Pengumuman penting

Membuat pesanan/pembelian (SMS ke 0194401944)

Ya, 01944-01944. Amat mudah.

sila guna no Akaun:
cimb 0408-0009 1360 58 (MORHABSHI)
ATAU;
Maybank 1540 5329 0898 (Noor Azman Aminudin)


SMS kepada 01944-01944

Itu sahaja. Terima kasih.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi terus saya di 0194402211.

Minyak Morhabshi adalah produk berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan (KKM: NOT110703273K).
MORHABSHI adalah jenama berdaftar (trademark) dan dipermilik di bawah
Syarikat MORHABSHI (REG. MA0154229-W)

Pejabat urusan morhabshi
16B-1, JALAN PERMATA 14, TAMAN HARTA PERTAMA, BUKIT BARU SYESYEN 2, 75150 MELAKA, MALAYSIA

Kongsi pengalaman anda atau pelanggan yang menggunakan minyak morhabshi

Tuesday, October 26, 2010

iklan berbayar perKLIK



Hari ini genab 12 bulan sistem baru bagi mempromosi Minyak Morhabshi di www.morhabshi.com.

Minggu ini pihak pengurusan MorhabshiDotCom mula membayar saguhati kepada para Sahabat Morhabshi yang telah membantu mempromosi web rasmi tersebut.

Alhamdulillah. Terima kasih atas kerjasama dan sokongan anda meskipun saguhati tersebut tidaklah banyak.

Sementara itu kami mengharapkan kerjasama tuan/puan untuk menyemak sendiri rekod akaun dan memaklumkan kepada kami (0194402211) serta membuat tuntutan.

Bayaran hanya akan dibuat setelah kami menerima permohonan (sms 019 440 2211).

Tuan/puan boleh login di www.morhabshi.com dan di situ tercatat rekod statistik pengunjung hasil promosi tuan/puan. Hubungi saya jika lupa kata laluan.

Saguhati dibayar berdasarkan kiraan 5sen perklik (LIMA SEN PERKLIK). Ertinya, walaupun tiada pembelian oleh pengunjung, anda tetap dibayar.

Berbeza dulu, komisyen dibayar hanya jika ada jualan.

Mengimbas kembali perjalanan MorhabshiDotCom, pada mulanya kami menggunakan sistem affiliate dengan 10 level. Namun ternyata kurang mendapat sambutan sebab kebanyakan pengguna internet meletakkan persepsi bahawa hasil yang diperolehi 'indah khabar dari rupa'.

Malah ramai pengguna internet sudah berpengalaman dengan sistem affiliate dan sedar bahawa sistem tersebut tidak begitu praktikal. (persepsi boleh berubah-ubah).

Kesan negatif daripada sistem tersebut ialah pengunjung menyangka MorhabshiDotCom adalah skim cepat kaya dan produk yang disediakan tidak berkualiti.

Maka mulai Oktober 2009 kami mengubah sistem tersebut dengan mempelawa para blogger untuk mempromosi Minyak Morhabshi melalui blog masing-masing.

Cara yang digunakan ialah para blogger meletakkan link, ikon, atau banner dalam blog/web mereka dan jika pengunjung klik di situ, sistem kami akan segera mengecam, menghitung, dan merekodnya.

Kebanyakan portal profesional menggunakan sistem ini sekarang.

Pemilik blog/web boleh menyemak statistik masing-masing dan menuntut pembayaran bila-bila masa.

Kini, dengan pesatnya penggunaan laman sosial seperti Facebook, sesiapa sahaja boleh mempromosi Minyak Morhabshi dengan lebih mudah.

Jika belum tahu, minta bantuan rakan anda yang biasa melakukannya. Sebenarnya ia amat mudah.

Yang penting, anda mempunyai akaun di www.morhabshi.com.

Untuk membuka akaun, klik pada ikon yang disediakan. Ia adalah borang yang sama dengan borang pesanan. Rasionalnya, anda perlu mencuba khasiat Minyak Morhabshi terlebih dahulu sebelum mempromosi kepada orang lain.

Dulu, kami meletakkan syarat pembelian minimum 8 botol namun kini tidak ada syarat tambahan.

Kami membuka peluang kepada sesiapa sahaja.

Setelah mendaftar anda akan diberikan URL tersendiri. Ia adalah kunci untuk sistem kami bagi mengecam rekod kunjungan ke akaun anda. Sesiapa yang klik pada URL tersebut akan dikenalpasti sebagai 'milik anda'.

Gunakan URL tersebut sebagai link dan letakkan pada blog, web, Facebook, email, atau SMS anda.

Ia akan bekerja secara automatik 24 jam sehari, 7 hari seminggu tanpa henti selagi anda tidak membuangnya.

Setiap kali tetamu atau rakan FB anda mengKLIK URL tersebut, kami akan membayar anda sebanyak Lima Sen. Jika seratus klik sehari, anda akan dapat RM5 dan jika sebulan berjumlah RM150.

Tidaklah terlalu lumayan tetapi dapatlah membantu meringankan bil telefon dan internet anda.

Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Tuesday, October 12, 2010

email daripada Belanda


Saya cukup terharu membaca email yang dihantar seorang pengguna Minyak Morhabshi daripada Belanda.

Subhanallah. Pengalaman yang beliau lalui setelah menggunakan minyak ini membuatkan saya amat bersyukur pada Allah.

Antara yang diceritakan beliau ialah pengalaman dengan minyak morhabshi yang menyelesaikan masalah jerawat batu seorang gadis di Singapura dan masalah seorang kanak-kanak yang rabun matanya.

Sebagaimana artikel saya sebelum ini, saya tetap menganggap Minyak morhabshi lebih kurang sama sahaja dengan minyak-minyak ubat yang lain. Namun testimoni yang kami terima dari semasa ke semasa membuatkan saya teringat pada pesanan datuk kami dulu bahawa Minyak Morhabshi BUKAN minyak angin biasa.

Berkali-kali beliau mengingatkan tentang itu. Malah beliau seolah tersinggung jika ada orang yang menyebut Minyak Morhabshi sebagai ‘minyak angin’.

(Namun Ustaz Hamid bukanlah orang yang mudah tersinggung. Malah beliau tidak suka mempamerkan perubahan emosinya pada orang. Sekiranya beliau ingin menegur atau memperbetulkan kesilapan orang, beliau akan iringkan dengan kata-kata lucu sambil ketawa ringan agar orang berkenaan tidak tersinggung).

Berbalik pada persepsi saya di awal tadi terhadap minyak morhabshi. Apabila saya mengatakan Minyak Morhabshi sama seperti minyak lain, saya maksudkan begini:

Minyak Morhabshi dijual pada harga biasa sahaja, sama seperti minyak ubat lain. Gunakan untuk penyakit-penyakit biasa yang ringan dan sederhana ringan. Contohnya, mengurut seluruh badan pada setiap malam.

Itulah kegunaan umum untuk semua orang.

Namun jika berlaku sesuatu yang luar biasa seperti sakit gigi di tengah malam, penyakit dalaman yang dianggap bahaya, histeria, bayi menangis, kemalangan (luka, terseliuh dll); maka anda tidak perlu membeli minyak yang mahal. Gunakan sahaja Minyak Morhabshi yang anda miliki.

Itu sebab saya katakan; simpan sebotol di rumah, sebotol di pejabat, dan sebotol lagi di dalam kereta.

Wassalam, dan jumpa lagi.


Coda:
Jika ada pilihan, saya tidak mahu menjual produk untuk penyakit luar biasa kerana tidak ramai yang mengidapnya.

Friday, October 8, 2010

dari kambing gurun ke minyak gamat dan kini Minyak Morhabshi




"Stop, stop, stop..." Che Mat Dresar mengarahkan.

Pak Cha gesa-gesa memperlahankan Datsun 120Ynya dan berhenti di tepi jalan. "Nak buat apa, Che Mat?" tanyanya. Gusar juga memberhentikan kenderaan di jalan lengang itu walaupun jam baru menunjukkan pukul 8 malam.

Dia sedar, jalanraya bertanah merah yang merentasi hutan Jengka itu sesekali dikongsi juga tok gajah dan pak belang.

Hanya sesekali kenderaan melalui jalan itu terutama waktu malam.

"Tadi awak kata kita terlanggar kambing gurun. Saya nak tengok kambing tu." ujar HA klinik itu.

"Tak payah la Che Mat. Takkan ada lagi di situ. Kita langgar sikit je. Dia dah lari masuk hutan." jawab encik Mat Isa yang saya panggil Pak Cha itu.

"Sikit apanya..? Bergegar kereta kita walaupun kena bahagian tepi." balas HA itu tidak puas hati.

"Ya. Tapi setakat luka atau patah, dijilatnya sendiri, dah boleh lari semula. Lidah kambing gurun tu kalau kita dapat, buat duit la kita. Ha ha ha." jawab Pak Cha, ketawa.

Kisah di atas berlaku sekitar 1970an di Jengka Pahang. Ketika itu saya masih di sekolah rendah.

Ketika bersekolah di Temerloh, hampir setiap pagi Ahad saya ke pekan sehari di tebing muara Semantan. Saya suka melihat orang menjual ubat. Ketika itu saya tidak peduli sangat ubat yang dijual. Yang penting, pertunjukan silap mata si tukang ubat!

Salah satu ubat tradisional yang pasti ada setiap minggu ialah minyak kambing gurun.

Menariknya, penjual ubat akan mempamerkan kepala kambing gurun bagi membuktikan minyak tersebut adalah tulin. Jika mahu membelinya, boleh diceduk terus dari dulang yang menampung kepala kambing gurun malang itu.

Sekarang, saya tidak fikir ada penjual ubat yang berani berbuat begitu lagi memandangkan kambing gurun adalah haiwan yang dipelihara sepenuhnya di bawah akta Perhilitan.

Zaman itu, hampir setiap rumah orang Melayu menyimpan sekurang-kurangnya sebotol kecil minyak kambing gurun untuk digunakan di waktu kecemasan.

Khasiat kambing gurun memang banyak. Namun sebagaimana yang saya nyatakan tadi haiwan tersebut sudah hampir pupus dan menjadi kesalahan jika menyimpannya samada ia hidup atau mati.

Sekitar 1980an, minyak gamat pula menjadi popular. Minyak yang bersumberkan sejenis haiwan laut itu mampu menggantikan kehebatan kambing gurun yang semakin sukar ditemui.

Seperkara yang menarik pada gamat ialah ia turut dikaji secara saintifik sesuai dengan perkembangan teknologi semasa. Hasilnya pelbagai bentuk produk tradisional mahupun inovatif dikeluarkan oleh pelbagai syarikat, termasuk jeli gamat.

Antara gamat yang terkenal adalah yang dikeluarkan secara tradisional di Langkawi.

Saya rasa hampir setiap rumah orang Melayu menyimpan minyak gamat.

Apakah Minyak Morhabshi?

Saya percaya tidak ramai yang mengetahui tentang Morhabshi. Jika Kambing Gurun dan Gamat adalah sejenis haiwan, Morhabshi pula adalah getah (resin) daripada tumbuhan.

Sebenarnya penyelidikan terhadap morhabshi sudah berjalan lama di seluruh dunia. (lihat Wikipedia). Penggunaannya sudah dikesan sejak zaman Mesir purba dan diamalkan raja-raja Mesir. Malah harganya dikatakan sama dengan emas yang sama timbangannya.

Arwah datuk kami mengeluarkan minyak morhabshi bukan sahaja sebagai alternatif pada ramuan bersumberkan haiwan bahkan kerana beberapa keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri. Ia bukan sahaja untuk kegunaan fizikal malah dikatakan mempunyai aura mistik melangkaui alam ghaib (makhluk halus).

Selain resin Morhabshi, Minyak Morhabshi juga diadun bersama lebih 30 campuran herba yang terdapat di kepulauan Melayu. Ia juga dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran.

Sebahagian daripada herba-herba tersebut telah saya huraikan satu persatu dalam posting sebelum ini.

Datuk saya, Ustaz Hj Abdul Hamid merupakan pengamal perubatan alternatif berasaskan perubatan nusantara dan kaedah Islam. Beliau juga merupakan pengamal perubatan homeopathy bertauliah.

Beliau sebenarnya sudah memulakan pengeluaran minyak Morhabshi sejak lebih 50 tahun yang lalu secara kecil-kecilan. Malah sehingga ke akhir hayat beliau masih mempunyai pelanggan di sekitar dan di luar daerahnya. Kebanyakannya merupakan pelanggan lama yang bersambung dari generasi ke generasi.


Merealisasi impian minyak Morhabshi di alam cyber

Sekitar hujung 1990an, internet mula digunakan secara agresif di negara kita. Syarikat-syarikat dotcom tumbuh bagai cendawan. Melihat perkembangan itu saya cuba mengetengahkan produk warisan keluarga ini. Pengalaman tinggal bersama datuk saya di Kedah mendekatkan saya pada penggunaan herba dalam perubatan.

Walaupun saya sudah membuat promosi minyak morhabshi sejak 1999 di internet namun hanya selepas 2005 barulah ia mula mendapat perhatian pelanggan. Kekangan pada masa itu ialah mengenai cara pembayaran.

Ketika itu pelanggan terpaksa beratur di kaunter bank atau pejabat pos untuk membuat bayaran.

Jun 2009 saya membuat perubahan drastik dengan merombak strategi pemasaran. Saya menawarkan pakej-pakej bagi memudahkan pembeli membuat pilihan.

Kemudahan pembayaran melalui mesin ATM dan bank online seperti Maybank2u, Bank Islam, dan CIMBclicks banyak membantu perniagaan kami.

Kami menawarkan konsep 'dari pengeluar terus ke rumah pelanggan'.

Walaupun konsep tersebut seolah saya menjual terus kepada pengguna akhir (end user) namun harga dan pakej yang ditawarkan membolehkan para pembeli membuat jualan runcit di tempat mereka.

Berdasarkan harga pengeluar serendah RM2.50 seunit, pengguna yang membeli daripada kami boleh menjual dan mendapat untung sehingga melebihi 100%!

Harga runcit sebotol Minyak Morhabshi ialah RM5.50 di Semenanjung dan RM6.50 di Sabah & Sarawak.

Dua tarikan yang saya tawarkan kepada pembeli ialah:

1) kos penghantaran percuma ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak, dan;

2) pembayaran fleksibel yakni boleh dibuat selepas produk diterima.


Ertinya, pembeli hanya perlu membuat bayaran setelah mereka menerima produk dengan selamat.

Sementara itu saya juga tidak membezakan harga pengeluar' antara penduduk di semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Nampaknya saya mendahului DS Najib dalam konsep 1 Malaysia.

Saya menyimpan iltizam yang tinggi terhadap minyak Morhabshi. Saya mengimpikan setiap keluarga di Malaysia masing-masing menyimpan sebotol Minyak Morhabshi di rumah, sebotol di dalam kereta, dan sebotol lagi di tempat kerja.

Itulah sebabnya pada 2005 saya menawarkan pakej 3 botol.

Walaupun ramai yang menganggap Minyak Morhabshi produk 'ajaib' namun saya merasa gerun dengan anggapan itu. Yang lebih membimbangkan ialah apabila harapan yang terlalu tinggi akan menghilangkan kepercayaan orang ramai di masa hadapan.

Malah saya pernah dipanggil oleh pihak kementerian kesihatan dan diminta agar tidak memasukkan perkataan santau dan histeria pada iklan Minyak Morhabshi.

Kami mencadangkan Minyak Morhabshi digunakan sebagai rawatan awal sebelum mendapatkan rawatan selanjutnya. Justeru kami mengesyorkan ia sentiasa disimpan di rumah, di tempat kerja, dan di dalam kereta.

Melalui pengalaman kami sendiri dan para pelanggan, Minyak Morhabshi mampu menghentikan darah serta merta. Selain itu ia juga berkesan merawat penyakit yang menyerang secara tiba-tiba seperti sakit perut dan cirit-birit.

Pengalaman saya sendiri diserang sakit gigi pada suatu tengah malam, ia bukan sahaja menghentikan sakit dalam masa yang singkat malah sakit tersebut sudah tidak berulang lagi.

Ramai yang mengakui ia berkesan dalam menghentikan histeria dan gangguan terhadap bayi.

Sebenarnya saya tidak bermaksud untuk menceritakan satu persatu khasiat Minyak Morhabshi dalam posting kali ini. Senarai penyakit sudah saya catatkan pada web rasmi kami iaitu www.morhabshi.com dan diletakkan juga di sebelah kanan blog ini.

Kali ini saya cuma ingin berkongsi harapan saya untuk menjadikan minyak Morhabshi sebagai produk yang digunakan seluruh rakyat Malaysia khususnya dan insya-Allah akan merebak ke seluruh dunia. Kenapa?

Saya berpegang pada kata-kata 'Ekonomi Membangunkan Ummah' dan konsep 'jihad ekonomi'.

Saya berharap dapat menjadi salah seorang penyumbang terbesar pada zakat perniagaan di negara kita. Insya-Allah.

Setakat ini Minyak Morhabshi sudah melepasi tambak Johor, menyeberang sempadan Brunei, dan terbang ke Belanda.

Monday, October 4, 2010

seks & ubat darah tinggi


Saya kerap mendengar bahawa pengambilan ubat darah tinggi yang dibekalkan doktor membawa implikasi syahwat, yakni melemahkan tenaga seks.

Saya pernah berbual dengan seorang doktor dan bertanya tentang ini. Beliau tidak menjawab secara tepat pada soalan itu sebaliknya mengakui terdapat kesan sampingan yang pelbagai ke atas pesakit. Maksudnya, lain orang lain kesannya.

Namun ada juga pesakit yang mengamalkan ubat darah tinggi tidak mengalami sebarang kesan sampingan.

Oleh kerana tidak mahu mengambil risiko terhadap hubungan kelamin maka saya mengambil keputusan untuk tidak mengambil ubat darah tinggi selama beberapa tahun. Namun akhirnya tekanan darah saya sukar dikawal dan akhirnya saya terpaksa menggunakannya.

Walaupun sudah mengambil ubat darah tinggi setiap hari namun tekanan darah masih tidak stabil sehingga saya terpaksa menambah sebiji lagi ubat dari klinik.

Pada suatu hari saya menemui seorang rakan dan beliau memberitahu bahawa sepupunya mengeluarkan kapsul Tongkat Ali secara kecil-kecilan.

Saya sudah lama mengetahui khasiat Tongkat Ali untuk tenaga syahwat dan mengubati darah tinggi. Cuma saya belum menemui ramuan yang serasi (Tongkat Ali dicampur herba lain).

Teman saya itu beriya-iya meminta saya menjualnya melalui internet memandangkan saya mempunyai rangkaian sendiri di internet.

Saya memberitahunya, saya hanya akan menjualnya jika saya sendiri merasai keberkesanannya.

Alhamdulillah. Sebaik menggunakannya, bacaan tekanan darah mula stabil. Saya bukan sahaja tidak perlu memakan ubat tambahan yang dibekalkan klinik malah ubat klinik yang saya biasa makan sebiji sudah dikurangkan menjadi setengah sahaja.

Bacaan tekanan darah saya sekarang, ATAS: antara 118-126, manakala bacaan bawah: sekitar 68-76 (Contohnya: 124/76)

Oh ya, jika anda tanya saya adakah ubat darah tinggi yang dibekalkan doktor melemahkan syahwat, saya mohon maaf kerana tidak dapat menjawabnya.

Yang saya tahu, kapsul power memang hebat!

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

VVIP

Minyak Morhabshi kami diadun dengan lebih daripada 30 jenis herba tradisional tempatan.

TIADA SEBARANG DADAH, RACUN, ATAU BAHAN KIMIA

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.

Popular Posts

Pengkalan Blog Morhabshi