Blog untuk Ramuan & Petua Ekslusif (percuma)

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Kami adalah pengeluar Minyak Morhabshi. Anda boleh mendapatkan terus produk ini daripada kami pada 'harga kilang'. Layari web rasmi kami di sini.

Dapatkan petua dan ramuan menarik (percuma)

Petua atasi Angin Uluran

>> Wednesday, November 4, 2009




Saya pun tak tahu apa penyakit 'Angin Uluran'. Jika ada yang tahu bolehlah maklumkan di ruang komen. Ranuan ini juga saya temui dalam kitab attabib walhikmah seperti berikut:

Daun Asin-asin Gajah 2 helai
Halba 1 jemput
Garam 3 buku
Lada Hitam 7 biji

Ditumbuk semua benda-benda ini, diberi minum airnya, dalam masa 1 minit ia muntah dan lega.

Sukarkah mencari bahannya? Gambar di atas ialah Asin-asin Gajah. Manakala Halba boleh didapati di kedai. Sementara itu saya terjumpa satu artikal menarik khasiat halba dalam sebuah blog.

Saya tampalkan artikal tersebut di bawah ini:

Rasulullah saw bersabda :
"Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas "Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib.Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.

Rasulullah saw kemudiannya bersabda : "Gunakanlah Halba sebagai ubat"

Memang Halba itu baik!!
Mak saya amalkan masuk sedikit dalam beras masa menanak so that kanji nye akan berkurangan (utk pesakit diabetics) dan wangi pun iya jugak!! Petua ni didapati dari pengamal perubatan alternative semasa mak saya berubat dulu!!Kalau orang Johor... selalunya masak nasi lemak letak halba nih... untuk naikkan wangi nasi lemak tuh...Kalau tak tahu gak... tanya lah parent, pasti dia org tahu apa itu halba...



KEGUNAAN HALBA
1. Diminum sebagai teh untuk- Melancarkan haid- Menghilangkan kembung,sebu dan senak- Pencuci perut- Menguatkan jantung- Menghilangkan lender tekak- Melegakan sakit kepala/ migraine- Membuang angin- Menyembuhkan buasir- Senggugut- Merangsang rahim- Kegemukan- Kurang berat badan- Mengawal kencing manis- Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah- Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh- kecergasan- kekuatan badan- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu- Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita. Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani. Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasidagang. MANA NAK DAPAT HALBA ..Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil di pasaraya.

Artikal di atas diambil daripada blog Nurkasih

Sumber:
Kitab Altabib Walhikmah susunan Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas pengeluaran Minyak Morhabshi.

Nota:
Istilah dan nama herba yang digunakan kebanyakannya menggunakan loghat Kedah.

Minyak Morhabshi dirumus khas bagi mengatasi masalah 'angin' termasuk lenguh-lenguh dan kembung perut.


foto Asin-asin Gajah ehsan: zul87_ca flickr.com

0 Ulasan anda:

Post a Comment

Para pengunjung yang dihormati,

Bagi yang ingin meninggalkan komen atau bersoal jawab dengan saya di sini, anda tidak perlu membuat sebarang pendaftaran sebaliknya gunakan sahaja 'Anonymous'.

Untuk melakukannya, lihat (skroll) ke bawah (kanan) dan anda akan melihat TIGA pilihan iaitu:

> OpenID
> Name/URL
> Anonymous

Klik (tandakan) pada 'Anonymous' dan bolehlah menulis di dalam kekotak yang disediakan.

Setelah siap, anda bolehlah menghantarnya dengan menekan butang/ikon 'Publish Your Comment'.

komen anda boleh dilihat serta merta dan jika anda ingin memadamkannya, sila lihat ikon 'tong sampah' di bawah komen yang dipaparkan itu dan klik di situ.

Anda dinasihatkan untuk menaipkan nama pengenalan bagi memudahkan saya merujuk kepada anda ketika memberi respon. Jika boleh, sertakan sama alamat email anda bagi memudahkan saya memaklumkan jawapan balas saya terhadap persoalan atau respon yang anda kemukakan.

Pertanyaan dan pesanan juga boleh dibuat secara terus melalui SMS kepada saya (0194402211) atau isteri saya (0194522211).

Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails