Pengumuman penting

Membuat pesanan/pembelian (SMS ke 0194401944)

Ya, 01944-01944. Amat mudah.

sila guna no Akaun:
cimb 0408-0009 1360 58 (MORHABSHI)
ATAU;
Maybank 1540 5329 0898 (Noor Azman Aminudin)


SMS kepada 01944-01944

Itu sahaja. Terima kasih.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi terus saya di 0194402211.

Minyak Morhabshi adalah produk berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan (KKM: NOT110703273K).
MORHABSHI adalah jenama berdaftar (trademark) dan dipermilik di bawah
Syarikat MORHABSHI (REG. MA0154229-W)

Pejabat urusan morhabshi
16B-1, JALAN PERMATA 14, TAMAN HARTA PERTAMA, BUKIT BARU SYESYEN 2, 75150 MELAKA, MALAYSIA

Kongsi pengalaman anda atau pelanggan yang menggunakan minyak morhabshi

Sunday, February 13, 2011

melihat makhluk halus


Berikut adalah sms yang saya terima daripada seorang pengguna di Singapura pagi tadi. Sebenarnya saya yang bertanya sebelum itu kerana ingin tahu kenapa beliau kerap membeli minyak morhabshi.

Berikut adalah SMS beliau yang saya salin terus tampa sebarang ubah suai:

"Salam Tuan. Tolong rahsiakan nama. Terima kasih. 1. Luka2, parut2 hilang. Gigitan binatang pun mujarab. 2. Lebam2 di peha atau di mana2 macam orang kata di gigit hantu, hilang sekali sapu, Masyallah. 3. Siapa2 yg mata terbuka boleh lihat makhluk halus dan takut2 bila di sapu minyak di tengkok, terus tak boleh nampak lagi. Semua dgn izin Allah. Saya hanya pengguna biasa , minyak di beri sebagai hadiah kepada saudara mara dan sahabat. Semuga Allah berkati usaha arwah datuk saudara dan diri saudara sekeluarga. Alfateha."

Saya ucapkan berbanyak terima kasih atas kiriman sms di atas. Semoga ia dapat membantu orang lain yang menhadapi masalah yang hampir sama.

Berbalik pada tajuk di atas (bersesuaian dengan msg tadi), saya sendiri tidak pernah melihat makhluk halus dan tidak berhajat untuk melihatnya.

Namun saya pernah menemui dua orang remaja yang secara semula jadi boleh melihat makhluk halus. Salah seorang daripadanya ialah sepupu perempuan saya sendiri.

Seorang lagi ialah peserta kursus saya di Pulau Pinang yang menceritakan dia telah demam seminggu ketika kali pertama melihat rupa hantu. Namun lama kelamaan ia menjadi perkara biasa baginya.

Saya mengambil kesempatan dalam kursus tersebut untuk menguji keampuhan minyak morhabshi bersama teman-teman (termasuk golongan profesional).

Kaedah yang kami gunakan amat mudah. Kami melakukannya kira-kira pukul 12 malam.

Remaja tersebut menunjukkan sebatang pokok yang dilihatnya terdapat makhluk halus. Salah seorang daripada kami mencalitkan minyak morhabshi ke tubuhnya dan menuju ke pokok berhantu itu.

Sebentar kemudian sahabat saya itu berpatah balik ke arah kami.

Menurut remaja tersebut, ketika sahabat kami itu berjalan ke situ, makhluk itu sedang memandang ke arah lain. Dia seolah tersentak dengan kehadiran sahabat kami dan segera terbang melarikan diri.

Remasa tersebut juga memberitahu bahawa makhluk tersebut sepatutnya tidak perlu lari kerana dia tahu bahawa manusia tidak mampu melihatnya.

Menurut remaja itu lagi, makhluk itu sebenarnya lari bagi menghindari minyak morhaabshi yang mengandungi beberapa bahan yang tidak disukainya. Antaranya ialah resin morhabshi dan Raja Kayu.

Wallahu'alam.


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Tuesday, February 8, 2011

pesakit kencing manis luka terbakar



"seorg penguna minyak morhabshi telah menceritakan kpd sy tentang khasiat minyak ini, di mana dia telah mengalami luka akibat terbakar, yg merisaukan rakan kita ni ialah dia ni pengidap kencing manis, kesan luka ni sememangnya mengambil masa yg lama baru akam sembuh, bila menguna minyak morhabshi yg di sarankan oleh seorg rakan yg lain, rakan ni membeli 1 btl dan menyapukan minyak ini kepada lukanya, selama 3 hari menggunakan minyak ini, luka tersebut telah kering sepenuhnya...sy yg mendgr cerita dr rakan sy merasa benar2 bersyukur brtapa besarnya kurniaan Allah yg menemukan penyembuh yg mujarab ini..."
hashimah ramli - SARAWAK

Alhamdulillah. Tidak pernah kami sangka bahawa minyak herba yang diadun tokwan kami (Ustaz Hamid) di Jitra Kedah suatu ketika dulu kini begitu popular di Sarawak. Malah, minyak Morhabshi juga telah tiba di Holland dan Arab Saudi!


Mengimbas kembali penyebaran minyak Morhabshi melalui media internet, ia bermula 1999. Ketika itu saya baru berjinak-jinak dengan alam cyber melalui sambungan Tmnet dial-up.

Kagum dengan kecanggihan sebaran maklumat, timbul keinginan untuk turut berkongsi sesuatu di alam maya.

Maka saya pun membina sebuah web dengan menumpang Geocities.com.

Kini, sedar tidak sedar sudah lebih 12 tahun minyak Morhabshi dipasarkan melalui internet.

Berbalik pada testimoni yang ditulis Puan Hashimah tadi, jika kita cari informasi mengenai resin morhabshi (Myrr) di internet, kita akan temui bahawa kebanyakan kajian antarabangsa berkenaan penggunaan morhabshi (Myrr) di seluruh dunia adalah lebih kepada penyakit kencing manis.

Baru-baru ini saya mendapat panggilan telefon dari seorang pengguna di Johor. Beliau memberitahu bahawa minyak morhabshi telah menurunkan kandungan gula dalam darahnya.

Alhamdulillah.



salam hormat,






Foto hiasan.

> > > > >


-
-
-
-
-

Sunday, February 6, 2011

Mencegah, melegakan, menyembuhkan



"Salam en. Ubat morhabshi tu sesuai la dgn adik saya. Kayap kt kulit dia makin menipis pastu mengelupas. Mmg akn jadi cmtu ye?" (pn aziema, KL)


Itu adalah sms yang saya terima semalam ketika berada di kampung. Cuti sempena tahun baru cina. Memang salah satu tanda kayap nak sembuh ialah menggelupas.


Selain kayap, minyak herba morhabshi juga menyembuhkan sakit gigi, sakit perut, sakit kulit dan sebagainya.


Itulah yang saya maksudkan dengan 'menyembuhkan'.

Apa maksud ‘melegakan’? Ya, ketika menghidapi sakit biasanya kita akan merasa sakit atau tidak selesa. Contohnya sakit gigi atau gatal-gatal. Sementara penyakit itu sembuh sepenuhnya, minyak Morhabshi bertindak menghilangkan rasa sakit tersebut. Termasuklah sakit selepas pembedahan.

Bagaimanaa pula dengan menghindari’?

Ketika di kampung semalam, beberapa orang anak buah saya diserang sakit mata. Namun dalam keluarga mereka, cuma tiga orang yang mengidapnya manakala yang lain terselamat. Kenapa? Kerana mereka cepat-cepat menyapukan minyak morhabshi pada mata apabila terasa ‘macam nak kena’.

Sebenarnya penggunaan minyak Morhabshi untuk sakit mata pernah saya siarkan dalam blog ini iaitu melalui artikal ‘surat daripada Belanda’ yang mengandungi testimony puan Hasnah yang menetap di Holland.

Contoh lain untuk konsep menghindari ialah penggunaan minyak morhabshi pada bayi. Semua anak kami menggunakan minyak morhabshi sejak lahir. Setiap kali lepas mandi, isteri saya akan sapukan pada perut bayi bagi mengelakkan kembung dan pada dada bagi mengelakkan lelah/asma/batuk.

Sementara itu penggunaan minyak morhabshi pada bayi dapat menghindarkan gangguan makhluk halus.

Alhamdulillah, sudah tentulah semuanya berlaku dengan izin Allah SWT.

Nota:
Sebenarnya ketika mula menulis petang semalam, urat mata saya sudah mula memerah. Selepas solat Asar saya letakkan minyak morhabshi di tapak tangan, raup dengan jari telunjuk, pejamkan mata berkenaan dan sapukan. Dengan cara itu minyak tersebut akan membasahi kelopak mata dan sebahagiannya mengalir masuk ke dalam mata.

Biasalah, jika sakit mata maka kita akan bercuti. Pagi ini memang saya bercuti tetapi bukan cuti sakit sebab mata saya sudah tidak merah lagi.


Salam hormat

-




> > > > >
-
-
-

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

VVIP

Minyak Morhabshi kami diadun dengan lebih daripada 30 jenis herba tradisional tempatan.

TIADA SEBARANG DADAH, RACUN, ATAU BAHAN KIMIA

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.

Popular Posts

Pengkalan Blog Morhabshi