Morhabshi ialah...
Myrrh atau Morhabshi atau Morha atau Keminyan Bunian telah digunakan sejak zaman berzaman oleh masyarakat Arab, India dan Melayu Nusantara bagi menghindari gangguan makhluk halus seperti jin dan syaitan. Kewujudan jin dan syaitan adalah sesuatu yang disedari dan dipercayai oleh semua bangsa di dunia. Beberapa ayat Al Quran mengesahkan kehadiran mereka di sekitar kita meskipun tidak dapat dilihat oleh mata kasar kecuali oleh orang tertentu yang diberi keizinan oleh Allah SWT.
Morhabshi diambil daripada getah sejenis tumbuhan yang tumbuh di tanah Arab dan tidak mengandungi sebarang kesan sampingan. Meskipun sering digunakan untuk sapuan kulit luar atau dibakar seperti kemenyan, namun ia tidak memudaratkan jika dimasukkan ke dalam mulut atau jika tertelan. Bentuk fizikalnya berketul-ketul dan berwarna kuning keemasan seperti kismis.
Pohon morhabshi adalah pohon yang tidak didatangi atau dihampiri oleh makhluk halus. Mengapa? Secara analogi, ketika perkhemahan kita taburkan belerang di sekeliling khemah bagi menghindari haiwan merayap. Kita tidak tahu mengapa haiwan merayap takut pada belerang.
Begitu juga makhluk-makhluk halus ini. Mereka begitu takut pada morhabshi.
Mungkin getah morhabshi ini mengeluarkan bau yang tidak mereka sukai atau sebagainya.
Wallahu'alam.
Namun kenyataan bahawa makhluk-makhluk tersebut akan menghindari atau lari daripada morhabshi bukan lagi satu rahsia malah telah digunakan sejak ribuan tahun terutama di negara-negara Arab dan India. Kedatangan Islam ke nusantara menyebabkan rahsia morhabshi turut dikongsi oleh penduduk tempatan.
Khasiat tumbuhan dan herba yang didapati di kepulauan nusantara pula telah diyakini sejak dahulu kala lagi. Kajian dan penemuan mutakhir oleh para saintis membuktikan keampuhan herba-herba tradisional bagi membantu beberapa masalah penyakit termasuk beberapa penyakit yang tidak dapat dirawat melalui perubatan moden (berasaskan dadah dan kimia).
Berkenaan Minyak Morha
Antara herba yang digunakan dalam Minyak Morha ialah:
Nama Herba (Nama Saintifik)
Keduduk Putih (Melastoma Malabathricum)
Bayam Batu (Amaranthus Tricolor L)
Lemuni (Vitex Trifolia)
Kancing Baju
Kunyit Tebu @ Kasturi
Raja Kayu
Cekur (Kaempferia Galangal)
Hempedu Bumi (Andrographis Paniculata Nees)
Zaffaron
Tawar Garam
Minyak Kelapa
Minyak Lenga
Minyak Mambu
Minyak Zaitun
Minyak Serai (Cymbopogon Nardus)
Minyak Sawi
Semakan:
12 sept 2014 (admin)