Pengumuman penting

Membuat pesanan/pembelian (SMS ke 0194401944)

Ya, 01944-01944. Amat mudah.

sila guna no Akaun:
cimb 0408-0009 1360 58 (MORHABSHI)
ATAU;
Maybank 1540 5329 0898 (Noor Azman Aminudin)


SMS kepada 01944-01944

Itu sahaja. Terima kasih.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi terus saya di 0194402211.

Minyak Morhabshi adalah produk berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan (KKM: NOT110703273K).
MORHABSHI adalah jenama berdaftar (trademark) dan dipermilik di bawah
Syarikat MORHABSHI (REG. MA0154229-W)

Pejabat urusan morhabshi
16B-1, JALAN PERMATA 14, TAMAN HARTA PERTAMA, BUKIT BARU SYESYEN 2, 75150 MELAKA, MALAYSIA

Kongsi pengalaman anda atau pelanggan yang menggunakan minyak morhabshi

Thursday, October 27, 2011

isu repackaging Morhabshi

Assalamu'alaikum wrt,
Saya Pn. Hamidah Hassan, dari Skudai, Johor. Saya ada perniagaan produk-produk kesihatan secara offline (ada kiosk di shopping mall) dan online (http://www.sihatselalu.lot.my).

Saya dah pernah beli morhabshi sebelum ini, yang satu kotak ada 4 botol kecil tu. Beli untuk cuba, dan setakat ini Alhamdulillah macam bagus. Dah cuba untuk gatal2 kulit, batuk, hidung tersumbat dan sakit perut. 3 botol dah bagi kawan2, tinggal 1 botol untuk sendiri pakai.

Sebab botolnya kecil, jadi saya bawak je ke mana-mana letak dalam handbag.

Hari ni bila saya cek website http://www.morhabshi.com, nampaknya ada botol yang baru, harga lain dan saiz lain.
i) yang baru ni RM35 untuk 115ml. Yang lama tu (botol kecil) berapa ml? Sebab saya cek kat botol takde info berapa ml.

ii) kalau saya nak order yang botol kecil, ada lagi ke?

Pada pendapat saya, lebih baik ada versi yang botol kecil, senang nak bagi kat kawan-kawan yang nak cuba, dan juga mudah nak bawa ke mana-mana, macam saya ni letak kat handbag. Kalau ada yang botol kecil, saya nak order dua-dua, botol baru dan botol kecil.

Lagi satu, bila saya tengok design kotak yang baru, ada gambar botol lama. Sepatutnya letak la gambar botol yang baru. Orang akan pelik, bila buka kotak, botol tak sama macam dalam gambar kat kotak.

Lepas dah pakai sendiri, saya bercadang untuk jadi stokis. Boleh maklumkan maklumat berkaitan stokis :

i) harga produk bagi stokis
ii) minimum order
iii) syarat-syarat lain

Harap dapat balasan segera.

Wassalam, terima kasih.

Pn. Hamidah Hassan

---+-----------+-----------+-----------+------++

Untuk makluman, saya sudah membalas email tersebut. Sebenarnya selain beliau terdapat beberapa orang lagi pelangan yang mengutarakan persoalan yang hampir sama. Maka saya fikir molek juga saya siarkan soalan tersebut dan jawapan saya di blog ini untuk pengetahuan semua.

*----*--+++*----*-----*++++++++**++++++*-----

Waalaikum salam Pn Hamidah.
Terima kasih kerana menghubungi kami.

Saya amat tertarik dengan pandangan puan mengenai pek kecil. Sememangnya saya amat sayang dengan pek kecil itu sebab di sebalik saiz tersebut terdapat konsep yang amat baik untuk dikemukakan kepada khalayak pengguna.

Saya mengimpikan pada suatu masa kelak setiap rumah akan menyimpan sekurang-kurangnya sebotol Minyak Morhabshi.

Alhamdulillah, saya lihat rencana ini sedang berjalan lancar berdasarkan respon pengguna lama dan sambutan pengguna baru yang semakin ketara peningkatannya.

Tambah menggembirakan, urusan pendaftaran dengan kementerian kesihatan dan penjenamaan melalui trademark sudah selesai baru-baru ini.

Namun timbul masalah baru iaitu kalangan pengguna yang sudah biasa dengan pek lama keberatan untuk bertukar kepada pek baru.

Setakat ini hanya Sabah sahaja yang tiada masalah dengan pek baru sebab sebelum ini agen di Sabah menjual pada harga RM10-15 untuk sebotol kecil. Kesannya, walaupun belum sampai 2 minggu pek baru di pasaran, sudah lebih 1000 botol dijual di sana!

Saya rasa saya sudah ada jalan penyelesaian untuk masalah tadi. Kami hanya akan mengeluarkan botol besar sahaja dengan harga runcit RM35 seunit. Hal ini bagi mematuhi perjanjian dengan pihak kilang serta agen baru yang sudah mula memasarkan pek baru bersaiz besar.

Hal ini bermakna pek kecil yang lama itu TIDAK akan dikeluarkan lagi.

Selesai masalah tersebut.

Untuk masalah kedua, kami akan menyediakan botol isian semula (refill) bersaiz kecil dengan logo Morhabshi tetapi bertanda 'pek promosi'. Agen boleh membeli pek baru bersaiz besar dan memasukkan ke dalam botol-botol kecil yang disediakan untuk mudah dibawa dan untuk dijual kepada sesiapa yang berminat.

Saya mencadangkan botol kecil bersaiz 20ml, dan dijual pada harga RM7-10.

Secara perbandingan saiz, botol besar bersaiz 120ml (anggaran) bersamaan dengan 6 botol kecil bersaiz 20ml.

Dari segi harga, 6 botol kecil darab RM7 menjadi RM42. Ini menjadikan harga runcit pek besar lebih murah daripada pek kecil.

Kesimpulannya, pelanggan akan beralih kepada pek baru dan dalam masa yang sama mereka boleh membawa botol kecil ke mana-mana dengan mudah.

Wassalam.

Foto di atas hanya hiasan


Noor Azman Aminudin
Pengarah Urusan Morhabshi

PEJABAT URUSAN MORHABSHI
16B-1, JALAN PERMATA 14, TAMAN HARTA PERTAMA, BUKIT BARU SYESYEN 2, 75150 MELAKA.
0194402211

cheguman@gmail.com; cheguman@yahoo.com; cheguman@live.com

Web rasmi: www.morhabshi.com
Web jualan: www.morhabshi.biz
Web iklan: www.iklanpercuma4all.com
Blog: http://morhabshi.blogspot.com
Facebook: http://facebook.com/morhabshi

MORHABSHI adalah sebuah syarikat berdaftar: M0154229-W

Minyak MORHABSHI adalah produk berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia: NOT110703273K

MORHABSHI adalah jenama berdaftar di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Sebarang peniruan, pemalsuan, atau penggunaan tanpa izin akan didakwa.

Monday, October 24, 2011

sakit tekak sakit mulut

Sambil minum petang kelmarin, terasa sesuatu yang aneh tumbuh di bawah bibir. Rupa-rupanya 'virus' lama muncul kembali.

Sejak kecil saya selalu juga dihinggapi sakit pada mulut (bibir). Bintik-bintik kecil berair muncul dan akhirnya menjadi seperti kudis. Kadang-kadang hingga seminggu lebih baru baik. Mujur ia berlaku 5-10 tahun sekali.

Biasanya saya menggunakan sejenis serbuk yang dibeli di kedai ubat cina. Ubat itu memang berkesan tetapi menyebabkan bibir menjadi hitam dan berkuping seperti kudis. Saya sendiri rasa ngeri melihat di cermin.

Entah mengapa, tak pernah terlintas saya untuk menggunakan Minyak Morhabshi ini sehinggalah kelmarin. Sampai di rumah malam tersebut, saya segera mengambil Minyak Morhabshi botol baru dan menuangnya sedikit di tapak tangan. Kemudian saya ambil dengan hujung jari dan calit pada tempat-tempat 'virus' itu tumbuh.

Setelah menggunakannya beberapa kali dalam sehari, ternyata berlaku perubahan positif. Isteri saya memberitahu bahawa selain lebih cepat sembuh, ia juga tidak meninggalkan kesan hitam dan berkuping seperti kudis.

Hari ini, hari ke-3, cuma tinggal bahagian tengah bibir yang masih belum sembuh sepenuhnya. Hal ini kerana tempat itu selalu basah dan minyak Morhabshi cepat terhakis akibat makan minum dan terkena air liur. Selain itu, tabiat menjilat bibir (kerana kurang selesa) juga menanggalkan minyak Morhabshi yang disapu di situ.

Dalam pada itu, tekak saya juga terasa sakit. Rupa-rupanya ramai orang yang saya kenal mengalami masalah sakit tekak dan batuk sekarang ini. Barangkali kerana cuaca yang agak panas. Isteri saya memberitahu bahawa mak saudaranya menitiskan beberapa titik Minyak Morhabshi terus ke dalam mulut dan keesokan paginya, sakit tekaknya sembuh.

Isteri saya juga melakukan cara yang sama dan alhamdulillah, mujarab.

Sebelum tidur malam tadi saya mengambil Minyak Morhabshi pek baru yang penutupnya mudah dibuka. Saya ngangakan mulut dan titiskan 3 titis di atas lidah. Saya biarkan minyak tersebut mengalir melalui tekak dan saya pun tertidur.

Alhamdulillah. Sebagaimana yang berlaku pada ibu saudara dan isteri saya, apabila saya bangun tidur pagi tadi, sakit tekak sudah pun hilang.

Untuk makluman, Minyak Morhabshi kini sudah didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan nombor pendaftaran NOT110703273K.

Dengan itu produk warisan ini sudah boleh dijual secara terbuka seperti ekspo, pasaraya, kedai runcit, farmasi, dan sebagainya.

Pembelian secara online boleh didapati di www.morhabshi.com atau terus hubungi saya 0194402211 seperti dulu.

Kami menawarkan harga istimewa untuk pelanggan lama.

Kepada yang berminat melakukan pemasaran samada secara kecil-kecilan mahupun secara besar-besaran, sila hubungi saya.

Saturday, October 22, 2011

disihir hingga bercerai

"Ok, nk order lg nanti sy gtau, dkt 5-6bln sy amal minyak ni, alhamdullilah byk perubahan, sy skt sjk kena sihir sjk 2005 n dah brubat sana sini, plg teruk 2008 sy becerai, mmng xkisah pun n mula dah xserius biz. asyik melepak je dgn kwn2. sjk amal, sy dah xbrubat mana2, cuma pd awal minum, sy mimpi aneh, hari2 mimpi seolah-olah sy ditunjukan org yg aniaya sy 2minggu sy mimpi org yg berlainan org, lps mimpi mesti sy tejaga pkl 3pg. sy trasa ada benda keluar dr tengkuk, mula2 sy resah gelisah tp sy minum lbh 10x sehari, n sapu minyak.. jd tido pun lena. lama2 sy jd mcm ingat blk, dtg kewarasan sy, sume benda yg sy dah wat xpeduli, lupakan n biz, sy ingat semula. sy penah sampai 1 tahap xpeduli cstmer.. jd dah setahun sy hilang sume biz sy. dulu sy benci tgk cstmer n kwn2, tp syukur skrg dah rasa ok n lbh tenang, sy blh bfikir dgn waras n dah ada smangat nak meniaga wlu tau bkn mudah nak mula semula. yg penting sy dah dpt semula ati org beniaga, sy penah gagal dgn biz yg 10thn sy usahakan, btl2 start dr O skrg."

Saya siarkan sepenuhnya satu sms yang saya terima daripada Puan Hasxxxxx beberapa baru-baru ini untuk tatapan semua.

Sebenarnya ada beberapa kes lagi yang hampir sama. Namun kebanyakannya diceritakan secara lisan samada ketika menemui saya ataupun melalui telefon.

Kami mengalu-alukan perkongsian maklumat seperti ini. Mana tau, ramai yang sedang mencari-cari alternatif bagi membantu menyelesaikan masalah yang mereka, keluarga, atau kenalan mereka hadapi. Melalui perkongsian seperti ini kita secara tidak langsung membantu mereka yang memerlukan.

Kita hanya berusaha.

Wallahualam.

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

VVIP

Minyak Morhabshi kami diadun dengan lebih daripada 30 jenis herba tradisional tempatan.

TIADA SEBARANG DADAH, RACUN, ATAU BAHAN KIMIA

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.

Popular Posts

Pengkalan Blog Morhabshi