Pengumuman penting

Membuat pesanan/pembelian (SMS ke 0194401944)

Ya, 01944-01944. Amat mudah.

sila guna no Akaun:
cimb 0408-0009 1360 58 (MORHABSHI)
ATAU;
Maybank 1540 5329 0898 (Noor Azman Aminudin)


SMS kepada 01944-01944

Itu sahaja. Terima kasih.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi terus saya di 0194402211.

Minyak Morhabshi adalah produk berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan (KKM: NOT110703273K).
MORHABSHI adalah jenama berdaftar (trademark) dan dipermilik di bawah
Syarikat MORHABSHI (REG. MA0154229-W)

Pejabat urusan morhabshi
16B-1, JALAN PERMATA 14, TAMAN HARTA PERTAMA, BUKIT BARU SYESYEN 2, 75150 MELAKA, MALAYSIA

Kongsi pengalaman anda atau pelanggan yang menggunakan minyak morhabshi

Sunday, March 28, 2010

Minyak Morhabshi untuk Gastrik?



Baru-baru ini saya menerima panggilan daripada seorang pelanggan. Beliau mengemukakan soalan: "Adakah minyak Morhabshi boleh digunakan untuk gastrik?"

Sebenarnya saya belum pernah mengesyorkan pada pelanggan untuk menggunakan minyak herba ini untuk gastrik. Malah saya juga belum pernah mendapat testimoni berkenaan gastrik. Maka itulah yang saya maklumkan pada pemanggil tersebut.

"Sebenarnya saya mengidap gastrik dan telah mencuba mengubatinya dengan minyak ini. Alhamdulillah rasa semakin baik." lelaki tersebut menjelaskan.

Alhamdulillah. Nampaknya kita menerima satu lagi perkongsian pengalaman yang amat baik. Kebetulan beberapa orang di sekeliling saya juga menghidap gastrik. Bolehlah saya syorkan pada mereka.

Cara penggunaannya, menurut pengguna tersebut sama seperti sakit dalam perut yang lain iaitu menitiskan 4-5 titik minyak Morhabshi ke dalam suku cawan air dan diminum.

Lakukan 1-2 kali sehari selama beberapa hari dan lihat perubahannya. Jika perlu, lakukan lagi setelah beberapa hari.

Minyak Morhabshi diperbuat daripada herba dan akar kayu yang biasa digunakan dalam perubatan tradisional kita. Bahan utamanya ialah minyak kelapa yang kita gunakan setiap hari dalam makanan.

Justeru saya yakin tiada sebarang risiko dalam penggunaannya dari sudut kesihatan. Begitu juga risiko kerugian wang kerana harganya cuma RM5 sebotol. Malah jika anda membeli pakej G, cuma RM3 sebotol termasuk belanja pos.

Bagi yang belum mengenali minyak Morhabshi, minyak herba ini diasaskan datuk kami lebih 50 tahun yang lalu. Antara kegunaannya ialah menyembuhkan luka kulit dan juga dalam tubuh. Ia juga berkesan untuk sakit perut bahkan dikatakan mujarab merawat orang yang terkena santau.

Untuk makluman, kesan santau adalah melukakan tali perut.

Atas prinsip itulah pengguna tersebut merawat gastrik yang juga merupakan luka-luka dalam perut.

Sebagaimana yang dicatat pada blog, web, dan label produk ini, minyak Morhabshi membantu menyelesaikan banyak masalah kesihatan termasuk berkaitan perkara mistik.

Bagi saya, minyak Morhabshi dikeluarkan bukan untuk menggantikan kaedah perubatan lain samada tradisional ataupun modern sebaliknya sebagai tambahan usaha bagi mengharapkan penyembuhan sebenar daripada Allah Taala.



foto:
gastric jpg
623 x 350 | 31k diatrofi.dancenews.gr
gastric pits jpg
600 x 900 | 184k home.comcast.net

Monday, March 22, 2010

Kami percayakan anda


'Boleh bayar sebelum atau selepas terima minyak morhabshi'

Selain pernyataan syukur dan terima kasih atas khasiat minyak morhabshi, saya juga sering menerima penghargaan daripada pelanggan kerana menaruh kepercayaan kepada mereka. Hal ini kerana kami memberi kemudahan kepada pelanggan membuat bayaran selepas produk diterima dengan selamat.

Malah ada yang menunggu gaji pada hujung bulan sebelum membuat bayaran. Tak apa. Bagi kami, inilah perkhidmatan tambahan yang mampu kami sediakan untuk para pelanggan yang sentiasa menyokong kami.

Semalam saya menerima kiriman wang daripada seorang pelanggan di Singapura. Beliau turut menitipkan catatan terima kasih kerana meletakkan kepercayaan setiap kali berurusniaga. Sebenarnya beliau adalah pelanggan tetap minyak morhabshi. Sejak awal lagi saya tidak mensyaratkan agar pembayaran mesti dijelaskan sebelum penghantaran produk. Itulah yang membuatkan beliau rasa terharu.

Kenapa saya begitu yakin setiap pelanggan akan melunaskan bayaran?

Pertama, produk yang kami keluarkan adalah bagi menyembuhkan penyakit. 99% pelanggan adalah orang Islam manakala selebihnya tetap percaya konsep ketuhanan yang percaya kuasa Tuhan dalam menyembuhkan penyakit. Ertinya, sebarang jenis ubat tidak mampu menyembuhkan penyakit tanpa keredhaan dan izin Tuhan.

Atas faktor itulah saya yakin semua pelanggan akan melunaskan bayaran. Namun bagi usahawan yang ingin membeli dengan kuantiti yang banyak, deposit 50% daripada jumlah hendaklah dijelaskan terlebih dahulu sebelum penghantaran.

Kedua, sebelum kami mempercayai anda sebenarnya anda sudah terlebih dahulu mempercayai kami. Jika tidak masakan anda sedia menggunakan produk kami sedangkan belum pernah bersua muka?

Justeru jika anda mempercayai kami kenapa kami tidak boleh mempercayai anda?

Faktor ketiga ialah kerana kami yakin kemujaraban dan keberkesanan minyak Morhabshi. Hal ini berdasarkan kadar jualan ulangan yang amat tinggi sejak dikeluarkan lebih 50 tahun. (lihat testimoni). Kebanyakan pembeli minyak morhabshi akhirnya menjadi pelanggan tetap. Para pembeli akan membuat bayaran sebab mereka akan membeli lagi.

Kami percaya pelanggan akan berpuas hati dan tidak ada sebab untuk mereka mungkir janji.

Apapun, kami mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan anda semua. Sejak jualan melalui internet kira-kira 10 tahun yang lalu kami amat menyedari bahawa sikap saling mempercayai adalah aset terpenting perniagaan ini.

Semoga dengan pengumuman kerajaan bagi meningkatkan keupayaan jalur lebar beberapa hari lagi akan meningkatkan bilangan pengguna minyak morhabshi khususnya dan merancakkan perniagaan berasaskan herba tradisional yang agak lembab di pasaran luar sebelum ini.

Terima kasih daun keladi.

Sunday, March 14, 2010

Petua menghilangkan bius


Pada suatu malam saya merasa kurang selesa dalam mulut. Rupa-rupanya gigi kacip saya mula sakit. Gigi tu terasa longgar dan sakit apabila tersentuh.

Saya mengambil secebis tisu. Tisu itu saya celupkan ke dalam minyak morhabshi dan saya lekapkan pada gusi dan gigi yang sedang sakit. Oleh kerana saya tidak pasti gigi mana yang bebar-benar sakit (sakit itu dah merebak ke gigi lain), maka penuhlah mulut saya dengan tisu-tisu yang dicelup minyak morhabshi.

Maka dapatlah saya tidur dengan agak selesa tanpa rasa sakit yang keterlaluan.

Pagi-pagi esoknya, walaupun tidak begitu sakit saya mengambil keputusan untuk ke klinik bagi memeriksa adakah gigi kacip saya sudah longgar. Saya juga ingin kepastian gigi mana yang sakit sebenarnya.

Doktor yang memeriksa mengesahkan gigi kaciplah yang bermasalah dan mencadangkan supaya dicabut. Namun saya enggan kerana ingin merawat sendiri menggunakan minyak morhabshi. Tapi alasan tersebut tidak saya maklumkan kepada doktor itu.

Saya memberitahu doktor bahawa saya tidak mahu menjadi rongak. Maka doktor itu mencadangkan saya menjalani rawatan akar. Saya bersetuju dengan harapan saya dibenarkan pulang dan lari daripada proses pembedahan.

Namun saya diarah menjalani x-ray. Selepas x-ray saya diperiksa sekali lagi. Di luar rancangan saya, doktor tersebut bukan sekadar memeriksa sebaliknya sudah bersedia melakukan rawatan akar terhadap saya.

Mahu tidak mahu terpaksalah saya merelakan pembedahan kecil itu dilakukan.

Apabila selesai, saya dibenarkan pulang. Saya mengambil kesempatan untuk menyelesaikan beberapa urusan perniagaan. Selepas beberapa jam, kesan bius masih kuat malah saya rasa seolah semakin teruk. Terasa seluruh muka menjadi kebas dan tebal.

Akhirnya saya pulang ke rumah dan meminta isteri saya menyediakan segelas nescafe pekat. Tujuan saya ialah untuk menghilangkan kesan bius tersebut. Usaha saya berjaya kerana dalam masa 1-2 minit sahaja rasa kebas mula hilang, namun masalah baru pula muncul.

Ya. Rasa sakit pada gigi datang kembali malah lebih teruk. Semakin lama semakin sakit. Mahu tidak mahu saya terpaksa ke klinik semula. Doktor tadi memberitahu saya bahawa sakit tersebut adalah normal akibat kesan pembedahan dan akan hilang beransur-ansur. Beliau membekalkan saya ubat penahan sakit.

Isteri saya mengingatkan saya bahawa pengambilan ubat penahan sakit sebaiknya dielakkan kecuali terpaksa. Pengalaman beliau bekerja di klinik menyedarkannya tentang kesan negatif ubat penahan sakit.

Maka sekali lagi saya mengambil minyak morhabshi, mencelupkannya dengan kapas dan meletakkan pada gusi dan gigi yang sedang sakit.

Alhamdulillah, usaha itu berjaya. Maka ubat penahan sakit yang dibekalkan doktor tersimpan begitu sahaja di dalam laci. Pagi esoknya saya bangun tidur dan mendapati tiada lagi sebarang kesakitan pada mana-mana gigi.

Sekali lagi minyak morhabshi menyembuhkan sakit gigi yang saya hidapi. Justeru saya mencadangkan agar setiap rumah mempunyai 1-2 botol minyak morhabshi untuk digunakan di waktu kecemasan, terutama di tengah malam.

Hampir saya terlupa, beberapa tahun dahulu saya pernah melakukan rawatan akar. Namun rawatan tersebut disahkan tidak sempurna oleh seorang doktor. Doktor tersebut menunjukkan bukti x-ray yang menunjukkan rawatan pertama telah gagal dan menyuruh say menemui semula doktor yang melakukan pembedahan untuk rawatan susulan.

Selepas beberapa kali menjalani rawatan, saya masih belum sembuh sepenuhnya. 2-3 bulan sekali gigi tersebut diserang kesakitan. Pada suatu malam, gigi tersebut tiba-tiba terasa sakit. Kali ini agak kuat sakitnya. Saya mengambil tisu, mencelupnya pada minyak morhabshi dan melekapkan pada lubang gigi dan gusi. Alhamdulillah, dalam masa beberapa minit sakit itu terus hilang sehingga sekarang, yakni sudah lebih lima tahun.

Berbalik pada petua menghilangkan bius tadi, ada beberapa kes wanita yang bersalin melalui pembedahan mengalami sakit belakang akibat kesan bius. Bagi menghilangkan kesakitan akibat bius tersebut, buatkan segelas nescaffe pekat sebagaimana yang saya lakukan tadi. Insya Allah kesan bius itu akan hilang dalam masa yang singkat. Namun pastikan sakit akibat pembedahan telah benar-benar hilang. Jika tidak, anda akan menerima nasib seperti saya tadi.

Wallahu'alam.



foto hiasan:
propofol lg jpg
512 x 384 | 71k sharizals.com

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

VVIP

Minyak Morhabshi kami diadun dengan lebih daripada 30 jenis herba tradisional tempatan.

TIADA SEBARANG DADAH, RACUN, ATAU BAHAN KIMIA

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.

Popular Posts

Pengkalan Blog Morhabshi