Semalam saya terima sms daripada seorang pelanggan lama yang menetap di KL."Ok tmk kash, Yg ari tu tggl 1 btol lg, bru jp adik sya cl surh bli lg.. alhmdllh sjak adik sya pakai myak tu skit dia d msuk mkluk halus bransur pulih, ayah sya pun yg kna kayap pun dh ok jugk.."
Alhamdulillah. SMS yang begini memang banyak saya terima. Apabila saya ceritakan pada ibu saya di kampung, berulangkali beliau mengucap syukur.
Ada dua sebab kami bersyukur. Pertama, kerana masalah yang dihidapi pengguna dapat diatasi menggunakan minyak Morhabshi.
Kedua, kami bersyukur kerana walaupun Ustaz Hj Hamid sudah tiada, kami masih dapat mengeluarkan dan mengekalkan kualiti minyak Morhabshi sebagaimana ketika arwah masih ada.
Sebenarnya, ibu dan bapa saya sudah membuat sendiri minyak Morhabshi ini sejak Ustaz Hamid masih ada. Seingat saya, semasa kami masih di Pahang lagi kami tidak lagi mengambil minyak daripada beliau. Hal ini kerana jarak antara Pahang dengan Kedah yang agak jauh. Pada masa itu kemudahan pengangkutan pun terhad.
Oleh itu datuk kami itu membenarkan ibu bapa saya mengeluarkan sendiri menggunakan ramuan asal.
Perkara tersebut berlaku lebih 15 tahun yang lalu.
Ketika itu jualan tidak begitu banyak. Kami menggunakan botol kaca yang kuantitinya lebih kecil pada harga RM3.50 sebotol.
Antara pemborong yang paling aktif ialah Ustaz Alwi (adik Ustaz Ismail Kamus) yang tinggal di Selangor.
Asalnya, Ustaz Alwi membeli terus daripada datuk kami (Ustaz Hamid). Kemudian, apabila kami berpindah ke Selangor, beliau memborong daripada kami pula. Beliau mempunyai rangkaian pengedar sendiri.
Seperkara lagi yang saya gembira ialah walaupun sudah berlalu lebih 15 tahun, namun harga yang kami tawarkan tidak jauh berubah. Lihat senarai harga di bahagian atas blog ini dan web www.morhabshi.com.
Hal ini kerana walaupun berlaku peningkatan kos beberapa kali namun kami menyerap peningkatan kos melalui pertambahan jualan yang berlipat ganda.
Jika dulu jualan keseluruhan tidak sampai 1000 unit sebulan, sejak dua tahun terakhir jualan melebihi 5000 unit setiap bulan.
Setakat ini 90% jualan adalah melalui internet. Insya-Allah, sebelum berakhir 2011 minyak Morhabshi akan dipasarkan di premis perniagaan termasuk di pasaraya utama. Buat masa ini prosesnya sedang dilakukan.
Apabila terlaksana nanti, ia memberi peluang kepada anda untuk terus bersama kami melakukan jualan secara lebih meluas dan berkesan.
Anda bukan sahaja boleh bertindak sebagai penjual malah boleh juga menjadi pemborong kerana kami tidak mungkin mampu melakukannya sendirian tanpa bantuan anda.
Alhamdulillah dan terima kasih atas sokongan anda yang berterusan.



