Pengumuman penting

Membuat pesanan/pembelian (SMS ke 0194401944)

Ya, 01944-01944. Amat mudah.

sila guna no Akaun:
cimb 0408-0009 1360 58 (MORHABSHI)
ATAU;
Maybank 1540 5329 0898 (Noor Azman Aminudin)


SMS kepada 01944-01944

Itu sahaja. Terima kasih.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi terus saya di 0194402211.

Minyak Morhabshi adalah produk berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan (KKM: NOT110703273K).
MORHABSHI adalah jenama berdaftar (trademark) dan dipermilik di bawah
Syarikat MORHABSHI (REG. MA0154229-W)

Pejabat urusan morhabshi
16B-1, JALAN PERMATA 14, TAMAN HARTA PERTAMA, BUKIT BARU SYESYEN 2, 75150 MELAKA, MALAYSIA

Kongsi pengalaman anda atau pelanggan yang menggunakan minyak morhabshi

Friday, July 29, 2011

Morhabshi dapat kelulusan Kem Kesihatan

Alhamdulillah, setelah melalui dan mematuhi pelbagai proses serta prosedur akhirnya pihak Kementerian Kesihatan mengeluarkan surat kelulusan bagi pengeluaran Minyak Morhabshi.

Dengan itu juga minyak Morhabshi mulai sekarang sudah bebas dipasarkan di mana-mana dan ke mana-mana sahaja di seluruh dunia.

Sememangnya amat besar kesyukuran kami, khususnya saya sendiri. Sebelum ini Minyak Morhabshi dikeluarkan dan diedar 'secara sembunyi-sembunyi'. Pernah saya dipanggil oleh pihak kementerian dan diberi nasihat agar membuat pendaftaran produk secara sah.

Memang itu impian saya dan kini ia sudah menjadi realiti.

Bagi saya, cabaran baru sedang bermula. Impian saya ialah untuk melihat Minyak Morhabshi berada di setiap rumah di Malaysia.

Minyak Morhabshi bukan untuk bersaing dengan siapa-siapa ataupun mengambil alih peranan rawatan klinik atau menggantikan produk rawatan alternatif lain. Keunikan Minyak Morhabshi menjadikan ia wajar berada di setiap rumah atau premis untuk digunakan pada bila-bila masa, baik semasa kecemasan mahupun sebagai 'pendinding'.

Pendinding bukan bermaksud tangkal azimat. Pendinding berfungsi sama seperti dinding rumah yang menghalang tempias hujan, gangguan nyamuk atau sebarang pencerobohan asing.

Sebagai contoh, sapu pada perut dan dada bayi untuk mengelak kembung atau lelah. Atau, gunakan ketika lenguh, sakit gigi atau terluka.

Justeru saya langsung tidak berminat untuk menjadikan Minyak Morhabshi sebagai produk elit yang hanya mampu dibeli oleh golongan tertentu dan digunakan pada waktu tertentu sahaja. Minyak Morhabshi sewajarnya digunakan oleh semua golongan sebagai produk serbaguna.

Pendaftaran, kelulusan, dan pengiktirafan Kementerian Kesihatan yang kami terima sudah tentu memberi impak pada penampilan Minyak Morhabshi. Minyak Morhabshi selepas ini akan dikeluarkan secara besar-besaran oleh kilang yang bertaraf GMP dan memenuhi standard antarabangsa yang diperlukan warga global. Sebelum ini pun Minyak Morhabshi sudah memasuki Singapura, Brunei, Belanda, Jepun, dan Amerika melalui pesanan individu.

Insya-Allah kita akan pergi lebih jauh lagi dan Minyak Morhabshi akan bertindak sebagai salah satu agen bagi menarik wang asing ke Malaysia.

Insya-Allah pengurusan Morhabshi akan berada sebaris dengan pemain global yang akan menjelajah ke seluruh pelusuk dunia.

Barangkali impian tersebut terlalu tinggi tetapi ia bukan sesuatu yang mustahil.

Jumpa lagi.

Monday, July 25, 2011

Saturday, July 23, 2011

Khasiat Safron dan Minyak Morhabshi

Semalam saya terima sms daripada seseorang bertanyakan tentang zafaron atau safron.

Bagi yang belum mengetahui tentang zafaron tersebut saya pernah mencatatkan dalam blog ini mengenai khasiatnya yang dianggap ajaib sebagaimana kata Saiyidina Ali ra bahawa orang yang mengamalkan Zaafaron mempunyai daya ingatan sehingga orang ramai menyangka sipengamal itu menggunakan sihir.

Berbalik pada sms tadi, sipenghantar bertanya pada saya sekiranya saya dapat memberitahu beliau cara untuk mendapatkan zafaron kerana ramai yang ingin mencuba.

Tertarik dengan sms tersebut, saya menelefon beliau kerana saya ingin tahu pengalaman beliau menggunakan hasil tumbuhan tersebut.

Sebenarnya saya ingin mengetahui cara lain menggunakan zaafaron. Setakat ini keluarga kami mencampurkan zaafaron ke dalam minyak Morhabshi ketika mengadunnya. itulah yang diajarkan Ustaz Hj Abdul Hamid dalam meramu dan menghasilkan minyak Morhabshi.

Menurut pengirim sms tadi, zaafaron yang digunakannya adalah daripada Mekah dan dalam bentuk serbuk. Ia dimakan dengan air iaitu sebanyak sesudu teh.

Berdasarkan ceritanya, saya membuat kesimpulan bahawa zaafaron yang dimakannya bukanlah dalam bentuk asli. Hal ini kerana zaafaron asli berbentuk seperti bulu jagung.dan bukannya serbuk. Ia juga tidak mengandungi sebarang bau. Zafaron (Safron) adalah stigma bunga sejenis tumbuhan dan tidak boleh dimakan sebegitu banyak.

Malah, ladang seluas padang bola cuma mampu menghasilkan cuma 1-2 kg zaafaron, dan harganya boleh mencapai puluhan ribu ringgit untuk setiap kilogram!

Terdapat syarikat tempatan yang menjual zaafaron yang telah dicampurkan dengan air serta ditambah bahan lain termasuk rempah atau herba.

Malangnya setakat ini saya belum mengetahui nisbah sebenar (sukatan) antara air dengan zaafaron untuk dijadikan minuman harian.

Usaha saya menghubungi penghantar sms tadi juga gagal memberi maklumat yang saya inginkan.

Namun saya berterima kasih kerana pengirim sms tersebut sudi menceritakan masalah sendi yang dihadapi sehingga beliau terpaksa menggunakan tongkat. Kini beliau sudah boleh berjalan seperti biasa dan itulah yang menyebabkan rakan-rakannya ingin mendapatkan zaafaron.

Saya maklumkan kepada beliau bahawa minyak Morhabshi yang kami warisi daripada Ustaz Hj Abdul Hamid juga adalah campuran zaafaron. Saya memberitahunya bahawa kami menerima beberapa pengakuan pengguna termasuk kes lumpuh, strok, bisa-bisa, lenguh-lenguh dan sebagainya yang disembuhkan selepas mengunakan minyak Morhabshi. Lihat web rasmi Morhabshi

Alhamdulillah dan semoga minyak Morhabshi akan dapat terus membantu bukan sahaja sebagai pengubatan alternatif malah elok disimpan di rumah untuk dimanafaatkan ketika kecemasan.

Friday, July 8, 2011

video sakit dada

Nampaknya permintaan saya agar para pengguna minyak Morhabshi berkongsi pengalaman melalui video mula mendapat sambutan.

Berikut adalah rakaman video yang dikirim melalui email oleh Puan Baizura (Perak).

Kami ucapkan jutaan terima kasih pada Puan Baizura dan suami serta saudara kita yang bersedia dirakamkan testimonialnya ini.

Menurut pengakuan, beliau mengalami sakit dada.

Semoga memberi manafaat kepada orang lain pula, insya-Allah.


Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

VVIP

Minyak Morhabshi kami diadun dengan lebih daripada 30 jenis herba tradisional tempatan.

TIADA SEBARANG DADAH, RACUN, ATAU BAHAN KIMIA

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.

Popular Posts

Pengkalan Blog Morhabshi