Pengumuman penting

Membuat pesanan/pembelian (SMS ke 0194401944)

Ya, 01944-01944. Amat mudah.

sila guna no Akaun:
cimb 0408-0009 1360 58 (MORHABSHI)
ATAU;
Maybank 1540 5329 0898 (Noor Azman Aminudin)


SMS kepada 01944-01944

Itu sahaja. Terima kasih.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi terus saya di 0194402211.

Minyak Morhabshi adalah produk berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan (KKM: NOT110703273K).
MORHABSHI adalah jenama berdaftar (trademark) dan dipermilik di bawah
Syarikat MORHABSHI (REG. MA0154229-W)

Pejabat urusan morhabshi
16B-1, JALAN PERMATA 14, TAMAN HARTA PERTAMA, BUKIT BARU SYESYEN 2, 75150 MELAKA, MALAYSIA

Kongsi pengalaman anda atau pelanggan yang menggunakan minyak morhabshi

Friday, September 30, 2011

Cicak tokek, mempesan, dan tebuan


"Cikgu tahu tak cicak tokek?" tanya seorang pemanggil dari Sabah.

"Rasanya pernah dengar. Yang orang kata boleh buat ubat HIV tu ke?" saya membalas tanya.


"Ya. Tapi, gigitannya boleh menyebabkan mangsa pengsan serta merta." Yang bertanya menjelaskan.

"Baru-baru ni, ada seorang wanita separuh umur kena gigit dengan tokek tu. Kebetulan di rumahnya memang ada minyak Morhabshi. Anaknya segera menyapu minyak Morhabshi pada tempat gigitan. Alhamdulillah, wanita itu tidak pengsan. Namun mereka membawanya juga ke hospital untuk memastikan tiada bahaya lagi."

"Alhamdulillah." saya memberi respon terhadap panggilan daripada Irfan itu (wakil Morhabshi Sabah)

Berita tersebut mengingatkan saya pada cerita yang dimaklumkan kepada saya oleh seorang sahabat yang juga pengurus Felda Hutan Percha Melaka. Kini beliau (Encik Zulkifli) bertugas sebagai pengurus di sebuah felda di negeri kelahiran beliau iaitu Kedah.

Menurut beliau, pada suatu hari anaknya membawa pulang seorang tetamu. Kebetulan di rumahnya diadakan kenduri. Tiba-tiba remaja tersebut menjerit kesakitan yang amat sangat. Rupa-rupanya seekor serangga yang dipanggil Mempesan atau Pesan-pesan telah masuk ke dalam baju dan menggigitnya.

Kata orang, serangga itu dipangil Mempesan kerana jika ia menggigit, mangsanya boleh meninggal dunia sebelum sempat membuat pesanan terakhir. Wallahualam.

Pengurus tersebut segera teringat pada minyak Morhabshi yang kebetulan ada dalam simpanan. Beliau menyuruh anaknya menyapu pada mangsa.

Alhamdulillah. Dalam beberapa detik kesakitan pun hilang dan si mangsa terus lega. Saya turut terpegun mendengar kisah yang diceritakan sendiri oleh pengurus Felda tersebut.

Beginikah rupa Mempesan?



Sebenarnya kami juga banyak mengalami pengalaman yang melibatkan sengatan atau bisa haiwan namun tidaklah sehebat peristiwa di atas.

Tahun lepas, ketika kenduri cukur kepala anak bongsu kami di rumah ibu saya (di Selangor) tiba-tiba seorang kanak-kanak menjerit kesakitan. Rupa-rupanya seekor tebuan sudah masuk ke dalam bajunya. Suasana menjadi kelam kabut kerana ibu mangsa turut menangis kebimbangan melihat anaknya yang sedang kesakitan.
Ibu saya segera mencapai minyak Morhabshi yang ada berdekatan dan menyapu pada tempat gigitan. Dalam beberapa saat kanak-kanak itu berhenti menjerit dan tidak lama kemudian sakitnya pun hilang.

Alhamdulillah.


Tebuan: kecil tetapi baru-baru ini membunuh
seorang kanak-kanak comel berusia 5 tahun.



Wallahualam. Semuanya dengan kuasa Allah SWT.

Tuesday, September 20, 2011

Penemuan terbaru Minyak Morhabshi

Kutil & Kitol

Kalau di medan politik, nama si kitol memang popular. Watak dalam Sejarah Melayu itu sering diibaratkan kepada seseorang yang dianggap pengkhianat pada perjuangan.

Tak apa lah. Kita tinggalkan isu si Kitol kerana ia tiada kena mengena dengan medan kita.

Sebenarnya saya teringat pada Kitol setelah membaca kenyataan daripada seorang pengguna Minyak Morhabshi yang dilekatkan pada wall FB saya.

Lihat screen shot di atas yang saya salin berikut:


salam cikgu,,terima kasih approve.faris johor,pengguna morhabshi . menghilangkan kutil dlm tempoh 3 hari,memberhentikan pengaliran darah di tempat yg luka, mengurangkan gatal2..dgn izin Allah S.W.T
· · See Friendship · 2 hours ago

  • You like this.

    • Cheguman Waadat Alhamdulillah. Berkenaan kutil tu baru kali ni saya dengar. Sy pun nak try la. Luka & gatal tu mmg serasi dgn sy.
      45 minutes ago ·

    • Panglima Raden oh kutil 2 adik sy sudah 1bulan kena,sy cuba sapu & selawat dgn ikhtiar dapat mengurangkannya,,lepas 3 hari terus xda kutil.(akibat kena darah ayam).
      42 minutes ago ·

Nampaknya kita temui kegunaan baru bagi Minyak Morhabshi. Terima kasih Panglima Raden kerana berkongsi pengalaman.

Mungkin 'kutil' bukan masalah besar. Namun jika tumbuh di tempat yang terdedah, sedikit sebanyak mencacatkan juga. Sepaling tidak pun kita akan rimas dan kurang selesa. Apa lagi bagi kaum wanita.

Panglima Raden juga berkongsi pengalaman tentang luka. Ia suatu info yang menarik. Beberapa tahun lalu seorang sahabat saya di Port Dickson pernah bercerita bahawa luka di tangannya akibat terkena parang (ketika meraut buluh) segera berhenti setelah disapukan Minyak Morhabshi. Doktor yang merawat luka itu kemudiannya juga kagum dengan keampuhan minyak ini.

Alhamdulillah.

Untuk makluman, Minyak Morhabshi akan dikeluarkan secara komersial dan prfesional mulai 3 Oktober 2011.

Insya-Allah, mulai bulan depan kita mengharapkan Minyak Morhabshi akan bersusun di rak-rak pasaraya, farmasi, kedai runcit dan di ekspo-ekspo di seluruh negara.

Namun semua itu tidak akan jadi kenyataan jika tiada sesiapa yang sedia melakukannya. Justeru kami mengalu-alukan usahawan atau yang berminat menjadi usahawan bagi memasarkan Minyak Morhabshi ini. Kami menawarkan harga borong yang amat fleksibel sehingga anda mampu melantik stokis dan pengedar anda sendiri bagi memenuhi pasaran yang amat luas.

Kami sediakan produk dan anda sendiri tentukan perniagaan anda. Hubungi 0194402211.

Minyak Morhabshi adalah produk berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan (NOT110703273K).
MORHABSHI adalah jenama berdaftar (trademark) dan dipermilik di bawah
Syarikat MORHABSHI (REG. MA0154229-W)

SEBARANG PENIRUAN, PENGELUARAN, ATAU PEMBUNGKUSAN SEMULA MINYAK MORHABSHI TANPA KEIZINAN AKAN DIDAKWA.

Tuesday, September 13, 2011

kit kecemasan morhabshi

MINYAK MORHABSHI bukan-lah minyak angin dalam erti kata sebenar. Bukan juga ubat gatal atau ubat sakit perut semata-mata.

Yang nyata, Minyak Morhabshi BUKAN minyak panas.

Ramuannya terdiri daripada lebih 30 jenis akar kayu serta herba yang dikumpulkan dari dalam dan luar negara melangkaui wilayah nusantara (kepulauan Melayu).Manakan tidak; Morhabshi (Myhrr) sendiri hanya dapat ditemui di benua afrika, tanah arab, dan di luar alam Melayu.

Barangkali itulah sebabnya resin morhabshi agak janggal dalam budaya Melayu. Morhabshi atau nama saintifiknya Commiphora Myrrha asalnya adalah bahan eksklusif untuk keluarga diraja serta golongan bangsawan.

Dikatakan nilainya setanding dengan nilai emas yang sama beratnya (lihat wikipedia).

Manakala herba dan akar kayu seperti Raja Kayu, Bayam Batu, Keduduk Putih dan sebagainya memang sudah terkenal dan menjadi amalan tradisi masyarakat Melayu sejak dahulu kala meliputi semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, kepulauan sulu, Borneo sehingga menganjak ke Siam, Burma, dan Indocina.

Sebahagian daripada tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat itu memang sudah lazim hadir dalam bentuk minyak seperti minyak zaitun, minyak bijan, minyak jarak, serta minyak sawit.

Satu lagi bahan ekslusif yang turut menjadi keluarga Minyak Morhabshi ialah Safron atau Zaafaron yang harganya mencecah ribuan ringgit bagi setiap kilogram. Safron adalah satu lagi bahan yang tidak terdapat di kepulauan Melayu. Sayidina Ali mengatakan orang yang mengamalkan pengambilan Safron mempunyai daya ingatan yang amat kuat sehingga orang menyangka pengamal Safron itu memiliki sihir!

Di sinilah uniknya Minyak Morhabshi yang menemukan sumber-sumber daripada pelbagai tamadun hebat lalu dipersatu menjadi produk yang kini menjadi sebutan ramai.

Pengeluar awal Minyak Morhabshi iaitu Ustaz Haji Abdul Hamid adalah seorang mualim yang sehingga akhir hayatnya menyumbang bakti sebagai guru agama. Khidmat terakhir beliau ialah sebagai pensyarah dan tabib di Maahad Derang, Kedah.

Dalam pada itu sejak muda lagi beliau amat cenderung terhadap dunia perubatan alternatif.Sebagai guru agama, beliau melakukan rawatan menggunakan ayat-ayat Al-Quran yang dipelajarinya secara berguru mahupun melalui kajian kitab-kitab dalam pelbagai bahasa. Beliau fasih berbahasa Arab dan boleh berbahasa Siam selain memahami bahasa Inggeris dengan baik.

Penglibatan beliau secara aktif dalam rawatan Islam dan Melayu diperlengkap pula dengan perubatan homeopathy. Beliau adalah pengamal perubatan homeopathy dan mempunyai kelayakan yang diiktiraf. Beliau pernah mengendalikan pusat rawatan homeopathy bersama tokoh terkenal homeopathy, Dr Azizan (Pengasas Era Edar) di Jitra Kedah.

Gabungan ilmu, pengalaman, pembacaan, kajian, serta penglibatan aktif beliau dalam perubatan alternatif akhirnya membawa pada pengeluaran Minyak Morhabshi.

Ramai yang bertanya, apakah penyakit yang boleh dirawat menggunakan Minyak Morhabshi?

Apabila saya katakan Minyak Morhabshi adalah minyak serbaguna kepada beberapa orang pengusaha yang berminat untuk memborong dan mengedarkan Minyak Morhabshi, majoriti mereka tidak bersetuju. Hal ini kerana mereka mahukan suatu fokus yang mudah disebarkan kepada bakal pembeli. Menurut mereka, minyak serbaguna tiada pengkhususan!

Namun apabila saya menerima respon daripada para penguna dan pelanggan lama, saya dapati sememangnya Minyak Morhabshi mampu merawat pelbagai jenis penyakit (lihat testimonial yang ditulis pelanggan di http://www.morhabshi.com)

Ketika saya mengemukakan produk Minyak Morhabshi untuk diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, mereka memaklumkan bahawa perubatan tradisional tidak boleh membuat dakwaan boleh menyembuhkan beberapa jenis penyakit kronik seperti kencing manis dan kanser.

Malah penyakit seperti sawan, histeria, dan gangguan syaitan tidak boleh sama sekali dimasukkan dalam senarai rawatan.

Mengambil kira semua pandangan, serta rekod khasiat Minyak Morhabshi yang kami kumpulkan lebih dua puluh tahun samada melalui penggunaan sendiri mahupun maklum balas para penguna, kami dapati Minyak Morhabshi amat penting disimpan di tempat yang mudah untuk kita gunakan jika berlaku sesuatu kejadian yang tak diingini, antaranya:

1) bayi menangis di tengah malam tanpa diketahui puncanya. Ia mungkin kembung atau tidak selesa. Kata orang tua-tua, 'bayi diganggu' dan biasanya dikaitkan dengan makhluk halus. Apapun tanggapan anda, berdasarkan pengalaman, Minyak Morhabshi dapat meredakan keadaan dan membolehkan anda suami isteri menyambung tidur.

2) Bukan sahaja bayi, kadang-kadang kita dapati remaja juga boleh menjerit di tengah malam, terutama di asrama atau di kem latihan seperti PLKN. Ada yang menyebutnya sebagai histeria dan ramai yang mengaitkan dengan makhluk halus. Dalam perubatan moden ia dikatakan akibat tekanan. Terpulanglah pada anda samada mempercayai yang mana satu. Namun berdasarkan pengalaman pengguna, Minyak Morhabshi sering dapat menyelamatkan keadaan.Barangkali ada sesuatu pada Minyak Morhabshi yang tiada dalam pengetahuan kita.

3) Sakit gigi bukanlah penyakit merbahaya namun bagaimana jika ia berlaku di tengah malam? Malah bagi sesetengah orang lebih baik bertemu hantu daripada menemui doktor gigi. Pengalaman kami menunjukkan Minyak Morhabshi bukan sahaja menghilangkan kesakitan malah ada beberapa pengguna Minyak Morhabshi yang membatalkan terus temu janji dengan doktor gigi mereka sambil menyelamatkan kos perubatan yang tidak diperlukan lagi. Saya sendiri pernah dua kali mengalaminya.

4) Menariknya, Minyak Morhabshi boleh diharap untuk menjadi 'ubat penahan sakit' termasuk untuk sakit gigi atau akibat luka kemalangan. Sapukan sahaja walaupun luka di dalam mulut kerana ia menggunakan bahan-bahan yang boleh dimakan. Saya pernah mengabaikan ubat penahan sakit yang dibeli daripada doktor setelah menggunakan Minyak Morhabshi.

5) Bagaimana dengan penyakit kulit? Jika anda pernah melihat label botol Minyak Morhabshi sebelum ini di situ tertera beberapa penyakit kulit seperti kudis, kayap, kurap, gatal-gatal dan sebagainya. Kami dan ramai pelanggan kami menggunanya sejak sekian lama.

6) Apabila saya menyebut tentang kemalangan janganlah anda membayangkan kemalangan ngeri di jalan raya sahaja. Kemalangan kecil di rumah seperti terkena pisau, melecet akibat tejatuh, tersimbah air panas, melecur kerana api, dan sebagainya memang kerap berlaku. Sapukan sahaja Minyak Morhabshi sebelum mendapat rawatan selanjutnya di klinik atau hospital. Itupun jika anda masih mahu ke klinik. Selalunya tidak perlu lagi.

7) Satu lagi penyakit yang sering menyerang tanpa amaran ialah sakit perut. Bayangkan jika anda di dalam bas ekspres ketika itu. Bagaimana jika di dalam kapal terbang? Memang tandas disediakan tetapi adalah lebih elok jika kita tidak menggunakannya.Kalaupun memandu kereta sendiri, memang melecehkan jika terpaksa mencari tandas awam.

8) Walaupun pihak kementerian kesihatan melarang pengamal perubatan alternatif membuat dakwaan mampu merawat penyakit kronik namun saya fikir semua orang berhak mendapat maklumat dan membuat pilihan.

Saya banyak mendapat respon pelanggan yang berhadapan dengan penyakit seperti strok, kencing manis, asma, batuk kronik, sesak nafas, sakit dada, dan sebagainya.

Saya akui tidak semuanya sembuh namun ramai yang memaklumkan kami Minyak Morhabshi memberi kesan positif.

Sebenarnya banyak lagi pengalaman yang boleh dicatat dalam senarai di atas. Namun saya tidak mahu 'terlebih dakwa'.

Kami tidak menjanjikan Minyak Morhabshi sebagai penyelesai semua masalah. Kami juga tidak menggalakkan anda bergantung seratus peratus dengan produk ini. Kami beriman dengan Allah SWT dan percaya semuanya ditentukan Allah SWT. Kita hanya berusaha kerana usaha itu juga sebahagian daripada tuntutan Islam.

Kami mencadangkan Minyak Morhabshi dimasukkan dalam 'kit kecemasan' untuk digunakan di waktu yang tidak kita jangkakan. Simpan lah di rumah, di dalam kereta, dan di tempat kerja.

Setidak-tidaknya ia boleh digunakan sementara anda mendapatkan rawatan lanjut daripada pakar berkaitan.

Tuesday, September 6, 2011

Tawaran Khas Minyak Morhabshi

Pagi ini memang ceria. Manakan tidak, kolam kecil yang lebih dua bulan keruh dan menyemakkan kembali jernih bersinar. Sampai pukul 3 pagi saya kerjakan kelmarin seorang diri. Setakat ini, saya buat andaian bahawa selut di dasarnya lah yangmembuatkan kolam tersebut sentiasa keruh. Harap-harap selepas ini ia kembali seperti tahun mula-mula dibina dulu. Berbalik pada topik Minyak Morhabshi, sebagaimana dimaklumkan sebelum ini, pihak kementerian kesihatan sudah meluluskan pengeluarannya sejak Mei 2011. Justeru proses bagi merealisasikan pengeluaran secara profesional sedang giat dijalankan. Setakat ini kami sedang di peringkat penyediaan label untuk botol dan kotak baru. Untuk makluman, perubahan paling ketara ialah Minyak Morhabshi ini akan dikeluarkan dalam botol bersaiz besar (100 ml). Bagaimana dengan botol lama? Ia akan ditamatkan beransur-ansur kerana tidak menepati spesifikasi saiz yang diluluskan. Sementara itu kami akan menandakannya sebagai 'pek promosi' dan dijual kepada ahli sahaja. Ahli bermaksud pelanggan yang telah mendaftar di www.morhabshi.com dan yang namanya berada dalam rekod kami sebelum Oktober 2011. Setakat ini semuanya berjalan lancar. Barangkali itulah hikmah mengamalkan surah Al-Asyrhu (alam nasyroh). Sementara itu saya merakamkan sekali lagi setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pelanggan yang bukan sahaja membeli dan mengguna malah berkongsi maklumat dengan orang lain sehingga khasiat Minyak Morhabshi tersebar luas sehingga jualan kini sudah melebihi 5000 unit setiap bulan. Sudah tentu saya juga tidak lupa jasa para stokis dan pengedar Minyak Morhabshi atas usaha yang telah dilakukan. Justeru, untuk semua pembeli Minyak Morhabshi (yang beli terus daripada kami sebelum 1 Oktober 2011) akan mendapat harga istimewa yang akan kami umumkan melalui sms ke telefon peribadi anda. Wassalam. Jumpa lagi.

Saturday, September 3, 2011

Minyak Morhabshi Fasa IV Tahun ke 12



Minyak Morhabshi mula dipromosi melalui internet pada tahun 1999 menggunakan site Yahoo Geocities http://www.geocities.com/panduannet (tidak perlu klik sebab sudah tiada lagi).

Sememangnya ia bukan satu usaha serius memandangkan pelbagai kekangan dan kekurangan pada masa itu terutama peratus akses internet ke rumah persendirian dan kadar celik komputer yang masih rendah.

Minyak Morhabshi kemudiannya memasuki Fasa kedua dengan pelancaran niagaku.com menggunakan sistem affiliate yang sedang digilai pengguna internet ketika itu. Kelicinan sistem pos dan kemudahan pembayaran secara online dengan segera menyemarakkan jualan Minyak Morhabshi.

Seterusnya Minyak Morhabshi memasuki Fasa ketiga dengan pelancaran www.morhabshi.com yang sudah diupgrade kali kedua dan diuruskan secara lebih profesional.

Diam tak diam sudah lebih dua tahun morhabshi.com bergerak. Daripada seorang diri, kini saya sudah mempunyai pasukan sendiri dengan pengkhususan masing-masing.

Oleh kerana Minyak Morhabshi bermula dengan ‘jualan suka-suka’ maka pendapatan daripadanya pun ‘suka-suka’ sahaja. Meskipun jualan Minyak Morhabshi sudah melebihi 5000 unit sebulan namun bayaran yang diterima daripada jualan sekadar membolehkan kami mengeluarkan semula Minyak Morhabshi untuk jualan semasa sahaja.

Kami terpaksa berjimat dan menggunkan apa sahaja sumber murah ataupun percuma bagi memastikan pengedaran dapat diteruskan. Promosi berbayar hampir tiada!

Saya tidak fikir kami rugi, tetapi sebagai pengusaha, pendapatan yang diperolehi sekarang tidak memadai untuk kami mengembangkan lagi perniagaan dengan lebih profesional.

Hal ini penting dalam konsep ‘win-win situation’ kerana impak akhirnya akan tiba kepada pengguna juga.

Namun saya tetap tidak menganggap ini satu kerugian bahkan saya bersyukur kerana apabila Minyak Morhabshi memasuki Fasa keempat (beberapa minggu lagi) dan memasuki pasaran terbuka (premis, pasaraya, farmasi dan sebagainya), Minyak Morhabshi sudah mempunyai taburan pengguna yang meluas.

Selama ini, para pengguna Morhabshi lah duta utama produk warisan ini. Khasiat Minyak Morhabshi beredar dan berlegar daripada blog ke blog, dari FB ke FB, dan dari mulut ke mulut.

Justeru saya mengambil kesimpulan bahawa tempoh dua tahun yang berlalu ini adalah fasa promosi.

Sebagaimana yang diuwar-uwarkan tadi, kini Minyak Morhabshi dalam fasa baru. Boleh juga dikatakan dalam proses ‘rebranding’ dan ‘repackaging’.


Minyak Morhabshi kini dikenali sebagai Morhabshi sahaja. Ia sudah didaftarkan sebagi sebuah syarikat, sedang melalui proses akhir 'Trademark', dan telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.


Bukan itu sahaja, Morhabshi kini dibungkus di kilang bertaraf GMP. Bak kata adik saya seorang jurutera, sesebuah kilang yang memiliki status GMP, jika seekor lalat hinggap pun mesin akan tertutup sendiri.


Insya-Allah, kami berusaha menyediakan yang terbaik untuk kita semua.

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

VVIP

Minyak Morhabshi kami diadun dengan lebih daripada 30 jenis herba tradisional tempatan.

TIADA SEBARANG DADAH, RACUN, ATAU BAHAN KIMIA

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.

Popular Posts

Pengkalan Blog Morhabshi