Penafian

Blog ini BUKAN-lah web rasmi Minyak Morhabshi Plus dengan jenama 'Morha' sebaliknya sebuah blog umum yang mengutarakan khasiat minyak morhabshi, bahan-bahan herba yang digunakan, khasiat perubatan herba, serta artikal-artikal mengenai keistimewaan herba sebagai sumber perubatan.

Minyak morhabshi adalah salah satu ramuan perubatan tradisional bangsa Melayu sebagaimana minyak gamat, minyak kambing gurun, minyak akar kayu, dan lain-lain.

Ini bermakna semua kandungan dalam blog ini tidak boleh dikaitkan dengan produk Minyak Morhabshi Plus jenama Morha sebaliknya artikal-artikal dalam blog ini samada teks, foto, audio, atau video adalah merujuk pada minyak morhabshi yang telah dipercayai sejak lama dahulu.

Antara pengeluar awal minyak morhabshi ialah almarhum Ustaz Hj Abdul Hamid dari Maahad Islamiyah Derang Kedah.

Dengan penafian ini diharap tidak timbul lagi soal 'terlebih dakwa' oleh mana-mana pihak kerana khasiat minyak morhabshi yang tercatat dalam blog ini adalah merujuk pada minyak morhabshi iaitu salah satu perubatan tradisional bangsa Melayu yang telah digunakan sejak zaman berzaman.

Para pengurus blog ini juga tidak terlibat secara langsung dengan mana-mana minyak morhabshi yang dikeluarkan di seluruh negara dengan apa jenama sekalipun.

*salah satu produk minyak morhabshi yang telah dikomersialkan ialah Minyak Morhabshi Plus. Lihat web rasmi produk tersebut di www.morhabshi.com yang didaftar dengan KKM iaitu menggunakan NOT140604520K.

Blog ini tiada kaitan dengan syarikat tersebut.

Walau bagaimanapun admin blog ini sentiasa menyokong para pengeluar minyak morhabshi atas kegigihan mereka mengusahakan minyak warisan ini bagi memastikan kelangsungan pengeluarannya.

Admin mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian pihak lain yang bermurah hati meletakkan link blog ini di blog, faacebook, twetter dan lain-lain media sosial.

Justeru sebagai balasan kami juga meletakkan link-link berkenaan untuk memudahkan orang ramai menjelajah web-web berkenaan minyak morhabshi.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang keunikan Morhabshi sila gunakan enjin carian seperti Google dan taip 'myrrh'. Anda akan menemui pelbagai kajian myrrh di seluruh dunia.

Sudah tentu mereka tidak namakannya Minyak Morhabshi.

NOTA:Adakah Minyak Morhabshi menyembuhkan penyakit? 


Wallahu'alam.


Kita hanya berusaha dan Allah taala yang menyembuhkan semua penyakit.
Setiap penyakit ada ubatnya.


Orang bukan Islam tidak sepatutnya diberi izin mencampuri urusan perubatan orang Islam.

Tiada ulasan:

VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.