Sunday, February 19, 2012

Edisi usahawan: Produk mentah untuk dijual



Nak berniaga? Tiada modal?

Maaf, itu saya tak boleh tolong. Mahu tidak mahu modal perlu ada. Tak kira lah samada menggunakan duit sendiri atau melalui pinjaman.

Saya hanya boleh bantu dari segi produk dan pengalaman.

Tiada kedai atau premis perniagaan?

Itu juga tidak mengapa kerana tidak semua perniagaan memerlukan kedai fizikal.

Saya sudah membantu ibu saya menjual produk keluaran beliau sejak saya berumur 8 tahun, tanpa kedai. Hanya sebiji raga berisi kuih muih untuk dijaja dari rumah ke rumah.

Sekarang dalam usia 45 tahun saya masih membantu ibu saya menjual produk yang dibuatnya.

Cuma kami tidak lagi menjual kuih muih.

Produk kami ialah minyak morhabshi.

Saya sudah menjual produk ini sejak lebih 10 tahun melalui internet.

Namun perkembangan ketara hanya berlaku sekitar dua tahun lalu. Peningkatan pengguna media baru secara mendadak melalui gadjet canggih dan mesra-pengguna merancakkan perniagaan online.

Hari ini pengguna melayari internet di mana-mana sahaja dan meliputi semua peringkat.

Sudah lazim kita lihat orang melayari internet melalui handphone, ipad, tablet, atau laptop di dalam bas expres yang sedang bergerak atau di dalam feri ke Langkawi.

Di tepi jalan, dalam pasaraya, bahkan di ceruk hutan juga capaian internet boleh didapati.

Jika dua tahun lepas saya cuma menjana sekitar RM500-1000 sebulan namun sejak 2010 syarikat saya mengutip tidak kurang RM10 ribu sebulan. Bulan Disember 2010 jualan mencecah RM23 ribu sebulan.

Kekuatan utama syarikat kami ialah produknya. Minyak herba yang diwarisi daripada datuk kami ini berciri serbaguna.

Paling menarik ialah lebih 70% pembeli setiap bulan adalah pelanggan lama.

Dua aspek lain yang turut menyumbang pada peningkatan jualan internet ialah sistem penghantaran dan kaedah pembayaran yang semakin mudah.

Jika anda di Sarawak dan membuat pesanan hari ini, InsyaAllah pagi esoknya produk tersebut sudah tiba di tangan anda.

Pokok Morhabshi (Myrrh)

Terdapat pelbagai kaedah pembayaran yang amat mudah. Selain perbankan internet (Maybank2u, CIMBclicks dan lain-lain) mesin ATM membolehkan sesiapa sahaja membayar walaupun tidak mempunyai akaun di bank tersebut.

Sekarang mesin ATM berada di mana-mana termasuk di stesyen petrol dan di lebuh raya.

Ok. Saya fikir masalah produk, cara penghantaran dan kaedah pembayaran sudah selesai.

Bagaimana memulakannya?

Pertama, anda perlu ada kedai online. Mahu yang berbayar atau percuma? Berdasarkan pengalaman, anda sepatutnya ada sebuah web rasmi. Web tersebut penting bagi menyakinkan bakal pembeli.

Anda boleh menggunakan blog atau Facebook sahaja namun pelanggan ingin melihat samada anda serius atau tidak dalam perniagaan.

Saya boleh cadangkan web dengan modal di bawah RM500 yang lengkap menggunakan jenama anda sendiri. Saya akan beri nombor handphone seorang webmaster dan anda hubungilah sendiri. Mungkin anda boleh pujuk dia untuk bayaran yang lebih murah.

Seterusnya anda boleh menggunakan blog, Facebook, Twetter, dan sebagainya bagi menyokong web tersebut. Yang itu percuma.

Pada peringkat awal dulu saya hanya menggunakan cara tersebut. Hal ini kerana kekurangan modal dan pengalaman.

Sebenarnya saya tidak berani mencuba.

Namun sekarang saya menggunakan cara yang lebih mudah untuk membuat promosi. Saya letakkan banner produk saya di blog-blog tertentu yang saya lihat agak popular. Banner tersebut dipautkan terus ke web rasmi syarikat.

Jika anda rajin mencari, anda akan temui banyak blog seperti itu yang menawarkan harga berpatutan. Biasanya antara RM10 hingga RM300 sebulan.

Kebanyakan iklan saya sekitar RM100 sebulan dan saya membelanjakan antara RM300 hingga RM800 setiap bulan meliputi kira-kira 10 blog yang menyiarkan iklan tersebut dalam satu-satu masa.

Memang berbaloi. Malah saya terpaksa menambah bandwitdh web saya beberapa kali kerana lonjakan pengunjung yang amat mendadak.

Melalui cara tersebut saya membuat jualan tidak kurang RM10 ribu sebulan.

Jika anda benar-benar tidak cukup modal, anda boleh mencari tempat percuma bagi meletakkan iklan. Namun berdasarkan pengalaman ia kurang berkesan.

Ingat pesanan saya tadi. Bakal pembeli ingin melihat anda serius dalam perniagaan.

Oleh kerana kami menyediakan produk mentah kepada anda maka anda perlukan sedikit alatan lagi.

1. Botol
2. Label

Untuk permulaan anda tidak perlu mencari sendiri botol. Kami akan bantu anda mendapatkan botol dan menyiapkan labelnya.

Modal yang diperlukan untuk 1000 botol pertama:

Produk mentah: RM3000
Botol: RM200
Label: RM200
Web: RM500 sekali sahaja
Blog: PERCUMA
Facebook: PERCUMA
Promosi: anggaran RM300 sebulan (terpulang pada anda)

JUMLAH: RΜ4200 sahaja (lebih kurang)

Dengan modal kurang daripada RM5000 anda sudah memiliki perniagaan online sendiri.

Sebagaimana yang saya pesan di awal tadi, anda perlu sediakan modal permulaan. Terdapat beberapa bank yang boleh anda mohon. Antaranya Bank Rakyat. Atau, anda mungkin ahli kepada mana-mana kooperasi?

Oh ya. Sudah tentu anda memerlukan bahan promosi.

Kelebihan bisnes secara online ialah kita tidak begitu perlukan bahan bercetak seperti flyer dan sebagainya yang memerlukan kos ribuan ringgit.

Oleh kerana produk ini sudah di keluarkan lebih 50 tahun dan dipasarkan di internet lebih 10 tahun maka produk ini sudah banyak menerima testimonial daripada pelanggan.

Anda boleh ambil semua bahan promosi di www.morhabshi.com dan http://morhabshi.blogspot.com.

Anda boleh copy & paste sahaja jika merasa sukar untuk mengolah semula. Yang penting anda tonjolkan jenama anda sendiri.

Jangan bimbang dengan jenama kerana nama minyak morhabshi adalah nama umum. Sama seperti minyak gamat, minyak serai, minyak habbatussauda dan lain-lain.

Saya sendiri dalam proses rebranding pada produk saya dengan nama yang baru. Mungkin saya akan namakan minyak Morha atau Myha.

Ertinya tidak lama lagi produk syarikat saya akan dikenali sebagai Minyak Morha manakala minyak morhabshi akan dikenali sebagai nama produk sahaja.

Hal tersebut sama lah dengan minyak gamat cap helang, minyak serai cap warisan, minyak kelapa dara keluaran syarikat Borhan, atau minyak kambing gurun dengan jenama Songkok.

Selain contoh di atas kita dapati terdapat berpuluh-puluh jenama minyak gamat, minyak kelapa dara, dan minyak serai di pasaran.

Sekarang kita perluaskan minyak morhabshi.

Oh ya. Jika anda kali pertama mengenali Minyak Morhabshi sila baca mengenainya di web rasmi kami.

Jika gamat dan kambing gurun sejenis haiwan maka morhabshi adalah sejenis tumbuhan. Anda boleh mencari maklumat tambahan di internet dengan menaip 'myrrh'. Terdapat banyak kajian saintifik mengenainya yang dilakukan di seluruh dunia.

Apabila dijadikan minyak maka dipanggil Minyak morhabshi.

Sebenarnya minyak morhabshi mempunyai beberapa versi berdasarkan campurannya. Keluarga kami sendiri mempunyai sekurang-kurangnya tiga versi minyak morhabshi.

Anda boleh menjual mana-mana versi atau ketiga-tiganya sekali.

Penjenamaan sendiri memberi keuntungan jangka panjang pada anda berbanding jika menggunakan jenama kami.

Jika jenama anda sudah terkenal anda boleh daftarkan sendiri dengan KKM, membuat Trademark, dan berbagai lagi.

Seterusnya anda boleh dapatkan produk lain seperti maajun atau jamu dan terus pasarkan menggunakan jenama anda tersebut.

Itulah yang telah saya lakukan. Peringkat awal dulu semua saya lakukan seorang diri. Kini saya mempunyai beberapa orang pekerja yang terdiri daripada adik-adik dan keluarga saya.

Jika anda memang sudah mempunyai syarikat dan jenama sendiri maka itu lebih mudah. Namun jika belum, apakata anda mulakan sekarang?

Mana tahu dalam tempoh 5 tahun lagi anda sudah bergelar jutawan herba!

Tahukah anda bahawa kebanyakan pemilik syarikat herba tempatan yang bertaraf jutawan bukannya mengeluarkan sendiri produk? Kebanyakannya membeli Produk orang lain dan membungkusnya semula seterusnya memasarkan menggunakan jenama sendiri.

Itulah yang dipanggil repackaging.

Noor Azman Aminudin (019-4402211)
Pengarah Urusan
Morhabshi
posted from Bloggeroid

No comments:

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

VVIP

Minyak Morhabshi kami diadun dengan lebih daripada 30 jenis herba tradisional tempatan.

TIADA SEBARANG DADAH, RACUN, ATAU BAHAN KIMIA

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.

Popular Posts

MORHABSHI adalah sebuah syarikat berdaftar: M0154229-W

Minyak MORHABSHI adalah produk berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia: NOT110703273K

www.morha.info ini didedikasi untuk Almarhum Ust Dr (H) Abdul Hamid, penulis kitab Attabib Walhikmah (pengasas minyak herba morhabshi) dan isteri beliau almarhumah Hjh Saodah. Al-fatehah.

Pengkalan Blog Morhabshi