Ahad, 23 Jun 2013

morhabshi (myrrh) menyingkap rahsia resin termahal di dunia

Masyarakat Mesir purba menggunakan myrrh sebagai bahan antiseptik. Selain itu mereka juga menggunakannya bagi menghalau serangga termasuk kutu.

Kajian modern mendapati myrrh adalah antioksiden yang hebat sehingga berupaya mengubati  tumor dan kanser tertentu.

Pada tahun 2001 saintis di Universiti Rutgers mengenal pasti sebatian myrrh mampu membunuh sel-sel kanser.  Mereka yakin bahawa myrhh boleh digunakan untuk rawatan serta pencegahan prostat dan kanser payudara. Selain itu ia juga membantu dalam rawatan tumor otak (malignan). 

Menurut kajian myrrh mengandungi sehingga 75% sesquiterpenes kompaun yang merangsang bahagian otak yang mengawal emosi. Ia juga membantu hipotalamus, kelenjar pineal dan pituitari yang menghasilkan banyak hormon penting dalam badan.

Manfaat myrrh termasuk dalam penjagaan kulit. Masyarakat Mesir sejak zaman berzaman memanafaatkan khasiatnya bagi mengekalkan kulit yang sihat, mencegah penuaan kulit, merawat luka atau kulit retak.

Kini myrrh telah ditanam secara komerial di Afrika dan Arab agar khasiatnya dapat dimanafaat oleh lebih ramai manusia.

Myrrh berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud pahit.

Khasiat myrrh turut dicatat dalam buku Ebers Papyrus, salah satu teks perubatan tertua Mesir bertarikh kira-kira 1550 masihi.

Myrrh dikatakan mampu bertindak sebagai antioksida, anti-radang, antitumor, analgesik, anti-jangkitan, anti-virus, anti-parasit, antiseptik, astringen dan tonik.

Kebaikan myrrh juga dikaitkan dengan bronkitis, kencing manis, kanser, hepatitis virus, jangkitan kulat  (Candida, ekzema, kurap, atlet kaki, seriawan faraj), gigi dan gusi syarat, keadaan kulit (kedut, stretch mark, luka, retak), cirit-birit, disentri, hipertiroidisme, dan ulser.
manuskrip Ebers Papyrus


Myrrh sebagai asas haruman

Myrrh juga dipercayai mempunyai khasiat terhadap rohani dan emosi. Myrrh adalah minyak yang sangat spiritual dan telah digunakan dalam upacara keagamaan dan ritual selama lebih 5000 tahun!
Aroma myrrh dikatakan mempunyai hubungan jiwa dan merangsang minda. Sebagai contoh, bauan kayu mampu menaikkan semangat.


Myrrh assential melenyapkan kebimbangan, membantu kita melalui pengalaman yang sukar serta mengurangkan rasa sakit. Ia membantu kita untuk menjadi ‘lebih menerima’, yakin diri, serta meningkatkan pertimbangan diri. Haruman myrrh dikatakan bertindak mengintegrasikan fizikal dengan rohani manusia.

Selain itu ia menggalakkan pembukaan solar plexus dan chakra jantung dan menaikkan semangat kepada minda, seterusnya melegakan keresahan, tekanan dan kemurungan. 




diterjemah dan diedit semula daraipada artikal asal:

Myrrh adalah nama lain bagi morhabshi dan resin morhabshi adalah bahan utama dalam penghasilan minyak morhabshi.


1 ulasan:

gemaparfum.com berkata...

Terima kasih banyak atas infonya gan.
Lumayan nambah elmu.

Parfum Original :
Minyak wangi termahal di dunia.


----------------

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.