Isnin, 27 Ogos 2012

Khasiat safron aka zaafaron




Siri Ramuan Minyak Morhabshi
Khasiat Safron/zaafaran (saffron crocus)



keterangan foto:
Salah satu bahan yang digunakan bagi membuat minyak morhabshi ialah safron atau zaafaran. Oleh kerana kami mempunyai simpanan safron yang agak banyak maka jika ada yang berminat membeli, kami akan jual dalam bekas seperti di atas. Ia adalah safron gred A daripada Maghribi. Hubungi 0194401944.



BUNGA SERIBU KHASIAT

TENTANG SAFFRON

Saffron berasal dari perkataan Arab bermaksud kuning ( yellow ), sejenis tumbuhan herba daripada kumpulan eloridaccesi adalah antara khazanah alam termahal di dunia. herba yang digelar 'Emas Padang Pasir' ( Gold of the Desert ) juga dikenali sebagai 'Spice King', 'Spice Queen', 'Vegatable Gold', dan 'Flower of Love'. Ianya memang terkenal dengan khasiat serta kuasa pengubatnya ( excellent stimulant ) sejak dari dulu lagi. Justeru itu disamping warnanya yang cukup menarik serta baunya yang harum maka ianya digunakan secara meluas dalam pemakanan, kecantikan dan perubatan.

Tumbuhan dengan nama saintifiknya 'Crocus Sativus Linneaus' telah dikenali ramai sejak ribuan tahun dahulu sebagai rempah ( spice ) yang paling benilai dan berharga. Ianya telah digunakan di seluruh dunia terutamanya di Timur Tengah, India dan negara-negara Eropah. Lebih dari 60 negara di dunia mengenali saffron dengan sebutannya yang berlainan seperti Parsi : 'Za'afaran', Jepun : 'Safuran', Hindi : 'Kesar', China : 'Fan Hong Hua', Tamil : 'Kungumappu' dan Bahasa Melayu 'Koma-Koma'.


Tiada tarikh yang tepat bilakah bermulanya penanaman saffron, tetapi ianya dipercayai telah mula ditanam sejak zaman pra-sejarah Greek ( Prehistoric Greek ). Kini saffron banyak ditanam di Barat Mediterranian ( Sepanyol ) sehingga ke Asia ( India dan China ). Ianya juga telah mulai ditanam di Australia, AS dan Amerika Selatan ( Mexico dan Argentina ). Hari ini negara pengeluar-pengeluar utama saffron adalah Iran, Greece, Sepanyol, India, Morocco, Turki dan Itali. Lebih dari 85 peratus ( kira-kira 400 tan metrik ) pengeluaran saffron dunia datangnya dari negara-negara tersebut. Manakala pengimport saffron terbesar dunia adalah negara Jerman, Itali, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Jepun dan Korea Selatan.

Dianggarkan lebih dari 1400 spesis bunga saffron di seluruh dunia. India ( Jammu dan Kashmir ) adalah negara yang menghasilkan kualiti saffron terbaik di dunia ( sejarah menyatakan di wilayah ini bermulanya era penanaman saffron ). Sekuntum bunga saffron mengeluarkan 3 stigma berwarna merah dan dipetik pada musim luruh. Penuaian dilakukan sebelum terbitnya matahari bagi memastikan kesegarannya. Proses pengutipan, pengasingan, pengeringan, penyimpanan serta pembungkusan semuanya menggunakan tangan. Untuk mendapatkan sekilogram saffron kering lebih dari 150 ribu kuntum bunga diperlukan.

Sebagai tanaman terapi, saffron kaya dengan karbohidrat, minerals, mucilage serta vitamin B1 dan B2 ( riboflavin dan tiamin ), disamping banyak lagi bahan lain yang berkhasiat farmaseutikal yang cukup tinggi. Struktur asas saintifik saffron, crocin menghasilkan warna, picrocrocin menghasilkan citarasa dan safranal menghasilkan aroma.

Antara keistimewaannya, saffron boleh membantu proses penghadaman, menguatkan ingatan, agen anti barah, merawat amenia ( kekurangan zat besi ), mengawal tekanan darah dan kolesterol, mengurangkan risiko serangan penyakit jantung, melancarkan pengaliran darah (haid ), merawat penyakit saraf, keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi, merawat penyakit saluran kencing ( renal colic ), kesuburan ( fertility ), menambah selera makan untuk kanak-kanak ( increase appetite ) dan ia turut digunakan sebagai perangsang tebaga batin dan penenang ( sedative ).

Saffron adalah antara rempah yang unik kerana citarasa, aroma dan kandungan warnanya boleh larut di dalam air. Selain digunakan di dalam perubatan Yunani dan Ayurveda di India untuk merawat pelbagai penyakit seperti arthritis, sehinggalah kepada mati pucuk dan ketidaksuburan, masyarakat India terutamanya wanita menggunakan saffron selepas tempoh bersalin bagi tujuan menguatkan rahim dan melancarkan perjalanan darah. Golongan bangsawan di zaman dahulu menggunakan larutan saffron sebagai topeng muka untuk menghilangkan ruam dan jerawat. Wanita zaman sekarang menggunakan saffron sebagai bedak asas. Ia bukan sahaja membuatkan kulit bertambah lembut malah semakin licin dan cerah.

Dengan kandungan saffron yang mempunyai kuasa penenang semulajadi, maka di Timur tengah saffron telah dijadikan sebagai minyak wangi yang dipanggil Zaafran Attar. Ianya juga turut digunakan sebagai pewangi di dalam jenama minyak wangi ( perfume ) antarabangsa yang lain. Pada masa ini saffron turut dijadikan bahan asas dalam pembuatan bahan dalam pembuatan bahan penjagaan tubuh seperti sabun, losyen dan sebagainya.

Saffron juga sering dijadikan ramuan penting dalam masakan. Di dalam hidangan Timur Tengah, Eropah, India dan Malaysia, saffron banyak digunakan di dalam nasi, teh, kopi, dan makanan pencuci mulut ( desert ). Didalam industri tenusu saffron juga memberikan warna yang cantik kepada mentega dan keju serta digunakan didalam pembuatan aiskrim, jem dan extract saffron. Selain menaikkan aroma, ia juga memberikan kebaikan dari segi kesihatan.

Bagi mereka yang ingin mengamalkan saffron didalam pemakanan seharian, seeloknya diminum pada waktu pagi dan malam. Masukkan tiga helai / urat saffron ke dalam secawan atau segelas air panas dan nikmati kesegaran serta aromanya. Amalkan setiap hari sebagai minuman rutin. Dengan pengambilan tetap minuman ini pada setiap hari dalam jangka masa tertentu akan membolehkan tubuh untuk membina daya ketahan terhadap pelbagai penyakit. InsyaAllah.

Selamat mencuba.

Nota:
Untuk mendapatkan safron, sila ke www.morha.my atau hubungi 0194401944. Kami mempunyai stok safron yang diimport daripada Iran iaitu antara safron terbaik di dunia.

Biasanya safron yang dijual di kedai-kedai di Malaysia adalah safron daripada India atau China yang berharga sekitar RM8-RM25 per gram manakala safron kami berharga RM45 per gram.

Artikal ini dipadankan daripada http://mustakim.blogdrive.com/archive/13.html

Kami menyalinnya di sini kerana safron atau zaafaran adalah salah satu bahan dalam penghasilan Minyak Morhabshi yang semakin terkenal itu.

Terima kasih pada penulisnya.

Minyak morhabshi juga mengandungi safron

Isnin, 13 Ogos 2012

Herba penawar untuk bayi lelah


Berikut adalah sms saya dengan seorang pengguna di Melaka berkenaan bayi yang dijaganya diserang lelah.

Mak Fatin: Salam..cikgu nak tye myk yg cikgu jual skrg bpe sbtl ye..klu bby kene btuk2 truk mcm nak kene lelah bole x pkai myk tu..

Saya: Utk lelah, insyaAllah. Ada kes bayi tak cukup bulan guna sejak bayi. Skrg umurnya 13 tahun. Alhamdulillah. Sapu setiap hari. 

Mak Fatin: Tu la sy ade jg anak org bdk ni xckup bln lahir skrg umur dia 1thn 4bln..skrg harga jual brape cikgu..cikgu ngajar sklh dygkan nnti bgkan pd fatin bole x..

Saya: Yg tu btl lama. Skrg yg baru. Sy dah pindah ke bdr hilir. Hari ni cuti. Boleh dtg ke rmh sy bkt baru kgku sayang. Mertua sy sentiasa ada.

Mak Fatin: Cikgu ade lalu dyg x klu ade bwkkan. sy xdpt dtg jg anak org..ksian bdk yg sy jg truk la btuk dia..tu yg sy tringat fatin penah kena btuk2 mcm nak kena lelah mse umur dia 6thn sklh pra dyg cikgu ade kasi myk tu pd diakan sy pakaikan fatin alhamdulilah..

(Fatin adalah anak murid saya di prasekolah Seri Duyong. Tahun 2009. Sekarang 20124. Update 2014, oktober).

Saya: InsyaAllah. Kul 11am. Bg adres.

Saya telah menghantar minyak herba warisan ustaz hamid terus ke rumah beliau.

Beberapa hari kemudian...

Mak Fatin: Salam..ari slasa aritu sy ade bli myk ngan cikgu 2 btlkan..1btl sy pkaikan pd bdk yg sy jg tu yg kena lelah smpai btuknye truk sgt2..sy pkai je ari slasa tu alhamdulilah ptg je dah nmpak prubhan btuknye pun dah bkurngan sampai la arini btuknya dah jrg2..mak bdk ni pun suka tgok anak dah ok..nnti sy nak rekemen pd kwn2.time kasih byk2 cikgu..

Saya: Alhamdulillah. T.ksh sms kat sy.

Pagi semalam...

Mak Fatin: Salam..cikgu nak oder myk 4btl bole x..klu cikgu lalu dyg nak mintak tlg antarkan..ade kwn oder..

Saya: Ok. InsyaAllah.

Alhamdulillah. Allah SWT menjadikan minyak itu berkhasiat dan bermanafaat.

Ibu saya masih mengeluarkan minyak tersebut dan kami sekeluarga menggunakannya serta saudara mara, jiran tetangga dan orang yang memerlukannya.

Salam hormat dan selamat berpuasa.


VVIP

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin myrrh atau morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, myrrh atau morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat berinteraksi dengan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati bertindakbalas pada pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang orang Melayu, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



Pengkalan Blog Morhabshi

Dedikasi & Penafian

Blog ini dibina bagi memaparkan ramuan dan petua yang terdapat dalam kitab Attabib walhikmah karangan almarhum Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad, pengasas Minyak Morhabshi. Ini adalah sumbangan kami terutama kepada para pelanggan kami dan juga kepada anda semua. Semoga Allah menempatkan arwah ustaz Hj Abdul Hamid dan isteri beliau Hjh Saodah dalam syurga-Nya bersama orang beriman dan beramal soleh. A-Fatihah. Sesungguhnya kita semua akan menuruti jejak mereka juga suatu hari nanti.

Penafian
Semua maklumat dalam blog ini merupakan perkongsian daripada pelbagai sumber. Admin tidak bertanggung jawab jika berlaku sebarang kerosakan, kecederaan, kerugian, dan sebagainya dan jika berlaku ia tidak boleh dianggap berpunca dari blog ini.