Pengumuman penting

Membuat pesanan/pembelian (SMS ke 0194401944)

Ya, 01944-01944. Amat mudah.

sila guna no Akaun:
cimb 0408-0009 1360 58 (MORHABSHI)
ATAU;
Maybank 1540 5329 0898 (Noor Azman Aminudin)


SMS kepada 01944-01944

Itu sahaja. Terima kasih.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi terus saya di 0194402211.

Minyak Morhabshi adalah produk berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan (KKM: NOT110703273K).
MORHABSHI adalah jenama berdaftar (trademark) dan dipermilik di bawah
Syarikat MORHABSHI (REG. MA0154229-W)

Pejabat urusan morhabshi
16B-1, JALAN PERMATA 14, TAMAN HARTA PERTAMA, BUKIT BARU SYESYEN 2, 75150 MELAKA, MALAYSIA

Kongsi pengalaman anda atau pelanggan yang menggunakan minyak morhabshi

Sunday, April 17, 2011

lumpuh, santau dan mati pucuk angkara makhluk halus

Baru-baru ini saya menerima panggilan daripada Kak Saadiah (Perak). Setelah mengucapkan terima kasih kerana penghantaran minyak Morhabshi, beliau memberitahu ingin menceritakan satu pengalaman.

Kebetulan saya berada di rumah maka saya gunakan 'loud speaker' agar isteri saya boleh mendengar sama kesah menarik yang ingin diceritakannya.

Ibu beliau sudah 3 tahun diserang lumpuh dan tidak mampu berjalan. Maka disapunya minyak Morhabshi pada tempat berkenaan, terutama bahagian kaki.

Sebaik disapu, ibu beliau memberitahu bahawa dia berasa seram sejuk seperti ada sesuatu yang aneh pada dirinya. Seolah-olah ada benda lain turut berada di situ.

Malah Kak Saadiah dapat melihat bulu roma ibunya berdiri!

Namun Kak Saadiah menenangkan ibunya dan tekad untuk terus menyapu minyak ini sambil membaca ayat-ayat AlQuran.

Setelah disapu beberapa kali, alhamdulillah, ibunya boleh berdiri dan berjalan semula.

Cerita tersebut agak mengejutkan saya. Selama ini saya menyangka penyakit lumpuh tiada kaitan dengan makhluk halus.

Kebetulan pada hari berikutnya saya menerima pula panggilan dari saudara Irfan (stokis Sabah). Beliau menceritakan satu kes lain yang melibatkan pelanggannya.

Pelanggan yang juga rakannya itu membeli minyak Morhabshi tanpa memberitahu tujuan. Namun setelah beberapa hari, teman itu memberitahu bahawa dia sebenarnya mengalami masalah mati pucuk.

Setelah menggunakan minyak ini, dia mengalami peristiwa aneh yang sukar diceritakan. Dengan kata lain, ia berkaitan alam mistik.

Alhamdulillah, masalah teman tersebut juga telah selesai dengan izin Allah SWT.

Sementara itu saya juga menerima panggilan mengenai santau yang berjaya dirawat menggunakan minyak Morhabshi. Saya tidak pasti samada pemanggilnya juga Kak Saadiah tadi ataupn pelanggan lain.

Ia mengenai adik beliau yang pernah terkena santau. Oleh kerana saya tidak begitu mengingati kesah yang diceritakan itu secara detail, maka satakat itu sahajalah yang boleh saya catatkan.


Foto hiasan sahaja:
Fathurnet

Thursday, April 14, 2011

morhabshi menyelamat tika kecemasan

Baru-bari ini saya menerima testimonial melalui ruangan komen dalam blog ini.

Berikut, saya salin semula ke sini testimonial  untuk informasi.

Terima kasih kepada CuteOven atas perkongsian maklumat ini.

-----------------------------------------------

1 Ulasan anda:
CuteOven said...

minggu lepas saya tertumpah air milo panas atas meja lalu menimpa atas peha kanan dn sedikit atas peha kiri juga sedikit kat siku. saya menjerit dn menangis meraung... masuk bilek air cuci kemudian lap lalu saya bubuh minyak morhabshi ditempat yg kena air panas yg dah merah menyala dn bengkak dgn membaca bismillah dn selawat...hampir sebotol saya bubuh kerana bila kering saya bubuh lagi...kemudian saya tidor. bangun tidor saya lihat hilang bengkak, merah dn bahang panas. Alhamdulillah...saya memang tidak pernah putus membelinya, bila tinggal 2 botol saya akan order. terima kasih...

March 1, 2011 5:13 PM

Wednesday, April 13, 2011

isteri hamil mengidam dipukul suami

Baru-baru ini terdapat berita seorang lelaki membelasah isterinya yang sedang sarat mengandung hanya kerana wanita hamil itu mengidam sejenis makanan.

Berita tersebut juga menyatakan suami tersebut tidak tahan dengan karenah isterinya yang meminta macam-macam dan ditambah lagi dengan tekanan di tempat kerja.

Sebelum kita terus menyalahkan si suami yang keterlaluan itu, cuba lihat kisah berikut:

Dalam satu mesyuarat yang saya hadiri, seorang ketua jabatan dengan bangga memberitahu bahawa dia memandu tidak kurang 140km perjam setiap kali ke Kuala Lumpur.

Tujuan 'bos wanita' itu bercerita ialah bagi menunjukkan bahawa perlunya bergerak laju dalam zaman yang serba mencabar ini.

Walaupun kedua-dua watak di atas berada pada situasi berbeza namun mereka adalah dua insan yang mewakili ikon majikan dan pekerja. Di satu pihak sedang merealisasikan impian manakala pihak yang satu lagi diminta untuk melaksanakannya.

Malangnya dalam mencapai tujuan, sang ketua sering terlupa kemampuan gerabaknya. Mereka ghairah meraih kejayaan demi kejayaan sedangkan para pekerja bawahan sudah sarat dengan bebanan.

Dalam menangani emosi kita sering mendengar saranan agar mengawal emosi. Namun adakah kita peka dengan keadaan yang membawa pada berlakunya gegaran emosi?

Persaingan hebat dalam penawaran produk mahupun perkhidmatan hari ini mencetuskan keghairahan untuk menghasilkan yang terbaik. Malah ia sudah memasuki fasa baru iaitu menempatkan diri dan organisasi dalam kalangan yang terbaik.

Monday, April 11, 2011

merawat buasir dan sesak nafas


Kali ini saya copy dan paste email yang dikirim oleh seorang pengguna minyak herba Morhabshi di Sarawak. Jutaan terima kasih kepada beliau keranan berkongsi maklumat berguna ini. Saya tidak siarkan nama beliau kerana masalah yang beliau hidapi agak sensitif.
Silakan membacanya: (disiarkan tanpa edit)

Saya telah membuat pesanan minyak Morhabshi pada 15 Mac 2011 dan telah menerima pesanan tersebut pada 18 Mac 2011 dan telah mula menggunakannya sebaik sahaja menerima pesanan tersebut (walaupun pembayaran belum dilakukan - pembayaran hanya dilaksanakan pada 21 Mac 2011)

Sehingga kini telah lima hari saya menggunakan minyak tersebut. Dalam tempoh tersebut ada beberapa perubahan yang saya rasai (dengan izin Allah)

1. Sesak nafas yang alami telah semakin berkurangan tidak seperti sebelumnya. Kahak @lendir dalam tekak juga telah berkurangan

2. Saya menghidapi penyakit buasir sejak lebih 20 tahun lalu. Berbagai produk telah saya gunakan, termasuk pemeriksaan yang membosankan di klinik2 kerajaan. Apa yang saya dapati hanyalah darah cair yang mengiringi najis semasa buang air besar. Buasir yang saya hadapi adalah merupakan "bunga yang sedang kembang" yang akan masuk semula sekitar 2 jam atau lebih sedikit selepas membuang air besar. Dalam tempoh "bunga yang sedang kembang" itu masuk semula ke tempat asalnya, pergerakan saya agak terhad dan tidak mampu untuk melakukan perkara lain selain berbaring di pembaringan.
Hari pertama saya menggunakan Morhabshi dengan cara meminumnya tanpa sapuan pada tempat berkenaan, keesokan harinya saya mendapati "bunga yang sedang kembang" itu telah mengecil (mengecut) dan mengambil masa sekitar 30 minit untuk masuk semula tanpa perlu berbaring dipembaringan. Pada hari ketiga pula, saya mendapati "bunga yang sedang kembang" itu masuk semula tak sampai 30 minit. Pada kebiasaannya saya akan mandi sebaik selesai menunaikan qada hajat. "Bunga yang sedang kembang itu masuk semula ke tempatnya sebelum saya selesai mandi.

Walaupun "bunga yang sedang kembang" itu masih ada, namun keadaan yang tidak selesa yang saya rasai sebelum ini tidak lagi saya rasai

3. Selain itu, saya ada memberi dan menjual minyak Morhabshi kepada sahabat handai dan jiran2. Rata2 mereka yang telah memiliki Morhabshi mengatakan, badan mereka rasa selesa dari sebelumnya. Namun maklumat tepat tidak dapat saya nyatakan disini kerana tidak begitu mengetahui apa yang mereka alami sebelum ini. InsyaAllah mungkin pada masa akan datang.

ps: sila edit semula apa yang saya tulis jika pihak tuan ingin menyiarkan testimoni ini

-- 
Sekian
Terima Kasih





Foto di atas sekadar hiasan dan tiada kena mengena dengan penulis testimoni di atas.

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

VVIP

Minyak Morhabshi kami diadun dengan lebih daripada 30 jenis herba tradisional tempatan.

TIADA SEBARANG DADAH, RACUN, ATAU BAHAN KIMIA

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.

Popular Posts

Pengkalan Blog Morhabshi