Monday, February 13, 2012

merawat cirit birit

2,236 kes cirit-birit atau wabak acute gastroenteritis (AGE) yang menyerang daerah Hilir Perak dan Batang Padang dalam tempoh dua minggu lalu sebagaimana yang dilaporkan Utusan Online 10 Feb 2012 bukanlah satu kes yang kecil. Apatah lagi ia juga telah meragut dua nyawa.


Menurut efarmasi.com 
Cirit-birit bukanlah sejenis penyakit tetapi adalah gejala kepada penyakit-penyakit tertentu. Pesakit mengalami kekerapan dalam pergerakan usus dan terdapat kekerapan dalam najis berair. Cirit-birit biasanya akan terhenti selapas rawatan simptomatik diberi serta merta. Pada dewasa, keadaan ini tidaklah serius. Akan tetapi, pada kanak-kanak dan orang tua, jika pendehidratan tidak dirawat dengan segera, ia mungkin mengakibatkan maut.
Antara punca terjadinya cirit birit iaitu:
> Meminum air yang tercemar.
> Memakan makanan yang tercemar.
> intoleran makanan, contohnya intoleran laktosa.
> Jangkitan virus, bakteria atau parasit pada usus, contohnya Rotavirus, Shigella dan ameba.


Antara langkah yang perlu diambil jika diserang cirit birit ialah:


>> Minum banyak air.
>> Elakkan minuman beralkohol, berkafein dan susu.
>> Ambil cecair rehidrasi oral (sila runding dengan pegawai farmasi anda)
>> Ambil makanan yang lembut seperi bubur, biskut kraker atau roti bakar, atau epal atau
     pisang yang dimasak.

>> Elakkan makanan berlemak, daging dan sayur-sayuran mentah, yang lebih susah untuk
    dihadam.

>> Jika cirit-birit tidak berhenti dalam 2-3 hari atau jika keadaan menjadi lebih tenat, runding
    dengan doktor anda.

>> Ambil ubat untuk cirit-birit selepas beunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda. 


Cirit birit juga biasa berlaku pada bayi. Jika ini terjadi, petua berikut boleh diikuti:
>>> Teruskan penyusuan bayi.
>>> Jika memberi formula susu, cairkan formula tersebut dan berikan cecair rehidrasi oral
    selepas berunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda.

>>> Elakkan penggunaan ubat cirit-birit untuk bayi atau kanak-kanak.
>>> Mantau keadaan bayi atau kanak-kanak dengan teliti.
>>> Runding dengan doktor anda jika cirit-birit tidak berhenti, atau kanak-kanak mula muntah, atau jika terdapat gejala-gejala dehidrasi, atau jika terdapat darah atau lendir pada najis. 



Jika ke klinik, doktor akan memeriksa dan menyiasat bagi menentukan punca berlakunya cirit-birit. Dalam keadaan tertentu pemeriksaan yang lebih rinci mungkin perlu, contohnya pemeriksaan najis.

Antibiotik biasanya tidak dipreskripsi melainkan pada keadaan tertentu. Malah ada masanya penggunaan antibiotik mungkin menerukkan cirit-birit, melanjutkan jangkitan organisma-organisma tertentu yang menjurus kepada berlakunya rintangan.


Dalam perubatan tradisional, banyak tumbuhan herba yang boleh digunakan bagi merawat cirit birit tanpa meninggalkan kesan sampingan. Antaranya:




1. Kunyit
Petua ini terutamanya untuk bayi. Ambil 2 potong kunyit dan sepotong kecil kayu jati. Salah satu dari kunyit tersebut hendaklah dikupas dan dicuci bersih, manakala yang sepotong lagi dibakar hingga kulit bertukar hitam lalu dibersihkan. Kunyit itu kemudian diparut kesemuanya.
Ambik potongan kayu jati dan bakar sehingga menjadi bara lalu masukkan kedalam segelas air. Kunyit yang telah diparut itu juga masukkan ke dalam gelas tersebut. Perah airnya dan amalkan meminumnya 3 kali sehari atau 1 sudu makan untuk anak kecil. Sukatan bagi oarng dewasa pula ialah 2 sudu makan, 3 kali sehari.



2. Durian belanda
Ambil sebiji buah durian belanda dan asingkan bijinya. Perah jusnya ke dalam gelas dan tapiskan. Hasil tapisan kemudian di campurkan dengan susu pekat manis secukupnya dan minum 2 kali sehari.
3. Jintan putih
Ambil jintan putih, kulit buah delima, 3 hiris halia, santan pekat dan buah pala beserta bunganya sekali. Kisar kesemua bahan tersbut sehingga halus (kecuali santan). Setelah hancur kesemuanya, campurkan dengan santan dan hasilnya bolehlah digunakan untuk merawat cirit birit ini dengan cara meletakkan ramuan ini ke perut dan juga ulu hati kemudian balut dengan kain.
4. Daun jarak (sesuai untuk bayi)
Ambil beberapa helai  daun jarak dan panaskan dengan api sehingga daun menjadi layu. Tampal daun tersebut ke perut bayi dan bungkus dengan kain.


Selain itu penggunaan ramuan yang sudah siap juga dapat membantu melegakan cirit birit. Terdapat banyak produk berkenaan di pasaran.



Salah satu daripadanya ialah minyak Morhabshi (minyak morha). 


Minyak morha atau Morhabshi digunakan melalui dua cara iaitu sapuan dan/atau meminumnya.


Minyak Morha menggunakan 100% ramuan daripada tumbuhan (minyak, daun, batang, dan akar). Terdapat lebih 30 jenis herba tempatan dan luar negara dicampurkan dan diadun menjadi minyak.


Oleh kerana minyak Morha ini terdiri daripada pelbagai herba yang memiliki pelbagai khasiat maka ia muncul sebagai minya serbaguna yang amat sesuai disimpan di rumah.


Selain cirit birit, Minyak Morhabshi @ Morha ini juga didapati berkesan merawat hampir semua penyakit kulit. Ia juga diakui berkesan untuk sakit gigi dan ulser.


Oleh kerana ia terbina daripada 100% herba yang boleh dimakan maka ia langsung tidak berbahaya jika tertelan atau sengaja diminum.


Gunakan 1/2 - 1 sudu teh bagi merawat penyakit dalaman. Ramai yang mengakui minyak Morhab ini membantu melegakan sakit mereka.


Selain perut, amalan menyapu Minyak Morha di dada dapat meredakan asma dan melegakan sesak nafas. 


Lebih istimewa lagi, Minyak Morhabshi dicampur resin pokok Morhabshi (Myrrh), Raja Kayu, dan dibacakan ayat Al-Quran tertentu semasa meramunya diakui berkesan menghindari gangguan makhuk halus termasuk histeria, sihir, dan santau.








Sumber:

 http://www.petuaherba.com/merawati-cirit-birit#ixzz1mKOd6g00

http://www.efarmasi.com
http://www.morhabshi.com



4 comments:

Anonymous said...

Makan pucuk jambu boleh jugak untuk rawatan cirit birit,kunyah begitu saja,insyallah boleh.

Anonymous said...

In their own hearings five in years past, Chief Justice John
Roberts himself fixed the existing model for this "judicial modesty" standard Payday Loans No Credit Check the lesson
from bhopal and from bp's oil spill is that we need tort remedies to handle danger of future disasters.

NurulHuda Alias said...

alhamdulillah....pengisian yang bagus :)

Anonymous said...

berbagi sesama kita

rebus 10-15 tulang daun gajus (ktere/jambugolok/janggoeh)dlm 2 cawan air, minum sedikit sedikit bila suam, sejuk boleh dihangatkan semula bagi sedap minum

InsyaAllah - biasanya cirit akan beransor semboh selepas 8 hingga 24jam
selamat mencuba, tawakkal 'alallah

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

VVIP

Minyak Morhabshi kami diadun dengan lebih daripada 30 jenis herba tradisional tempatan.

TIADA SEBARANG DADAH, RACUN, ATAU BAHAN KIMIA

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.

Popular Posts

MORHABSHI adalah sebuah syarikat berdaftar: M0154229-W

Minyak MORHABSHI adalah produk berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia: NOT110703273K

www.morha.info ini didedikasi untuk Almarhum Ust Dr (H) Abdul Hamid, penulis kitab Attabib Walhikmah (pengasas minyak herba morhabshi) dan isteri beliau almarhumah Hjh Saodah. Al-fatehah.

Pengkalan Blog Morhabshi