Pengumuman penting

Membuat pesanan/pembelian (SMS ke 0194401944)

Ya, 01944-01944. Amat mudah.

sila guna no Akaun:
cimb 0408-0009 1360 58 (MORHABSHI)
ATAU;
Maybank 1540 5329 0898 (Noor Azman Aminudin)


SMS kepada 01944-01944

Itu sahaja. Terima kasih.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi terus saya di 0194402211.

Minyak Morhabshi adalah produk berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan (KKM: NOT110703273K).
MORHABSHI adalah jenama berdaftar (trademark) dan dipermilik di bawah
Syarikat MORHABSHI (REG. MA0154229-W)

Pejabat urusan morhabshi
16B-1, JALAN PERMATA 14, TAMAN HARTA PERTAMA, BUKIT BARU SYESYEN 2, 75150 MELAKA, MALAYSIA

Kongsi pengalaman anda atau pelanggan yang menggunakan minyak morhabshi

Wednesday, May 26, 2010

Tips ketika menggunakan minyak urut


Terdapat beberapa kaedah ketika menggunakan minyak sapuan termasuk minyak Morhabshi.

Anda boleh melekapkan jari pada mulut botol dan menunggingkannya setiap kali hendak digunakan. Selain itu ada juga yang mencurahkan ke dalam piring atau mangkuk kecil.

Cara paling selamat ialah dengan memasukkan minyak ke dalam bekas plastik yang biasa digunakan untuk mengisi dadih.

Bekas bertutup tersebut lebih mudah digunakan dan lebih selamat. Bayangkan jika botol asal yang anda gunakan itu terbalik dan anda belum menutupnya!

Selamat mencuba. Mulakan dengan minyak herba serbaguna Morhabshi, baik untuk bayi dan diri anda.



foto sekadar hiasan:
rawatan urut badan
Kemangi Herbs flickr.com

Sunday, May 23, 2010

untuk wanita hamil dan lepas bersalin


"Bolehkah minyak Morhabshi digunakan untuk wanita bersalin?" demikian satu soalan yang sering saya terima.

Ya. Bahkan ia juga sesuai digunakan ketika hamil.

Isteri saya menyapu minyak Morhabshi pada tubuhnya hampir setiap malam sepanjang kehamilan. Saya tahu kerana saya yang membantunya. Namun perlu dihindari bahagian perut kerana dibimbangi haba daripada akar kayu dan rempah mengganggu janin/bayi.

Selain itu, seorang bidan menasihati agar tidak diurut bahagian punggung kerana dipercayai boleh mencederakan bayi. Jika lenguh di punggung, jangan ditekan atau diurut. Cukup sekadar disapu minyak sahaja di kawasan berkenaan.

Selepas bersalin, gunakan minyak Morhabshi untuk urutan atau sapuan pada seluruh tubuh termasuk kaki dan tangan. Tindakan tersebut membantu memperbetul urat dan melancarkan peredaran darah akibat bersalin.

Itulah amalan yang dilakukan isteri saya sejak melahirkan putera sulung (12 tahun yang lalu) hinggalah putera ketiga kami tiga minggu lepas (30 April 2010).

Selamat mencuba. Penjagaan yang sempurna semasa bersalin menjamin kehidupan yang lebih sihat di waktu tua.

Friday, May 21, 2010

morhabshi atasi gangguan


Pagi tadi saya terima sms daripada Sarawak:

"Salam..Encik,sya ne slh sorg pguna minyk morhabshi. ok mujarb.jd mcm mana cra sya nk dptkn myk ne trus dr encik..bleh bgitau? tq"

Saya membalasnya:
"Alhamdulillah. Boleh sms nama, alamat, kuantiti. Nti kami pos terus ke rumah. 1(RM8), 2(RM13), 5(RM20), 8(RM30), 12(RM40), 16(RM50), 20(RM60). Harga termasuk pos. 8 btl dan ke atas, poslaju."

Beberapa minit kemudian saya menerima SMS pesanan daripada beliau (12 botol). Saya membalas SMS dan memaklumkan bahawa kami akan cuba mengirimkan produk petang ini.

Berikut adalah SMS balas yang saya terima:
"Trimakasih..nnti brg smpai,sy akn bking byrn dgn sgera..trimkash krna myk morbshi byk mmbntu anak sy yg slalu knk gnguan msa tdur mlm..WALLAHU'ALAM..smua krna ALLAH."

Alhamdulillah.




foto sekadar hiasan:
tokeikedai bomoh1 jpg
fahmimahat.blogspot.com

Sunday, May 16, 2010

adakah makhluk menyelesaikan masalah?


"Macamana kalau Tokwan tak ada?" saya mengajukan soalan.

Memang saya risau. Walaupun tidak semua perkara diadu pada Tokwan namun jika terdapat kekusutan yang tak mampu lagi diurai maka Tokwanlah yang akan dirujuk: masalah penyakit, masalah rumahtangga, masalah jiran tetangga, masalah politik, masalah agama dan sebagainya. Maksud saya, dalam kalangan keluarga kami.

Tika itu Tokwan sudah agak tua. Umurnya sudah melebihi 80 tahun. Beliau lebih tua daripada Tun Dr Mahathir. Dulu, sering juga Tun datang ke rumah menjemput Tokwan terutama menjelang pilihanraya.

Tokwan, asalnya hanya seorang ustaz sekolah rendah. Walaupun pernah ditawarkan ke Mesir, namun beliau tidak mampu ke sana kerana kemiskinan keluarga.

Setelah bersara, Tokwan segera 'dilamar' oleh Mudir/Pengasas Maahad Islamiah Derang Kedah sebagai tenaga pengajar dan pengurus pusat rawatan di situ. Beliau membimbing pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara (Timur Tengah) kerana kemahiran beliau berbahasa Arab.

Satu lagi keistimewaan Tokwan ialah penglibatan dalam bidang sukan, terutama bola sepak. Pada usia 80an itupun beliau masih membantu dua pasukan bola sepak selaku pengurus. Sebenarnya ramai pemain Kedah yang pernah menjadi anak didiknya sehingga ada yang menggelarnya 'Ustaz bola'.

Sambil itu Tokwan mengusahakan perubatan tradisional, termasuklah minyak herba morhabshi. Beliau sering dijemput merawat pesakit-pesakit di sekitar Jitra. Kelebihan beliau termasuklah mampu mengubati pesakit mental.

Tokwan juga mempunyai diploma dalam perubatan homeopathy. Seorang sahabatnya yang berjaya dalam bidang tersebut ialah Dr (H) Azizan, pengasas Era Edar SDN BHD. Seingat Demang, Tokwan turut membantu Dr Azizan merawat pesakit di klinik mereka di Jitra. Beberapa hari dalam seminggu beliau bertugas di situ, sebelum berpindah ke Maahad Derang.

Selain bahasa Melayu, Tokwan fasih berbahasa Arab, Siam, dan memahami bahasa Inggeris dengan baik. Buku dan kitabnya penuh dalam beberapa buah almari dan rak khas di rumahnya. Setiap kali ke rumahnya, saya akan 'meminjam' beberapa buah untuk dibawa pulang namun tidak pernah dipulangkan.

Dalam kesibukan, beliau masih sempat menyiapkan dua buah buku perubatan; sebuah berkenaan perubatan tradisional Melayu dan sebuah lagi berkenaan perubatan homeopathy.

Sebahagian isi kandungan kitab perubatan bertajuk 'Attabib Walhikmah' tulisan beliau itu boleh dimuat turun di www.morhabshi.com.

Saya pernah mendengar seorang rakan beliau bertanya: "Kalau Ustaz tak ada, siapa nak warisi semua ni?"

Tokwan tersenyum sambil menunjukkan pada saya: "Ni, cucu ada." kata beliau.

Itu sebabnya saya dimasukkan ke 'sekolah Arab'. Namun harapan untuk melihat saya menjadi ustaz tidak kesampaian kerana saya lebih cenderung pada muzik; sama seperti anak bongsu Tokwan yang akhirnya menjadi penyanyi rock (Radzi yang terkenal dengan lagu Cinta Untuk Nabila).

Radzi kini dikenali sebagai Ustaz Radzi dan terkenal sebagai penceramah bebas. Ketika Mazlan Pet Pet (Senario) berkahwin, pada malamnya diadakan ceramah agama dan Ustaz Radzi menjadi penceramahnya.

Kini, Ustaz Radzi masih menyanyi sambil berdakwah. Album terbaru beliau berjudul 'Radzi Penyesalan' diedarkan pada tahun lalu berbentuk nasyid kontemporari. Sementara itu beliau aktif dalam usaha dakwah bersama jemaah tabligh dan sesekali dijemput dalam program TV, termasuk oleh Ustaz Akil.

Berbalik pada persoalan saya di awal tadi. Menjawab soalan tersebut, Tokwan tersenyum namun dengan tegas berkata:

"Jika aku tiada, Allah SWT tetap ada. Dia akan beri (gantikan) orang lain pula."

Maksud jawapan Tokwan ialah kita tidak boleh bergantung kepada makhluk (termasuk benda) kerana Allah SWT yang menjadikan semua itu. Semuanya hanya mampu berfungsi dengan izin Allah SWT.

Sebaik mendengar jawapan tersebut saya serta merta menjadi malu kerana melupai perkara asas dalam ilmu tauhid itu.

Kini Tokwan atau Ustaz Hj Abdul Hamid sudah kembali ke rahmatullah. Walaupun beliau sudah tiada, sumbangannya terhadap bidang perubatan dapat diteruskan.

Alhamdulillah. Minyak Morhabshi semakin terkenal dan diterima ramai. Malah saya dapati lebih terkenal berbanding semasa beliau masih hidup.

Saya percaya, walaupun beliau tidak dapat menggunakan keuntungan jualan Minyak Morhabshi kerana sudah berada di alam lain, namun pahala kerana menyediakan formula untuk Minyak Morhabshi yang kita gunakan akan berterusan dinikmati beliau.

Saya dan keluarga hanya menyambung tugas beliau.

Alfatihah untuk beliau dan isteri beliau, Tok Saudah yang lebih awal meninggalkan kami dan kita semua.

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

VVIP

Minyak Morhabshi kami diadun dengan lebih daripada 30 jenis herba tradisional tempatan.

TIADA SEBARANG DADAH, RACUN, ATAU BAHAN KIMIA

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.

Popular Posts

Pengkalan Blog Morhabshi