Pengumuman penting

Membuat pesanan/pembelian (SMS ke 0194401944)

Ya, 01944-01944. Amat mudah.

sila guna no Akaun:
cimb 0408-0009 1360 58 (MORHABSHI)
ATAU;
Maybank 1540 5329 0898 (Noor Azman Aminudin)


SMS kepada 01944-01944

Itu sahaja. Terima kasih.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi terus saya di 0194402211.

Minyak Morhabshi adalah produk berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan (KKM: NOT110703273K).
MORHABSHI adalah jenama berdaftar (trademark) dan dipermilik di bawah
Syarikat MORHABSHI (REG. MA0154229-W)

Pejabat urusan morhabshi
16B-1, JALAN PERMATA 14, TAMAN HARTA PERTAMA, BUKIT BARU SYESYEN 2, 75150 MELAKA, MALAYSIA

Kongsi pengalaman anda atau pelanggan yang menggunakan minyak morhabshi

Monday, November 30, 2009

Ramuan Ubat Qakan



Setelah 2-3 hari ini sibuk dengan kapsul power, hari ini kita kembali menyusuri kitab attabib walhikmah bagi melihat petua dan ramuan seterusnya. Memang saya teruja dengan kapsul tersebut. Bukan hanya kerana hebatnya dalm hubungan suami isteri malah ia amat membantu mengawal tekanan darah tinggi saya dengan berkesan.

Kali ini saya menemui 'Ubat Qakan'. Puas dicari dalam internet maksud Qakan, namun tak jumpa juga. Apapun, mari kita salin dulu ramuan berikut. Saya percaya ia suatu ramuan yang penting dan perlu kita simpan. Cuba-cuba tanyakan pada orang tua-tua mungkin ada yang mengetahuinya.

Kulit Kerupin Besi 1 jemput
Daun Teja Lawang 1 helai
Akar Kesinai 1 jemput
Larak Salah 1 jemput
Teras Sudu 1 jemput
Akar Buluh Duri 1 jemput
Daun Tongkat Ali 20 helai
Daun Asam Jawa 20 helai
Teras Keluat 1 Jemput
Kunyit Tebu 1 jemput

Rebus semuanya dan mandi airnya

Maaf kerana tidak sempat membuat penyelidikan lanjut mengenai bahan yang digunakan di atas. Namun sebahagian daripadanya pernah saya bincangkan dalam artikal-artikal sebelum ini. anda boleh cari dalam kekotak carian yang saya sediakan dalam blog ini.

Sumber:
Kitab Altabib Walhikmah susunan almarhum Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas pengeluaran Minyak Morhabshi.

Nota:
Istilah dan nama herba yang digunakan kebanyakannya menggunakan loghat Kedah.

Minyak Morhabshi dirumus khas bagi mengatasi masalah 'angin' termasuk lenguh-lenguh dan kembung perut. Amat sesuai untuk kegunaan keluarga.

foto hiasan:
mandi lulur2 jpg
balivillas.com

Sunday, November 29, 2009

Memang puas hati



Apa lagi nak dikata? Kapsul kedua telahpun diuji, ternyata amat memberangsangkan. Pendekata; HEBAT!

Seringkali apabila berdepan dengan ubat seperti ini, ramai yang akan berlagak hero dengan mendakwa tidak memerlukannya dan sudah cukup dengan prestasi sekarang.

Tahniah, saya percaya anda memang sediajadi seorang lelaki hebat. Sebenarnya itulah juga yang saya rasakan sebelum ini. Namun apabila saya mencuba Mas Cotek, Misai Kucing, atau Tongkat Ali; saya rasakan betapa kehebatan bukanlah sesuatu yang statik. Kehebatan juga mempunyai tahap-tahap yang mungkin tiada hadnya.

Jika anda menganggapnya sebagai kepuasan, terpulanglah. Saya lebih suka menerimanya sebagai pelengkap kebahagiaan.

Justeru apabila saya ingin mencuba kapsul 'power' ini saya tidak dapat menjangkakan besar manakah perbezaannya dengan prestasi sebelum ini yang rasanya sudah cukup 'power'. Cuma saya mengharapkan kapsul ini mampu meningkatkan tahap kesihatan saya (darah tinggi) semakin baik. Ternyata niat saya itu dimakbul Allah SWT. Bukan sahaja saya merasa semakin sihat malah alat pengukur tekanan darah saya mengesahkannya.

Sebagaimana lazimnya manusia, saya juga berasa ingin berkongsi dengan anda kehebatan ini.

Oh ya, saya sedang menceritakan khasiat Kapsul Power. Cuma RM60 bagi 11 biji. Pos percuma. Atau, pilih sendiri pakej yang anda kehendaki di ruang sebelah kanan blog ini. Sudah ramai yang mencuba dan mereka memesannya berulangkali!

Untuk penghidap tekanan darah tinggi, saya dan beberapa orang pengguna telah menggunakan kapsul ini dan ternyata kapsul ini merawat tekanan darah kami dengan amat baik. Bacaan tekanan darah saya sekarang: Bacaan Atas: 120-135 manakala bacaan bawah 70-80. Berbanding sebelum ini: 140-200 manakala bacaan bawah 98-110.


Foto:
romantic vacation 6 jpg
best-romantic-getaway.comRomantic 700 jpg
medievalwalltapestry.com

Petua mengubat Pasang Surut (buah zakar)




Pasang surut tidak sahaja dihidapi sejak kanak-kanak malah sering juga datang secara tiba-tiba setelah dewasa. Berikut adalah ramuan yang diperolehi dalam kitab Attabib walhikmah. Nampaknya herba yang digunakan agak mudah.

Akar Letup Kelambu 1 jemput
Akar Pepulut 1 jemput
Akar Serai 1 jemput

Sumber:
Kitab Altabib Walhikmah susunan almarhum Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas pengeluaran Minyak Morhabshi.

Nota:
Istilah dan nama herba yang digunakan kebanyakannya menggunakan loghat Kedah.

Minyak Morhabshi dirumus khas bagi mengatasi masalah 'angin' termasuk lenguh-lenguh dan kembung perut. Boleh dicuba untuk penyakit Pasang Surut ini.

Untuk meningkatkan hubungan kelamin pula saya mempunyai kapsul herba khusus untuk lelaki. Sebenarnya ia telah lama di pasaran namun pihak kami baru memasarkannya melalui blog ini. Klik sini


Foto Pepulut:
pepulut zul87_ca flickr.com

Friday, November 27, 2009

Petua & ramuan mengatasi resdung



Resdung adalah penyakit yang berlarut-larut. Seorang pengamal perubatan menulis tentang resdung seperti berikut:

"Resdung ialah merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit.Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka.Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.Simptom resdung ialah seperti sakit kepala, gatal-gatal, rambut gugur, hidung berair, bersin selalu, mulut berbau busuk,mata gatal-gatal,penglihatan kabur,telinga gatal,seluruh muka gatal,jerawat biasa atau batu,muka berbintik hitam,kahak banyak di kerongkong,gatal pada badan tertentu serta hidung berdarah." lihat sumber

Berikut adalah ramuan yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah bagi merawat resdung. Jika ia berkesan, bolehlah anda keluarkan secara besar-besaran untuk manafaat orang ramai sambil memperolehi untung.

Ubi gadung 4 tahil
Jintan Hitam 1 tahil
Buah Pelaga 1 tahil
Mengkunyit 1 tahil
Manjakani 7 biji
Terung Pipit

Kesemuanya dibuat serbuk atau tanak.

Sumber:
Kitab Altabib Walhikmah susunan almarhum Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas pengeluaran Minyak Morhabshi.

Nota:
Istilah dan nama herba yang digunakan kebanyakannya menggunakan loghat Kedah.

Minyak Morhabshi dirumus khas bagi mengatasi masalah 'angin' termasuk lenguh-lenguh dan kembung perut.
http://www.morhabshi.com

Dapatkan produk super power khas untuk lelaki. Klik sini.



foto hiasan:
resdung 5a jpg biovco.com
sinus2a jpg biovco.com

memang 'power' (100% herba)



Sebagaimana diuar-uarkan semalam, kapsul tersebut telahpun saya telan. Prestasinya? Tak perlulah diceritakan sebab memang itu pun tujuan kapsul itu dikeluarkan. Saya nak kongsikan di sini khasiatnya yang lain.

Sebenarnya agak cuak juga nak memasukkan ke dalam mulut dan melepaskannya melalui kerongkong. Bukan apa, sejak beberapa minggu ini tekanan darah saya melebihi 100 (pada bacaan bawah!). Walaupun saya mengambil ubat klinik namun ia tidak banyak berubah. Jadi saya bimbang kapsul ini akan menambah buruk lagi keadaan.

Maka saya meninjau semula sejarah pengambilan herba saya. Nampaknya pengambilan Mas Cotek, Misai Kucing, Habbatus Sauda', Madu Lebah dsbnya selama ini bukan sahaja tidak memudaratkan malah banyak membantu mengawal tekanan darah saya. Maka saya bulatkan tekad untuk menelan kapsul ini.

Kira-kira 30 minit kemudian, saya memeriksa tekanan darah dan alangkah bersyukurnya saya kerana bacaannya sudah turun di bawah paras 100. Alhamdulillah.

Cuma harganya agak mahal iaitu sebiji kapsul berharga RM10. pheh... Namun prestasinya, 'pheh...' juga. Mujur orang rumah tak tanya... Syyy...

Jika berminat mencuba, SMS nama dan alamat anda terus pada saya 019 440 2211. Saya akan pos terus kepada anda menggunakan PosLaju atau PosExpress.

1 biji: RM10
2 biji: RM20
3 biji: RM27
4 biji: RM34
5 biji: RM40
6 biji: RM45
8 biji: RM50
11 biji: RM60

Hmm, masih lagi mahal? Atau anda ingin mencuba terlebih dulu? Ini tawaran saya: jika anda memesan Minyak Morhabshi Pakej D (8 botol) ke atas maka saya akan jual pada harga RM5 sahaja bagi sebiji kapsul kepada anda. Namun tawaran ini hanya untuk sekali sahaja bagi setiap orang dan maksimum DUA biji sahaja.

SMS sekarang. Belum coba belum tau, dah coba baru tau..!

100% campuran herba tempatan.


foto sekadar hiasan:
t cartoon sex jpg koshe-art.com
3820949982 2304c318cf jpg Θ ootter flickr.com

Thursday, November 26, 2009

Khas untuk lelaki sahaja


Nampaknya sesuatu yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Perbincangan antara saya dan seorang teman bulan lalu telah menjadi kenyataan.

Ceritanya begini:

Dalam satu pertemuan, teman saya itu memberitahu tentang kapsul herba yang cukup hebat yang dikeluarkan oleh seorang ahli keluarganya. Walaupun sudah lama dijual secara kecil-kecilan dan dipromosi dari mulut ke mulut, nasibnya hampir sama seperti minyak Morhabshi iaitu belum mendapat kelulusan kementerian kesihatan.

Cuma minyak Morhabshi tidak menghadapi masalah kerana dikategorikan sebagai ramuan yang dibuat secara tradisional untuk sapuan luar sahaja. Dengan kata lain minyak Morhabshi dikategorikan sebagai minyak angin tradisional yang sudah digunakan oleh masyarakat Melayu zaman berzaman.

Sebaliknya 'ubat kuat' itu perlu ditelan!

Maka teman saya memberitahu bahawa pihak pengeluar sudah membuat permohonan dan sedang menunggu surat rasmi kementerian sebelum dijual secara terbuka.

Saya tahu juga sedikit sebanyak tentang proses permohonan tersebut dan ia boleh mencecah sehingga 2 tahun sebelum diluluskan. Maka saya mengesyorkan pada teman itu agar meminta kebenaran pada saudaranya agar membenarkan saya mempromosi kapsul tersebut melalui internet sementara menunggu kelulusan rasmi.

Kini kapsul tersebut sudah ada di tangan saya. Malam ini saya akan cuba!

foto hiasan sahaja:
671414527392603...an jpg collegerecruiter.com

Wednesday, November 25, 2009

Ramuan ubat Kahar Haji Aman



Foto pokok dan pucuk Tongkat Ali

Petua hari ini tiada kaitan dengan raya haji walaupun esok kita akan menyambut hari raya aidil adha atau lebih dikenali sebagai raya haji. Namun saya menemui satu ramuan yang agak aneh namanya iaitu Ubat Kahar Haji Aman. Apa itu 'kahar'? Adakah nama orang atau nama penyakit?

Saya punggah kamus Dewan dan mendapati ada 3 makna 'kahar'.
1) IB sejenis kereta.
2) Ar. kuasa
3) Kd kasar serta lasak.

Di Kedah, kahar disebut 'kahaq' manakala di Melaka menjadi 'kahau'. Adakah maknanya sama? Saya rasa sama. Perlu diingat bahawa almarhum tokwan kami ini orang Kedah jadi saya fikir maksud 'kahar' tersebut ialah maksud 'kahar' yang ke-3. Namun itu cuma andaian. Boleh jadi juga 'Kahar' tersebut ialah nama orang.

Bahan-bahannya:

Bawang merah angin 3 ulas
Tongkat Ali 1 genggam
Kunyit biasa 1 ketul
Telur ayam 1 biji
Madu lebah 1 camca besar
Halia Bara 1 jemput

Ditanak, diminum airnya.

Saya tidak sempat memasukkan nama-nama saintifik herba-herba di atas kali ini. Namun anda boleh gelintir blog ini dan menemui foto serta rujukan yang banyak di sini.

Sumber:
Kitab Altabib Walhikmah susunan almarhum Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas pengeluaran Minyak Morhabshi.

Nota:
Istilah dan nama herba yang digunakan kebanyakannya menggunakan loghat Kedah.

Minyak Morhabshi dirumus khas bagi mengatasi masalah 'angin' termasuk lenguh-lenguh dan kembung perut serta banyak lagi khasiatnya.

foto:
Tongkat Ali 2 jpg zorgia.net
Tongkat jpg mardi.my

Tuesday, November 24, 2009

Angin, sakit urat, atau terseliuh?



Entah di mana silapnya, kelmarin isteri saya mengejutkan saya di tengah malam dan mengadu sakit badan yang amat sangat. Memang saya panik kerana beliau sedang hamil 4 bulan. Petang tadi dia sudah mengadu sakit sedikit pada bahagian rusuk dan belakang badan. Tak sangka jadi seteruk ini.

Tidak banyak yang boleh saya lakukan. Saya mengambil minyak morhabshi dan menggosoknya sikit-sikit. Tak berani sapu banyak-banyak sebab dia hamil. Akhirnya isteri saya tertidur sambil duduk kerana terlalu letih. Dia tak boleh berbaring!

Sakitnya tidak berkurangpun!

Esoknya (semalam) kami ke klinik bidan untuk pemeriksaan biasa bagi wanita hamil. Oleh kerana isteri saya tidak mahu mengadukan kesakitannya pada doktor kerajaan (takut ditahan wad dsb...) maka kami ke klinik swasta yang sering menjadi rujukan kami jika sakit.

Menurut doktor wanita di klinik itu, kesakitan tersebut berlaku kerana pergerakan yang kurang cermat dan melibatkan tulang di bahagian kirinya. Doktor itu mengakui pernah mengalaminya dan juga menemui ramai pesakit seperti itu. Ia boleh melarat hingga 2 atau 3 minggu.

Alamak, 2-3 minggu? Hujung minggu ni raya korban. Kemudian kursus di PD. Selepas tu nak balik kampung pula. Sementara tu, dah janji nak bawa anak-anak berjalan sebagai hadiah dapat nombor satu pada peperiksaan akhir tahun.

Malam esoknya sakit isteri masih tidak juga berkurang. Kebetulan kakaknya menalipon dan dia menceritakan masalahnya. Menurut kakaknya, suaminya juga mengalami sakit yang hampir sama minggu lepas. Puncanya, terlalu banyak menanda kertas peperiksaan.

Apa ubatnya?

Kakak isteri saya (kakak ipar saya) itu memberitahu bahawa dia menyapu minyak Morhabshi dengan banyak dan kerap ke bahagian yang sakit. Dalam tempoh 1-2 hari, sakit itupun sembuh.

Mendengar itu isteri saya segera menyuruh saya melakukan tindakan yang sama. Saya mengingatkan beliau bahawa beliau sedang hamil. Walaupun minyak Morhabshi bukan minyak panas namun ia terdiri daripada lebih 30 herba yang pasti mendatangkan haba juga.

Isteri saya menjelaskan bahawa sakitnya bukan pada perut dan akhirnya saya pun menyapu dengan agak banyak. Saya sedar, pada malam itu isteri saya beberapa kali bangun dan menyapu sendiri minyak Morhabshi pada bahagian yang sakit.

Keesokan paginya (pagi tadi), isteri saya bangun dan memberitahu sakitnya sudah berkurangan. Selepas mandi beliau meminta saya menyapukan lagi minyak Morhabshi ke tempat yang sakit. Rasanya untuk sehari semalam ini sahaja sudah hampir habis sebotol minyak Morhabshi itu digunakan.

Alhamdulillah, tengahari tadi isteri saya hampir pulih sepenuhnya. Beliau dengan gembira (campur bangga) memperagakan beberapa aksi yang menunjukkan beliau sudah sembuh.

Alhamdulillah. Saya teringat pada kes Cikgu Mala yang mengalami stroke dan sembuh dengan minyak ini.

Kadang-kandang benda yang dah ada pada kita pun terpaksa orang lain yang memperingatkan.

Peringatan:
Bagi wanita hamil elakkan menyapu minyak morhabshi pada perut.


foto sekadar hiasan
ma adam sakit perut zzzzz
Afif Rais flickr.com

Sunday, November 22, 2009

Khasiat Mutiara untuk mati pucuk



Tahukah anda bahawa mutiara bukan sahaja digunakan sebagai perhiasan malah mempunyai khasiat tertentu bagi menyembuhkan penyakit. Salah satu daripadanya ialah mati pucuk! Berikut adalah penyakit-penyakit yang boleh diubati menggunakan serbuk mutiara:

1) Gatal-gatal badan
2) Kurap
3) Mati pucuk
4) Karang
5) Lembik kaki tangan
6) Batuk kering

*caranya ialah ditumbuk mutiara sehingga halus-halus dan diminum.

Sumber:
Kitab Altabib Walhikmah susunan almarhum Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas pengeluaran Minyak Morhabshi.

Nota:
Istilah dan nama herba yang digunakan kebanyakannya menggunakan loghat Kedah.

Untuk mendapatkan versi lengkap atau mendapatkan ramuan yang telah siap, klik sini

Sebahagian dari khasiat tersebut juga boleh didapati pada Minyak Morhabshi.

Minyak Morhabshi dirumus khas bagi mengatasi masalah 'angin' termasuk lenguh-lenguh dan kembung perut.

Jika anda tempah Minyak Morhabshi sekarang, kami akan hantar terus ke rumah anda menggunakan Pos Laju tanpa kos tambahan. (lihat pakej tawaran kami dalam blog ini).

Foto:
gelang mutiara anak jpg menjadicantik.com


Dapatkan kapsul super power untuk lelaki. 100% herba. Maklumat lanjut klik sini

Saturday, November 21, 2009

petua mengubat darah tinggi (Hypertension)



Kertas penyelidikan April 2007 yang dihasilkan pakar sains British mendakwa tekanan darah tinggi adalah berpunca daripada penyakit vaskular otak dan bukannya penyakit vaskular pada jantung sebagaimana yang ditanggapi selama ini. Protein yang terdapat pada otak yang dikenali sebagai JAM-1 didapati bertanggungjawab bagi memerangkap sel darah putih yang kemudian menyebabkan keradangan dan menghalang aliran darah. Seterusnya ia mendorong kepada kekurangan bekalan darah pada otak yang kemudian mengawal tekanan darah dalam badan.

Terdapat banyak petua bagi menurunkan darah tinggi selain ubat moden. Antaranya yang popular ialah herba Hempedu Bumi atau Akar Cerita (Andrographis paniculata). Selain itu sayuran seperti peria (Cucurbitaceae) dan daun muda pokok betik juga dikatakan mampu menurunkan darah tinggi. Ada satu ramuan yang saya temui menggunakan bahan-bahan yang agak berbeza daripada yang tadi:

Ramuannya

Ubi purun: 5 ketul
Daun saderi: 3 pokok
Tomato: 1 biji
Bawang merah: 3 ulas
Bawang besar: 1 ulas
Ki Bing Chi: 1 tahil

Rebus dan minum airnya.

Sayangnya saya tidak menemui maklumat berkenaan Ubi Purun dan Ki Bing Chi di internet. Mungkin ubi Purun boleh ditanyakan pada orang yang lebih tua manakala Ki Bing Chi boleh dicari di kedai perubatan Cina.

Agak malang kerana kita tidak mempunyai kedai ubat herba melayu sebagaimana orang Cina dan India. Mungkin kita boleh mulakan di internet. Saya optimis ia akan berjaya jika dimulakan.

Sementara itu, mari kita lihat khasiat daun Sederi yang banyak digunankan dalam perubatan tradisional Melayu. Saya kutip info di bawah ini daripada Wikipedia bahasa Melayu.

"Daun Saderi atau daun sup merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium. Daun ini dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae.

Daun saderi merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi. [1] Terdapat belbagai cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.

Selain itu, seleri juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia.Kandungan garam galian dalam seleri memulihkan sifat alkalin dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman.
"

Sebenarnya saya pernah aktif menulis di Wikipedia ini suatu ketika dulu. Namun akhirnya menarik diri kerana kesibukan. Seperkara yang saya rasa perlu dipulihkan ialah: Wikipedia dijadikan tempat menerapkan fahaman politik sehingga bahan-bahan berunsur tuduhan, fitnah dan pendapat peribadi dimasukkan ke dalamnya.

Sumber:
Kitab Altabib Walhikmah susunan almarhum Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas pengeluaran Minyak Morhabshi.

Nota:
Istilah dan nama herba yang digunakan kebanyakannya menggunakan loghat Kedah.

Minyak Morhabshi dirumus khas bagi mengatasi masalah 'angin' termasuk lenguh-lenguh dan kembung perut. Dapatkan di sini.


sumber:
Wikipedia BM

Friday, November 20, 2009

Petua/ramuan: ubat Cacing



Masalah cacing biasanya dihidapi oleh kanak-kanak. Orang Melayu dulu-dulu mempunyai banyai petua bagi membuang cacing yang menghuni usus kanak-kanak. Salah satu daripadanya adalah seperti berikut.

Halia kering (Zingiber Officinale): 1 jemput
Cekur kering (Kaempferia galangal): 1 jemput
Halba: 1 jemput
Lemuju (Plectranthus amboinicus): 1 jemput
Sena Maki: 1 tahil

Semuanya sama banyak benda-benda ini dijadikan serbuk dimakan tiap-tiap hari 1 camca kecil campur dengan air hingga cacing itu mati atau keluar.

Sumber:
Kitab Altabib Walhikmah susunan almarhum Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas pengeluaran Minyak Morhabshi.

Minyak Morhabshi dirumus khas bagi mengatasi masalah 'angin' termasuk lenguh-lenguh dan kembung perut dan amat sesuai untuk bayi kerana ia juga boleh menyelesaikan masalah gangguan makhluk halus dan sawan.

foto (sejenis Lemuju):
plectranthus amboinicus, Joe Mud flickr.com

Wednesday, November 18, 2009

Petua/ramuan mengubat Karang




Memang banyak kaedah pengubatan bagi menyembuh sakit batu karang. Di Melaka, saya dengar ada seorang pengamal perubatan tradisional menggunakan buah tembikai bagi memecahkan batu karang. Alhamdulillah, dengarnya mujarab.

Saya menyemak kitab Attabib Walhikmah dan menemui satu ramuan seperti berikut:

Akar Mengkuang 1 genggam,
gelenggang besar 1 genggam
sedikit tawas

direbus minum airnya.

Tawas? Baru-baru ini saya melihat beberapa orang pekerja di sekolah saya membersihkan longkang menggunakan tawas. Beberapa orang guru dengan wajah kehairanan memerhatikan perbuatan itu. Saya memberitahu mereka bahawa tawas juga dapat membersihkan pinggan mangkuk lama yang telah berkapuk (kekuningan).

"Betul ke? Tak bahaya ke?" tanya mereka?

Saya menerangkan pada mereka bahawa pada masa dulu, tawas dimasukkan ke dalam perigi bagi menjerihkan air dan membunuh kuman. Sehingga kini tawas masih digunakan dalam minuman kita sehari-hari. Cuma kita tidak sedar kerana ia dilakukan di logi air sedangkan kita hanya memulas kepala paip sahaja bagi menadah air.

Sementara itu, tawas juga boleh digunakan bagi menghilangkan bau badan. Caranya mudah sahaja. Dapatkan seketul tawas dan sapukan pada bahagian tertentu seperti ketiak setiap kali lepas mandi (dalam keadaan kering).

Nota:
Istilah dan nama herba yang digunakan kebanyakannya menggunakan loghat Kedah.

Minyak Morhabshi tidak dirumus untuk sakit batu karang namun ada seorang pesakit batu karang yang tidak boleh tidur selepas menjalani rawatan di hospital memberitahu saya bahawa kesakitan beliau berkurangan selepas disapukan minyak morhabshi.

Sumber:
Kitab Altabib Walhikmah susunan almarhum Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas pengeluaran Minyak Morhabshi.

Untuk mendapatkan versi lengkap kitab tersebut, klik sini

Minyak Morhabshi dirumus khas bagi mengatasi masalah 'angin' termasuk lenguh-lenguh dan kembung perut.
http://www.morhabshi.com

foto:
gelenggang flower visited by a...
Dato\' Prof. D... flickr.com

Monday, November 16, 2009

Petua Menambahkan Mani



Petua atau ramuan ini antara yang amat mudah diamalkan lantaran bahan-bahannya senang didapati. Kemujarabannya? Beberapa orang sahabat telah mencuba dan mengakui kehebatannya.

½ kati susu lembu (boleh dibeli di pasaraya atau di pusat pengumpulan susu Mardi)
3 genggam buah kismis (apa-apa kismispun boleh tetapi jangan yang terlalu besar).




Dimasak hingga menggelegak/mendidih. dimakan pagi-pagi lepas mandi selama tujuh hari atau lebih, dapat dirasa sendiri.

Melihat pada bahan dan kandungannya, anda pasti tidak perlu bersarapan lagi pada hari tersebut. (Jimat belanja dan dapat mengurangkan pengambilan nasi lemak atau roti canai yang berkolestrol tinggi itu).

Cuba, jangan tak cuba.

Sumber:
Kitab Altabib Walhikmah susunan almarhum Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas pengeluaran Minyak Morhabshi.

Nota:
Istilah dan nama herba yang digunakan kebanyakannya menggunakan loghat Kedah.

Minyak Morhabshi dirumus khas bagi mengatasi masalah 'angin' termasuk lenguh-lenguh dan kembung perut.

Minyak Morhabshi adalah minyah serbaguna.


foto:
loving lion KreaPhot flickr.com
hm2cow jpg navig1.sakura.ne.jp
raisins jpg tenagadalaman.wordpress.com


Dapatkan kapsul super power untuk lelaki. 100% herba. Maklumat lanjut klik sini

Sunday, November 15, 2009

Ramuan herba sakit kuning



Menyambut kelahiran bayi adalah sesuatu yang amat membahagiakan. Saya dan isteri juga sedang menanti kehadiran bayi ketiga kami tahun hadapan, insya-Allah. Semoga kami dikurniakan puteri pula setelah kedua-dua anak kami sebelum ini lelaki.

Salah satu penyakit yang biasa hinggap pada bayi ialah sakit kuning atau demam kuning. Berikut adalah ramuan yang saya temui dalam kitab karya datuk kami.

Akar Seruntun/patawali (Tinospora tuberculata Menispermaceae) 1 genggam
Gadung Putih (Dioscorea hispida) 1 genggam
Bawang Merah 7 ulas
Lada Hitam 7 biji
Garam 1 genggam

Bubuh dalam buluh sumbat ketat-ketat bakar macam Lemang.

Sumber:
Kitab Altabib Walhikmah susunan almarhum Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas pengeluaran Minyak Morhabshi.

Nota:
Istilah dan nama herba yang digunakan kebanyakannya menggunakan loghat Kedah.

Minyak Morhabshi amat baik untuk kegunaan bayi:
pusat bayi, kembung, sawan tangis, gangguan, alahan kulit, dan sebagainya.
(tidak termasuk Sakit Kuning).

Kami adalah pengeluar dan pengedar. Dapatkan di sini


Sedikit catatan mengenai Ubi Gadong:
Nama saintifik bagi ubi gadong ialah Dioscorea sp . Di Malaysia , terdapat sebanyak 19 spesies ubi gadong termasuk Dioscodrea hispida , Dioscorea piscatorum dan Dioscorea alata . Setiap spesies ini berbeza dari aspek fizikal dan kimia di antara satu dengan yang lain . Walau bagaimanapun , ubi ini juga dikenali dengan pelbagai nama lain seperti Ubi Nasi , Tuba Ubi , Ubi Cerok , Ubi Merah , Ubi Kendudok dan Ubi Kipas .

Daun pokok ubi gadong ini kelihatan seperti daun sirih . Pokok ubi gadong menjalar batangnya pula mempunyai banyak duri . Ubinya mempunyai saiz yang berbeza-beza , dan ada yang mencapai berat sehingga lima kilogram . Ubi Dioscorea hispida berwarna kemerahan dan ubi Dioscorea alata pula berwarna kuning kemerahan .

Kajian saintifik menunjukkan bahawa ubi ini mengandungi sejenis sebatian yang beracun , dioscorine iaitu sejenis alkaloid yang larut di dalam air . Walaupun beracun , tetapi masyarakat Melayu dan orang asli telah menjumpai cara untuk menghilangkan racunnya . Ubi gadong direndam air yang mengalir , kandungan dioscorine di dalamnya akan dilarutkan oleh air dan lama-kelamaan , ubi ini akan bebas daripada dioscorine .

Ubi gadong mempunyai nilai perubatan . Ubi gadong kaya dengan bahan yang disebut sebagai steroid . Steroid di dalam ubi ini terdapat dalam bentuk yang bergabung dengan gula , iaitu saponin . Steroid ialah sumber asli yang penting dalam penghasilan ubatan dan hormom . Saponin ini bersifat anti agregasi platlet iaitu saponin boleh menghalang pengetulan ( agregasi ) platlet di dalam darah . Secara tidak langsung , saponin dapat menghalang penyakit darah membeku dalam saluran trombosis .

Sumber Ubi Gadong di atas: http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/a72858.htm

Foto & naklumat tambahan:
http://www.worldisround.com/articles/214599/
patawali JPG melur.taurus.mschosting.com

th bayi jpg s295.photobucket.com

Saturday, November 14, 2009

Petua mewangikan tubuh badan


Selain menggunakan pewangi biasa yang dibeli di kedai, kita juga boleh mendapatkan wangian yang lebih 'original' menggunakan bahan-bahan yang dicatatkan oleh Ustaz Hj Abdul Hamid dalam kitab perubatannya.

Tajul asal yang diberi ialah 'Campuran Untuk Serbuk Wangi Badan'

Ramuannya:
Kulit Limau Purut (Citrus Hystrix) 3 biji
Jintan Manis (Origanum vulgare) 1 jemput
Cekur (Kaempferia galangal) 1 jemput
Jerangau (Acorus Calamus)1 jemput
Kayu Cendana (Santalum album L) 1 jemput
Jintan Hitam (Nigella Sativa) 1 jemput

Direbus dan diminum airnya.

Kenalkah anda bahan-bahannya?

Gambar di atas tadi ialah limau purut yang daunnya dibuat tomyam, manakala yang dibawah ini ialah Jerangau.


Apabila saya cari melalui enjin carian perkataan 'jintan manis', maka saya perolehi tumbuhan ini:

Namun tak perlulah anda risaukan kerana jintan manis banyak dijual di kedai-kedai runcit.

Ini pula pokok Cekur:


Saya jumpa foto pohon cendana (lihat foto di bawah ini), namun anda boleh beli kayunya di kedai. Jika di Pulau Pinang, pergi sahaja ke 'Little India'.


Jintan Hitam atau Habbatussauda' juga tidak sukar mencarinya... bukan di hutan tetapi di kedai. Ada beberapa hadis Rasulullah SAW yang menyarankan bijirin ini untuk perubatan dan kesihatan. Saya dapati minyak Habbatussauda' amat baik mengurangkan tekanan darah dan juga bagus untuk lelaki.


Sumber:
Kitab Altabib Walhikmah susunan almarhum Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas pengeluaran Minyak Morhabshi.

Nota:
Istilah dan nama herba yang digunakan kebanyakannya menggunakan loghat Kedah.

Untuk mendapatkan versi lengkap atau mendapatkan ramuan yang telah siap, klik sini

Minyak Morhabshi dirumus khas bagi mengatasi masalah 'angin' termasuk lenguh-lenguh dan kembung perut.

Foto:
jintan manis1 t...il jpg psittacula.wordpress.com
Cekur jpg mardi.my
http://id.wikipedia.org/wiki/Cendana

Friday, November 13, 2009

Demam Melanus?

Mengkudu


Sebenarnya saya sendiri pun tidak pernah mendengar nama penyakit ini. Demam, saya tahu. Melanus? Apa itu Melanus? Saya menaipkan perkataan 'melanus' pada enjin carian dan akhirnya menemui sebuah blog yang mencatatkan istilah itu.

Catatan pada blog tersebut; Melanus : Kehilangan tenaga dan tidak bermaya.

Terima kasih pada blogger Biso Bonar. Menarik blog tu.

Di sini saya perturunkan ramuannya.

Akar Halban 1 genggam
Akar Temusu 1 genggam (Fagraea fragrans)
Akar Cemumar Pokok Hitam 1 genggam (Micromelum pubescens)
Akar Tumpang Besi 1 genggam (Sedawai/Tampang Besi/Tembaga Suasa - Smilax calophylla)
Mengkudu Langsit 1 genggam (Morinda citrifolia)

Direbus dan minum airnya.

Namun saya tidak menemui foto 'temusu' sebaliknya 'tembusu' (Fagraea fragrans). Adakah kedua-duanya sama? Melihat pada foto di atas, terdapat dua jenis tembusu. Barangkali ada banyak lagi jenis temusu di luar sana.

Pokok Tembusu


Samakah tembusu ini dengan yang di atas?


Di sini saya tampal sedikit catatan daripada Wikipedia tentang Tampang Besi:

Smilax is a genus of about 300-350 species, found in temperate zones, tropics and subtropics worldwide. In China for example about 80 are found (39 of which are endemic), while there are 20 in North America north of Mexico[1]. They are climbing flowering plants, many of which are woody and/or thorny, in the monocotyledon family Smilacaceae, native throughout the tropical and warm temperate regions of the world. Common names include catbriers, greenbriers, prickly-ivys and smilaxes. "Sarsaparilla" (also zarzaparrilla, sarsparilla) is a name used specifically for the Jamaican S. regelii as well as a catch-all term in particular for American species. Occasionally, the non-woody species such as the Smooth Herbaceous Greenbrier (S. herbacea) are separated as genus Nemexia; they are commonly known by the rather ambiguous name "carrion flowers".

Greenbriers get their scientific name from the Greek myth of Krokus and the nymph Smilax.[2] Though this myth has numerous forms, it always centers around the unfulfilled and tragic love of a mortal man who is turned into a flower, and a woodland nymph who is transformed into a brambly vine. (Compare the story of Barbara Allen and sweet William: They buried Barbara in the old church yard They buried Sweet William beside her Out of his grave grew a red, red rose And out of hers a briar)


Foto:
Tambusu jpg: malaysia.or.kr
Pokok Tembusu: http://en.wikipedia.org/wiki/Fagraea

Terima kasih Blog Biso Bonar

Petua untuk Kencing Manis



Memang banyak ubat untuk penyakit ini termasuk menggunakan herba. Dalam kitab attabib walhikmah juga terdapat beberapa ramuan dan di bawah ini adalah satu daripadanya. Selamat mencuba.

Akar Jering 1 genggam
Akar Petai 1 genggam
Akar Remungai 1 genggam

Ditanak Remungai dan diminum. Remungai juga boleh mengubati barah iaitu dibancuh dengan cuka dan ditampal pada barah tersebut.

Oh ya. Pernah lihat Remungai? Nama tersebut agak asing bagi saya. Namun saya temui dalam sebuah blog tentang renungai iaitu kari renungai. Adakah kacang yang panjang di dalam kari tersebut dipanggil renungai? Hmm, saya memang selalu temuinya di pasar malam di Pulau Pinang ketika menyiapkan ijazah pertama saya dulu.

Sumber:
Kitab Altabib Walhikmah susunan almarhum Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas pengeluaran Minyak Morhabshi.

Nota:
Istilah dan nama herba yang digunakan kebanyakannya menggunakan loghat Kedah.

Untuk mendapatkan versi lengkap atau mendapatkan ramuan yang telah siap, klik sini

Walaupun minyak morhabshi tidak dirumus bagi mengubati kencing manis namun ia amat baik bagi menyembuhkan luka akibat kencing manis, insya-Allah.

Foto:
http://myfoodilicious.blogspot.com/2009_02_01_archive.html

Thursday, November 12, 2009

Petua mudah mengubat Patah Tulang



Sebelum ini saya sudah masukkan ramuan untuk patah tulang. Kali ini saya masukkan ramuan yang lain pula bagi mengubati patah tulang. Kali ini ia cukup mudah dan bahannya boleh didapati di mana-mana sahaja.

Diambil telur ayam dan buang kuningnya, ambil putihnya sahaja. Diramas dengan tanah liat hingga sebati dan ditampal pada bahagian patah. Jika berasa sejuk menandakan ianya mujarab.

Nampaknya jika berlaku di kawasan perkhemahan di tengah hutan pun anda boleh mempraktikkannya. Biasanya telur memang dibawa ketika perkhemahan.

Sementara itu saya telah tampalkan nama-nama saintifik bagi herba tempatan dalam blog ini. Oleh itu mudahlah kita membuat rujukan dan maklumat tambahan dalam internet.

Sumber:
Kitab Altabib Walhikmah susunan almarhum Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas pengeluaran Minyak Morhabshi.

Nota:
Istilah dan nama herba yang digunakan kebanyakannya menggunakan loghat Kedah.

Untuk mendapatkan versi lengkap atau mendapatkan ramuan yang telah siap, klik sini

Meskipun minyak morhabshi tidak dirumus untuk mengubati patah, namun boleh disapu atau digunakan ketika mengurutnya. Minyak morhabshi biasanya mujarab untuk lenguh dan terseliuh.

Foto:
little egg much kiss the sun ... flickr.com

foot break at top Prodangle flickr.com

Wednesday, November 11, 2009

Petua untuk Basuh Suara





Ha! satu lagi petua unik dan pelik yang saya temui dalam kitab attabib walhikmah karangan Ustaz Haji Abdul Hamid. Anda pernah dengar istilah basuh suara? Saya memang tak pernah. Adakah ia bermaksud bagi menyedapkan suara? Untuk makluman semua pengunjung, almarhum semasa hayatnya adalah seorang qari dan guru taranum.

Oh ya, anak bongsu almarhum adalah penyanyi (kumpulan rock Melissa) yang terkenal dengan lagu 'Cinta Untuk Nabila'. Kumpulan tersebut terkenal sekitar 1990an. Namanya Radzi dan kini dikenali sebagai ustaz Radzi. Beliau aktif sebagai penceramah bebas berkenaan agama dan motivasi pelajar. Baru-baru ini beliau telah mengedarkan album terbaru beliau bertajuk 'Radzi- Penyesalan (nasyid kontemporari).

Mari kita lihat ramuannya:

Daun Jerun 7 helai (sida rhombifolia - lihat foto di atas)
Daun Jintan Hitam 7 helai (Nigella Sativa)
Daun Pegaga 7 helai (Centella asiatica)
Tebu Hitam - sepang ('sepang' ialah penjodoh bilangan. Anda tahu?)

Digiling lumat dicantum dalam kain dititik ke dalam hidung. Pemulihnya ialah Gula Batu.


Sumber:
Kitab Altabib Walhikmah susunan almarhum Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas pengeluaran Minyak Morhabshi.

Nota:
Istilah dan nama herba yang digunakan kebanyakannya menggunakan loghat Kedah.

Untuk mendapatkan versi lengkap atau mendapatkan ramuan yang telah siap, klik sini

Foto:
sida rhombifolia subsp mingiweng flickr.com
Sida rhombifoli...n jpg biotech.tipo.gov.tw

Monday, November 9, 2009

petua atasi kolestrol


Daun dan pohon saderi

Yang di atas ni timun biasa. Kalau boleh, dapatkan timun hijau seperti di bawah:


Wah! Banyaknya Peria Katak... bentuknya lonjong dan menggerutu. Rasanya? agak pahit tetapi sedap dibuat sayur. Baik untuk mengurangkan tekanan darah/darah tinggi.


Baru-baru ini seorang sahabat blogger dimaklumkan oleh doktor bahawa paras kolestrolnya meningkat. Saya pernah alami perkara ini beberapa tahun lalu. Isteri saya telah memperolehi ramuan petua di bawah daripada ibu saudaranya.

Ceritanya begini: Pada suatu ketika bapa saudara isteri saya telah dimasukkan ke hospital dan doktor yang merawatnya mendapati kandungan kolestrol terlalu tinggi lalu mencadangkan pembedahan segera (kira-kira 2 minggu selepas itu).

Seorang lelaki cina yang sama-sama bekerja dengan bapa saudara isteri saya itu telah memberikan petua ini dan beliaupun segera mencubanya. Walaupun pembedahan terpaksa dilakukan juga namun doktor yang merawat beliau mengakui bahawa kandungan kolestrol telah menyusut dengan ketara.

Ramuannya (ada 6 perkara):

Lobak merah (1 biji jika kecil, 1/2 jika besar);
Epal Hijau (1/2 biji);
Peria Katak (1 biji);
Timun Susu (1/2 biji: Timun Hijau atau apa-apa timun pun boleh);
Daun Saderi (2 pelepah/ranting. Maaf, saya tidak pasti penjodoh bilangan sebenar. Tak mungkin 2 helai daun saderi);
Madu Lebah (1 sudu).

Kisar (blend) kesemuanya bersama 3/4 gelas air (gunakan mug). Sila tapis terlebih dahulu sebelum diminum.

Amalkan 2 atau 3 hari, kemudian berhenti sehari sebelum disambung semula. Ertinya, jangan diamalkan selama 4 hari berturut-turut.

(Ramuan ini juga berupaya meningkatkan hubungan kelamin, Insya-Allah).

Sementara itu, amalkan juga minyak ikan yang boleh dibeli di mana-mana farmasi.

Sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Daun_Saderi
http://ms.wikipedia.org/wiki/Lobak_merah
name peria katak uses norisah flickr.com
mentimun atau timun EthnoFlora flickr.com
timun hijau hani-tihani flickr.com


Nota:
Alangkah bagusnya jika dapat ditanam tumbuh-tumbuhan di atas di rumah sendiri.

Saturday, November 7, 2009

Ramuan herba untuk Barah dan Kayap



Kayap dan barah, apa persamaan dan perbezaannya? Saya temui ramuan berikut dalam kitab Attabib walhikmah. Mungkin anda boleh usahakannya menjadi satu produk yang bagus. Siapa tahu tuah anda?

Akar Kemunting 1 genggam
Akar Temin 1 genggam
akar Mentajam 1 genggam
Akar Melur Akar 1 genggam
Akar Bunga Raya Putih 1 genggam

Rebus dan minum airnya atau asah pada batu dan sapu.

Sumber:
Kitab Altabib Walhikmah susunan Almarhum Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas pengeluaran Minyak Morhabshi.

Nota:
Istilah dan nama herba yang digunakan kebanyakannya menggunakan loghat Kedah.

Khasiat tersebut juga boleh didapati pada Minyak Morhabshi


foto:
harum si melur
silbiabigail flickr.com

Hantu




Saya 'no komen'...

Namun saya percaya adanya jin dan syaitan sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Quran. Saya juga percaya kedua-dua makhluk tersebut tarafnya lebih rendah daripada manusia. Justeru, apa nak ditakutkan? Allah SWT telah berikan manusia pelbagai kelebihan bagi berhadapan dengan apa sahaja musuh, termasuk jin dan syaitan. Terpulanglah untuk kita menggunakan kaedah mana asalkan tidak berbuat syirik kepada Allah SWT.


Foto-foto:
hostingphpbb.com
gambarfotohantu.com
http://4.bp.blogspot.com

Raya 2009


Sudah seminggu kita beraya. Alhamdulillah.

Jumaat yang lalu kami bergerak ke Sabak Bernam untuk berhari raya dengan keluarga saya. Sebetulnya kami keluar dari Melaka menjelang dinihari, yakni ketika tarikh sudah bertukar ke hari Sabtu. Ini semua gara-gara terpaksa bersesak=sesak di Mydin Melaka yang memang dibuka 24 jam. Bukan apapun, Cuma nak beli air botol untuk dibawa ke Selangor.

Tiba di Sg Besar, selepas subuh. Maka mata kami terus melilau mencari orang menjual daging. Dapatlah kami beli beberapa kilogram.

Saya rasa suasana raya di mana-mana pun hampir sama. Namun di Melaka ada sedikit istimewa. Selepas Isya’ (malam raya) lagi orang dewasa sudah membentuk kumpulan untuk bertakbir dari rumah ke rumah. Aktiviti ini berlarutan hingga ke subuh.

Sementara itu, sebelum sempat muazin melaungkan azan subuh kumpulan-kumpulan kanak-kanak sudah mula merayau dan singgah dari rumah ke rumah untuk beraya. Mereka akan masuk ke setiap rumah yang pintunya sedia dibuka dan bersalaman dengan tuan rumah. Mereka tidak akan menjamah sebarang juadah. Hmm... sudah tentu umpan mereka semata-mata duit raya.

Selepas solat subuh, keluarga seperti kami pula mula bergerak ke rumah-rumah ibu-bapa saudara yang tua sambil membawa anak-anak kecil.

Kedudukan rumah yang rapat-rapat di kebanyakan kampung di Melaka menyebabkan aktiviti ini masih terus berjalan.

Aktiviti selepas solat Aidil Fitri sama seperti tempat lain juga.

Di Sabak Bernam, suasananya biasa sahaja. Selepas solat, pulanhg ke rumah, berkumpul dan bersalaman serta saling bermaafan. Oleh kerana kami dikelilingi keluarga berketurunan Jawa, maka tempias adat mereka sedikit sebanyak terkena juga. Adat orang Jawa ketika bersalaman di pagi raya akan duduk mengadap sambil menyebut satu persatu perkara yang ingin dimohon ampun. Tetapi oleh kerana keluarga kami bukan Jawa maka kami tidaklah terlalu lama bersalaman.

Menjelang petang tiba-tiba terkenang teman-teman di Jengka Pahang. Sebenarnya sebelum ini keluarga kami memang menetap di Jengka. Kami berpindah ke Sabak Bernam ketika proses penanaman semula. Kebetulan nenek saya ketika itu tinggal seorang maka kami berhijrah ke kampung asal kami dan tinggal bersama beliau. Kinni beliau sudah meninggal dunia.

Maka saya mengambil keputusan untuk ke Jengka 8 pada hari raya kedua. Setelah membuat temujanji dengan beberapa orang teman yang kebetulan mendapat giliran beraya di Jengka, maka saya, isteri, dan anak-anakpun bertolak ke Pahang.

Mnjelang petang kami tiba di Jengka 8 dan terus ke rumah lama kami yang telah dibaiki semula oleh ayah saya baru-baru ini. Dengan adanya rumah itu dapatlah kami berteduh apabila kami ke sana.

Agak lama tidak ke Jengka. Ternyata Jengka 8 sudah jauh berubah. Lebih tepat lagi, semakin indah.

Malamnya kami menggunakan seluruh kesempatan yang ada untuk bertemu dengan teman-teman lama. Untuk memenuhi undangan semua teman sudah tentu tidak praktikal. Maka kami berkumpul di rumah tertentu sambil berbual mengungkit kisah lama.

Kami mengambil keputusan untuk bertolaak ke Melaka malam itu juga ke rana program di Melaka sudah sedia menanti pada hari raya ke3.

Terasa berat untuk meninggalkan Jengka 8.

Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain.

Selamat hari raya kepada anda semua terutama para pengguna minyak herba morhabshi dan tentunya tidak lupa kepada teman-teman sepermainan di Jengka 8.

Terima kasih kerana berkongsi zaman remaja kalian bersama aku.

foto
kad raya 17 jpg myart.wanwma.com

Tahukah anda?



1. Multilevel Marketing atau MLM diperkenalkan oleh Dr Karl Ramburg dari Amerika Syarikat pada tahun 1945.

2. Perniagaan MLM kini menjana pendapatan melebihi USD100 bilion.

3. Statistik menunjukkan tidak kurang 40 juta rakyat di seluruh dunia terlibat dalam perniagaan MLM.

4. Daripada 100 syarikat gergasi di US, 37% menjalankan perniagaan menggunakan sistem MLM.

5. Penulis buku Mega Trend 2000, John Naitsbitt menyatakan 3 perniagaan paling berkuasa ialah telekomunikasi, komputer, dan produk kesihatan berasakan MLM.

6. 35% daripada jutawan di Malaysia datangnya daripada perniagaan MLM.

7. Robert T. Kiyosaki mengatakan perniagaan MLM adalah bidang terbaik untuk dijalankan secara part time meskipun anda sudah memiliki perniagaan konvensional.

8. Empat jenis perniagaan:
- modal kecil untung kecil: peniaga pasar malam
- modal besar untung besar: import eksport
- modal besar untung kecil: stesyen petrol
- modal kecil untung besar: Multilevel Marketing (MLM)

(sumber: Menjadi Jutawan MLM, Mohd Rozani Pawan Chek, PTS, 2006)
foto: money jpg
hk.myblog.yahoo.com

Jutawan Internet


Jangan tidak percaya dan jangan terus percaya jika anda menemui tajuk sebagaimana di atas.

Secara asasnya media internet adalah medan perkongsian maklumat. Jika boleh ditambah sedikit lagi, maklumat percuma.

Sementara itu, sudah menjadi resmi peniaga, mereka akan mencari peluang untuk meletakkan barang jualan mereka di mana sahaja terdapat orang ramai berlegar.

Tidak dapat letak barang sebenar, letak iklan pun, jadi lah.

Bermula penghujung 1990an internet menjadi begitu popular di negara kita dan di seluruh dunia. hari ini sesiapa sahaja boleh mengakses internet hampir di mana sahaja dan tidak lagi terbatas pada komputer peribadi sahaja.

Malah, artikel yang anda sedang baca ini dihasilkan di tapak tangan saya, di dalam kereta sambil menunggu isteri membeli-belah!

Setakat ini barangkali kami perlu bertanya anda di manakah kedudukan anda di persada internet? Maksud kami, adakah anda seorang pembaca, pembeli, pengedar, atau seorang pengeluar?

Salam hormat daripada kami. Jumpa lagi.


....................

foto: money cartoon jpg
wilsonhall.com

TQ.

miliki premis perniagaan sendiri


Melihatkan communicator yang sudah terlalu uzur maka isteri mencadangkan saya menukarnya dengan yang baru. Nama sahaja tukar, padahal sebenarnya saya perlu tambah 90% lagi untuk mendapatkan N97 yang serba canggih ini.

Namun, entahkan jejari yang masih belum begitu biasa dengan gadget baru atau memang alat lama tersebut memang cukup bagus, bagi saya communicator 9500 memang tiada tandingannya dalam menguruskan tugasan dalam perjalanan.

Maka tanpa dirancang kamipun memasuki plaza di tengah bandaraya bersejarah ini bagi meninjau-ninjau gadjet komunikasi yang sesuai. Plaza yang dulunya terkenal sebagai pusat membeli belah kini suram dengan pengunjungnya kebanyakan pendatang Indonesia.

Biarpun tidak semeriah dulu kerana station bas sudah berpindah dan pasaraya juga ditutup, plaza ini masih menjadi pilihan utama jika ingin membeli gadjet komunikasi. Malah sebuah plaza baru yang dibina khas untuk tujuan ini juga tewas dalam persaingan merebut pelanggan.

Apabila saya memegang set N97 ini, barulah saya sedar bahawa ia bukanlah set yang sebenar sebaliknya hanya model sahaja.

“Mana boleh simpan yang real punya bos.” Kata pemilik kedai berbangsa cina yang saya sudah kenal lama. “Sebiji sudah harga berapa ribu...” tambahnya lagi.

Di dalam plaza tersebut saya rasa terdapat tidak kurang 30 buah kedai yang menjual handphone. Saya suka merayau-rayau dari sebuah kedai ke sebuah kedai sekadar melihat-lihat gadjet terbaru. Tambahan pula plaza ini berdekatan kampus UTEM tempat saya belajar master (MBA) dahulu. Saya dapati setiap kedai menjual handphone terpakai di samping mempamerkan model-model handphone terbaru.

Bukan tidak ada langsung set sebenar yang dipamerkan, tetapi amat terhad. Bak kata pemilik kedai tadi, kalau sebiji RM1500, 10 biji? Sedangkan setiap masa model-model baru dikeluarkan oleh pelbagai syarikat. Saya lihat kedai ini paling besar dan nampak hebat serta mempunyai dua orang jurujual berbangsa melayu.

Akhirnya saya bersetuju untuk membeli N97 ini. Maka pemilik kedai tersebut meminta diri untuk keluar bagi mendapatkan set yang saya inginkan. Kira-kira setengah jam kemudian dia kembali dan N97 tersebut kini menjadi milik saya.

Bagi yang biasa membaca tulisan saya (waadat.blogspot.com) tentu sudah mula meneka-neka apakah yang akan saya kaitkan dengan pengkisahan berjela tadi. Sudah menjadi kelaziman Demang membawa cerita lain sebelum menjurus pada mesej tertentu yang ingin disampaikan.

Memang betulpun. Sebenarnya saya sedang berfikir modus operandi para peniaga gadjet komunikasi di plaza tersebut. Bahkan saya rasa di tempat-tempat lain pun sama sahaja. Mereka hanya menyediakan ruang perniagaan samada kedai ataupun kios. Untuk itu mereka tidak perlu mempunyai modal yang besar. Sewa kedai dibayar secara bulanan, bukannya sekaligus. Kemudian, mereka perlu mendapatkan beberapa biji handphone yang mampu dibeli oleh orang ramai. Dari semasa ke semasa gadjet-gadjet tersebut bertukar ganti dan bertukar tangan. Jual beli handphone secara trade-in memang menjadi amalan yang digemari rakyat Malaysia. Sama seperti industri automobil.

Lantas saya terfikir; kenapa tidak kita terapkan cara perniagaan handphone di plaza tersebut untuk perniagaan di internet. Contohnya, anda membuka sebuah web atau blog dan menjual produk-produk anda minati. Anda tidak perlu menyimpan sebarang stok. Anda cuma perlu mengiklankan produk-produk tersebut dan sekiranya pengunjung tersebut berminat, mereka boleh mendapatkan terus daripada pengeluar atau pembekal sebenar.

Sebenarnya inilah konsep yang kami cuba terapkan melalui morhabshi.com. Anda hanya perlu membuat pendaftaran secara percuma dengan kami dan akan diberikan URL khas sebagai pengenalan kepada sistem kami. Kemudian, binalah sebuah web atau blog yang mengandungi penerangan tentang produk kami. Apabila pengunjung berminat untuk membeli, mereka akan mengklik pautan yang disediakan dan seterusnya membuat pembelian.

Oleh kerana anda telah berdaftar dengan morhabshi.com maka secara automatik komisyen atas pembelian tersebut akan dibayar kepada anda.

Anda tidak perlu mengeluarkan sebarang modal bagi menyimpan stok! Malah untuk mempunyai blog, ia adalah percuma sahaja.

Selamat mencuba.

Foto sekadar hiasan: shop
eva. flickr.com/ TQ.

peluang kepada blogger


Kami banyak menerima pertanyaan daripada para blogger yang berminat meletakkan iklan Minyak Morhabshi dan mendapat komisyen daripada iklan tersebut. Maklumlah, samada dibayar atau tidak para blogger tetap akan menulis dan menguruskan blog mereka. Malah jika dilarang sekalipun, barangkali masih ramai yang tetap mahu menulis. Hal ini kerana jiwa penulis adalah semula jadi dan tidak dipaksa sesiapa.

Namun, jika ada pihak yang ingin membayar hasil tulisan anda bagaimana? Atau jika ada pengeluar produk yang ingin menggunakan blog anda sebagai media pengiklanan mereka, adakah anda berminat?

Ya, kami adalah pengeluar Minyak Herba Morhabshi (serbaguna) yang sedang aktif memasarkan produk kami melalui internet. Dan, kami memerlukan anda!

Cara kami agak lain sedikit berbanding pengiklanan konvensional. Biasanya, pihak media (seperti anda) akan menentukan berapakah bayaran yang perlu pengeluar (seperti kami) bayar. Kami berpendapat cara begitu ada sedikit kelemahan iaitu jika kami membayar anda RM1000 sebulan dan akhirnya kami cuma dapat menjual kurang daripada itu maka sudah tentu kami tidak akan meneruskan perkhidmatan anda.

Hubungan 'win-loose' akhirnya akan menjadi 'loose-loose', percayalah.

Sebaliknya jika kami yang menentukan bahawa setiap blog atau web akan dibayar sebanyak RM100 sahaja sedangkan kami membuat jualan berpuluh ribu RM sebulan hasil pengiklanan tersebut, bagaimana perasaan para pengiklan (seperti anda)?

RM100 untuk satu blog? Bagaimana jika kami ingin menggunakan perkhidmatan 100 buah blog? Persoalan besar di sini ialah siapa yang akan membayar kos tersebut? Pengeluar? Sudah tentu tidak kerana semua kos akan dialirkan kepada pengguna (end user).

Sekali lagi kami ingatkan diri sendiri bahawa hubungan 'win-loose' akhirnya akan menjadi 'loose-loose'. Kami telah lama mempercayainya.

Kami mengambil pendekatan baru iaitu 'win-win-win' iaitu:
1) Anda letakkan pautan (link) di blog anda.
2) Jika ada sesiapa yang klik pada link tersebut dan membuat pembelian maka anda akan mendapat komisyen. Semua urusniaga direkodkan oleh sistem kami secara automatik.

Dengan cara itu kita sama-sama akan lebih berpuas hati kerana membayar dan dibayar pada jumlah yang sepatutnya.

'win-win'..! Mana lagi satu 'win'? Bukankah tadi kami katakan 'win-win-win'? Ya, melalui kaedah ini kami tidak perlu memeras wang pelanggan untuk membayar kos pengiklanan yang tidak sepatutnya.

Kini, semua pihak menang!

Berikut adalah cara-cara untuk anda menyertainya:

1) Anda cuma perlu membuat pendaftaran ringkas di http://www.morhabshi.com/join.php (percuma untuk blogger/web master sahaja. Sila catatkan URL web anda dalam ruangan alamat).

PENTING: tanpa pendaftaran, sistem kami tidak dapat mengesan iklan anda dan tiadalah komisyennya.

2) Sebaik mendaftar anda akan diberikan pautan (link) khas. Gunakan URL tersebut apabila anda meletakkan iklan dalam blog atau web anda. Kami tidak mahu mengganggu blog anda dengan banner dan sebagainya. Terpulanglah bagaimana anda hendak melakukannya.
Contoh link tersebut: http://morhabshi.com/index.php?id=blogger

PENTING: Jika anda hanya meletakkan link http://www.morhabshi.com/ maka sistem tidak dapat mengesan sumbangan anda. Gunakan URL khas yang diberi.


3) Apabila pengunjung blog anda mengklik pada link tersebut, sistem Morhabshi.com secara automatik akan mengenali bahawa bakal pembeli tersebut dipromosi oleh anda.

4) Seterusnya, apabila mereka membuat pembelian secara on-line, komisyen akan dimasukkan terus ke dalam akaun anda tadi secara automatik. Oleh kerana sistem ini menggunakan sistem multi level, maka tanpa anda sedari link promosi tersebut akan berkembang, merebak, dan beranak pinak ke seluruh dunia. Anda akan mendapat komisyen sehingga 10 level!!!

5) Anda boleh mengeluarkan komisyen tersebut bila-bila masa dan tanpa had minimum atau maksimum. Pihak Admin akan memindahkan wang tersebut ke dalam akaun bank anda setelah mendapat permintaan daripada anda.

6) Jika anda bersetuju, sila buat pendaftaran di http://www.morhabshi.com/join.php


Sekian terima kasih atas kerjasama anda.


”Ekonomi memajukan ummah”

....................
001 11 jpg
wealthvibes.com
TQ

menjana ekonomi ummah


Malam tadi barangkali semua masjid dan surau mengadakan majlis bacaan Yaasin dan membaca doa Nisfu Saaban.

Begitu juga Masjid Pengkalan Rama yang selalu kami kunjungi bagi mengikuti kuliah Ustaz Fuad. Maka malam tersebut kuliah tasawuf ditangguhkan untuk memberi laluan pada majlis bacaan Yaasin.

Sebelum bacaan dimulakan maka seperti biasa kitab kecil Yaasin diedarkan kepada setiap yang hadir. Cuma bezanya kali ini kitab kecil tersebut tidak perlu dikembalikan. Yakni dihadiahkan terus kepada hadirin.

Rupa-rupanya kitab-kitab tersebut didermakan oleh seorang pemilik sebuah kedai buku di Melaka.

Lantas hati saya terus berdetik; betapa jika kita berbelanja di premis perniagaan milik orang yang seagama dengan kita maka akhirnya kebaikannya akan kembali kepada ummat Islam juga.

Alhamdulillah. Sebelum ini kita biasa mendengar iklan ubat-ubatan untuk bayi kembung, cirit birit dan sebagainya dan turut membeli untuk kegunaan keluarga kita, kini kita sudah tahu bahawa orang Islam juga mempunyai perubatan yang sebegitu dan tidak sukar untuk membelinya.

Anda cuma perlu menghantar SMS ke 019 440 2211. Taipkan Nama & Alamat anda dan produk akan dihantar terus kepada anda. Hanya RM5 sebotol (Ringgit Malaysia Lima sahaja). Jangan bimbangkan soal bayaran kerana anda boleh menangguhkannya sehingga produk tiba di tangan anda.

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.


........................................

foto: muslimah TruthSeeker20...
flickr.com

TQ

Percuma Percuma Percuma


Sudah menjadi adat, boleh dikatakan semua orang sukakan yang percuma. ‘Barang free’ kata orang.

Kecenderungan tersebut bukan sahaja terbatas pada kaum Melayu sebagaimana sangkaan sebilangan orang kita yang suka memandang rendah terhadap bangsa sendiri. Malah jika kita sering bergaul dengan kaum-kaum lain di Malaysia, kita akan dapati kaum lain lebih ‘ghairah’ mengerumuni ‘benda free’. Jika tidak percaya, pergilah ke majlis-majlis atau program yang menawarkan ’benda free’ samada ’t-shirt’, topi, hingggalah ke minuman percuma.

Sebenarnya ia bukan suatu budaya yang memalukan.

Apabila talian internet dibuka kepada awam di seluruh dunia, perbagai perkara turut ditawarkan melaluinya, termasuk produk percuma. Cuma pada peringkat awal agak terhad memandangkan talian (online) yang terhad dan berkelajuan rendah.

Namun yang nyata, salah satu keistimewaan internet ialah ia menambah-meriah lagi penawaran produk-produk percuma kepada para pengunjung.

Impaknya, mana-mana syarikat yang gagal memberikan sebarang ‘benda free’ kepada para pengunjung akan gagal menarik pembeli dan akhirnya kalah dalam persaingan.

Antara syarikat yang begitu ‘gila’ memberikan produk percuma ialah Microsoft Corporation yang diketuai Bill Gates. Saya pernah terlibat dengan program mereka sekitar 2002. Pprogram tersebut begitu simple tetapi menarik. Kumpulan kami (30 orang) diberikan kursus percuma menggunakan aplikasi office keluaran Microsoft. Bukan sahaja kursusnya percuma, malah kami diberikan perisian percuma bernilai RM2000 setiap orang.

Kemudian, setiap daripada kami diminta mengadakan kursus dan latihan kepada 20 orang pengguna baru. Setiap pengguna tersebut juga akan menerima perisian tersebut (Microsoft Office 2000) secara PERCUMA!

Seterusnya, setiap mereka juga akan melakukan sebagaimana yang kami lakukan iaitu mendapatkan 20 orang pengguna baru dan menghadiahkan perisian tersebut secara percuma serta memberi tunjuk ajar.

Program tersebut dijalankan di seluruh dunia!

Kesannya? Hari ini hampir semua pengguna komputer di dunia sudah tidak tahu menggunakan aplikasi office selain daripada keluaran syarikat Bill Gates itu!

Justeru morhabshi.com juga cuba menawarkan kepada para pengunjung kami sesuatu yang bersifat percuma. Biarpun tidak berharga mahal namun kami percaya ia masih sesuatu yang bernilai. Kitab Al Tabib Wal Hikmah yang boleh anda muat turun secara percuma ini mengandungi kira-kira 300 ramuan perubatan, petua-petua, hikmah dan sebagainya yang boleh anda praktikkan sendiri. Malah, jika anda seorang pengusaha, anda boleh gunakaan rumusan yang disediakan bagi mengeluarkan produk perubatan secara besar-besaran.

Siapa tahu anda bakal menjadi seorang usahawan perubatan berasaskan herba yang berjaya suatu hari nanti? Kami turut gembira dan berbangga dengan kejayaan anda itu nanti.

Jika tidak pun, mungkin ada petua atau ramuan mudah yang boleh anda manafaatkan. Contohnya ramuan mudah bagi meningkatkan kehebatan hubungan kelamin atau petua dan ayat/doa bagi memajukan perniagaan, atau bagi melembutkan hati seseorang.

Anda cuma perlu mendaftar bagi menjadi pelanggan Minyak morhabshi dan sekaligus menjadi Sahabat Morhabshi bagi menikmati semua kemudahan yang kami sediakan termasuk memuat-turun kitab tersebut.

Selamat mendaftar.
................................
free bmp from: mashable.com
TQ

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

VVIP

Minyak Morhabshi kami diadun dengan lebih daripada 30 jenis herba tradisional tempatan.

TIADA SEBARANG DADAH, RACUN, ATAU BAHAN KIMIA

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.

Popular Posts

Pengkalan Blog Morhabshi