url] азартные игры для мальчиков железный человек , [url=http://nananntetiivarback.narod.ru/728.html]игровые автоматы скачать бесплатно через торрент[/url] 20 линейные игровые автоматы , [url=http://nananntetiivarback.narod.ru/238.html]видео покер онлайн[/url] игровые автоматы братки играть

Tanpa Nama berkata...

слот автоматы без регистрации онлайн [url=http://metifidesaslim.narod.ru/file322.html]игровые автоматы безплатно[/url] игровые автоматы играть бесплатно колумб , [url=http://metifidesaslim.narod.ru/file336.html]игровые автоматы обезьянки играть бесплатно онлайн чертики[/url] игровые автоматы resident скачать бесплатно , [url=http://metifidesaslim.narod.ru/file546.html]игровые автоматы crazy monkey скачать[/url] игровые автоматы 777 always hot , [url=http://metifidesaslim.narod.ru/file140.html]азартные игры для взрослых девочек[/url] игровые автоматы шпион играть бесплатно

Tanpa Nama berkata...

[url=http://tiotaversiwanad.narod.ru/topic132.html]азартные игры игровые автоматы играть бесплатно 777[/url] казино покер рулетка , [url=http://tiotaversiwanad.narod.ru/topic286.html]покер онлайн с реальными людьми[/url] онлайн покер бесплатно играть сейчас , [url=http://tiotaversiwanad.narod.ru/topic770.html]игровые автоматы казино бесплатно[/url] игровые автоматы обезьяны , [url=http://tiotaversiwanad.narod.ru/topic682.html]игровые автоматы адмирал онлайн бесплатно без регистрации и смс[/url] игровые автоматы crazy fruits играть бесплатно в хорошем качестве , [url=http://tiotaversiwanad.narod.ru/topic264.html]интернет казино играть бесплатно без регистрации и скачивания шарики[/url] игровые автоматы фараон онлайн бесплатно

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.