Bolehkah manusia hidup dengan hanya makan durian?
Saya tidak ingin muktamadkan jawapan namun secara lazimnya tiada siapa yang sanggup berbuat demikian.
Justeru pemilik dusun durian juga perlukan perkara lain untuk meneruskan kehidupan.
Bagaimana pula dengan nasi? Adakah jika kita memiliki sawah berelung-relung maka itu sudah memadai untuk hidup?
Walaupun jawapannya tidak juga muktamad namun saya percaya anda tentu bersetuju bahawa memang banyak perkara lain yang diperlukan dalam hidup ini di samping beras.
Saya berikan analogi durian kerana ketika memandu dari Masjid Tanah ke Melaka tadi terpandang longgokan durian di beberapa tempat sepanjang jalan. Untuk dijual.
Pemilik durian perlu menjual duriannya bagi mendapatkan wang. Kertas-kertas bercetak yang diberi nilai oleh Bank Negara dan disebut sebagai wang boleh digunakan untuk mendapatkan perkara lain yang diperlukan untuk hidup.
Maka manusia berlumba-lumba mencari wang. Tidak kurang juga yang berjaya menambuk wang bertimbun. Namun ramai juga yang sekadar mampu menukar wang hanya dengan sepinggan nasi.
Kebanyakan kita mampu menampung pelbagai keperluan hidup sebagaimana orang lain.
Wang, wang, wang, dan wang. Semua manusia bercakap tentang wang termasuk yang bisu, buta, dan pekak. Malah wang kekadang menjadikan manusia normal menjadi bisu, buta, dan pekak.
Mempunyai sebatang dua pohon durian memang menyeronokkan. Selain dimakan mentah, ramai juga yang gemar memakannya dengan nasi atau pulut bergaul santan serta gula Melaka.
Apabila durian semakin galak luruh, pemilik dusun mula berfikir untuk menukarnya dengan wang. Tidak ramai yang mampu memiliki pokok durian. Justeru itu satu kelebihan bagi orang yang memilikinya. Tak kiralah samada pokok itu ditanam sendiri atau diwarisi daripada nenek moyang.
Hasil durian tidak sahaja dinikmati pemilik dusun durian. Ada pihak yang bertindak sebagai pemborong, stokis, sub-stokis, dan pengedar durian.
Mahukah anda menjadi pemborong durian? Seseorang pemborong tidak perlu mempunyai dusun durian untuk menikmati keuntungan daripada hasil durian. Pemborong juga tidak wajib mempunyai lori untuk mengangkut buah berduri itu. Banyak syarikat courier yang boleh kita gunakan perkhidmatan mereka.
Pemborong berkuat dengan modal. Maksud saya kekuatan pemborong ialah wang. Pemborong akan membeli secara pukal kerana beliau ada modal. Dengan itu beliau mendapat keistimewaan membeli pada harga yang murah.
Pemilik durian beruntung kerana produknya dapat dijual dengan cepat dan banyak. Pengeluaran boleh ditingkatkan dengan menambah modal, bahan mentah, dan pekerja.
Jika anda tidak mahu menjadi pemborong, anda boleh bertindak sebagai stokis. Sebagai stokis, anda boleh melantik substokis di merata daerah. Agen-agen jualan boleh mendapatkan produk daripada stokis/substokis dan menjualnya kepada penguna.
Oh ya. Jika anda inginkan produk yang amat berpotensi untuk dijual, Minyak Morhabshi memiliki ciri-ciri tersebut.
Hubungi 0194401944.
Jika anda belum tahu khasiat minyak yang diasaskan oleh Ustaz Hj Abdul Hamid yang merupakan seorang pengamal perubatan herba tradisional serta homeopathy, sila lihat artikal-artikal lain dalam blog ini.
Jika anda ingin tahu apa itu morhabshi, sila taip MYRRH dalam Google dan anda kan temui banyak kajian menakjubkan mengenainya di seluruh dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan