Selasa, 5 Mac 2013

Pengumuman Rasmi Morha Minyak Morhabshi


Alhamdulillah. Inilah pek terkini Minyak Morhabshi edaran Morha Marketing yang kita telah berada di pasaran.

Design yang tampak ekslusif ini disediakan pihak SIRIM dengan pembiayaan (design) serta khidmat nasihat oleh pihak MARA dan SIRIM.

Penyediaan ramuan secara 'home made' tetap dilakukan secara tradisional bagi mengekalkan keasliannya manakala packaging akhir dilakukan secara usahama dengan kilang bertaraf GMP yang turut mengeluarkan pelbagai jenama produk yang telah terkenal.

Pengeluaran juga dipantau pihak Kementerian Kesihatan dengan pendaftaran NOT110703273K.

Morha adalah jenama yang dilindungi secara perundangan di bawah akta hak cipta (trademark) dan sebarang pemalsuan boleh diambil tindakan.

Harga runcit yang dicadangkan ialah RM28 (Semenanjung) dan RM30 (Sabah/Sarawak).

Manakala bagi negara lain seperti Singapura, Brunei, dan Indonesia mengikut kadar tukaran semasa tidak termasuk kos penghantaran.

Iklan bagi Minyak Morhabshi sudah mula disiarkan di akhbar Sinar Harian (yang dibaca oleh semua pihak tanpa mengira fahaman politik), dibiayai sepenuhnya pihak Morha Marketing.

Maklumat terkini berkenaan produk warisan yang telah diyakini sejak puluhan tahun ini boleh didapati melalui FB rasmi morha2u (www.facebook.com/morha2u).

Maklumat asas berkenaan produk kekal di tapak asal www.morhabshi.com manakala artikal semasa boleh didapati di blog ini iaitu www.morha.info.

Peta lokasi stokis dan agen juga masih menggunakan web asal www.morhabahi.biz.

Sementara itu web untuk pembelian secara online masih lagi di www.morha.com.my atau www.morha.my.

Jika berminat bersama-sama kami memasarkan produk ini sila hubungi Pengurus Pemasaran Morha Marketing 0194401944.

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.